in ,

Video Comel Anak Che Ta, Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin

ANAK perempuan kesayangan pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sememangnya amat comel dan popular di media sosial. Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan Aaisyah bertanya kepada Zul Ariffin bilakah mereka akan berlakon bersama-sama telah menjadi tular.

Dalam satu video lain, Aaisyah dilihat berubah fikiran pula apabila dia enggan berlakon dengan Zul kerana takut dicium Zul yang bermisai.

Bagaimanapun, ketika harapan Aaisyah itu tertunai apabila aktor kacak itu akhirnya bertemu dengannya secara live, kanak-kanak itu malu-malu kucing pula apabila Zul meminta untuk berlakon sekali!

“Dah tak ada misai dah. Macam mana?” tanya Zul kepada Aaisyah yang hanya berdiam diri mungkin kerana terlalu malu.

“Kejung dia!” sambung Zul lagi sambil tertawa besar melihat gelagat Aaisyah yang comel tu.

Turut kedengaran di belakang, seseorang mengatakan bahawa Aaisyah akan berdiam diri sekarang tetapi apabila balik rumah nanti barulah sibuk-sibuk bertanya tentang Zul lagi.

Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin

Zul sudi meluangkan masa untuk hadir ke sambutan hari jadi Aaisyah yang ke-3, semalam.

Sambutan itu diadakan awal dua hari daripada tarikh lahir sebenar kanak-kanak itu iaitu pada 1 November.

Apa-apa pun, memang comel sungguh anak dara Che Ta ni kan! Dengan kepetahan bercakap dan kecantikan rupanya walaupun masih kecil, tidak mustahil Aaisyah bakal menyinar sebagai model dan aktres hebat suatu hari nanti.

Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Naik Kerusi Roda, Netizen Komen Siti Comel Manja

Harris Baba Tetap Mahu Saman Walaupun Butik Mohon Maaf