in ,

Harris Baba Tetap Mahu Saman Walaupun Butik Mohon Maaf

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa dengan penutup lampu panas ketika berkunjung ke sebuah butik mewah di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, Harris dan isterinya, Nik Naziha Zawawi telah membuat keputusan untuk tetap mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan butik berkenaan.

Menurut Harris, walaupun telah membuat permohonan maaf atas kejadian kelmarin, namun pasangan suami isteri itu masih ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap butik tesebut kerana kecuaian mereka.

Harris Baba Tetap Mahu Saman Walaupun Butik Mohon Maaf

“Ketika kejadian pengurus butik itu ada memohon maaf dan menawarkan untuk membayar bil perubatan anak saya tetapi itu bukan soalnya sekarang.

“Insiden itu jelas membuktikan penyelenggaraan tidak dilakukan dengan baik… Kerja pembaikan lampu pun tidak dapat dilakukan dengan betul apatah lagi bagi sebuah butik terkenal.

“Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan saya tetap meneruskan tindakan undang-undang atas kecuaian sehingga menyebabkan anak saya cedera,” kata penyanyi lagu Katakan itu kepada mStar Online.

Dia menganggap tindakannya itu adalah sebagai pengajaran agar perkara seperti itu tidak lagi berlaku kerana ia merupakan kecuaian yang tidak boleh diterima.

Harris Baba Tetap Mahu Saman Walaupun Butik Mohon Maaf

Tambah penyanyi berusia 26 tahun itu, laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur iaitu pada hari yang sama kejadian malang itu menimpa anaknya.

Ketika ditanya mengenai keadaan si kecil itu, Khawaja Mohammad Harris Baba atau Harris Baba, ketika kejadian, dia dan isteri terus mendapatkan rawatan di hospital terdekat namun doktor mengesahkan Aleena mengalami melecur tahap dua.

Keadaan Aleena juga makin beransur pulih dan parut di tangan dan dagu bayi itu dijangka hilang dalam masa dua bulan daripada sekarang.

“Alhamdulillah ia bukan melecur tahap tiga. Jika tidak parut itu akan berkekalan di wajah anak saya.

“Remuk hati saya melihat keadaan anak yang saya jaga dengan baik tetapi kerana kelalaian orang lain dia terpaksa menjadi mangsa.

“Mujur ia tidak terkena pada mata Aleena yang boleh menyebabkan kecacatan penglihatan,” tambahnya lagi.

Dalam masa sama, pihak mStar Online juga menghubungi butik tersebut namun mereka enggan mengulas mengenai kejadian itu dan turut mengatakan bahawa mereka masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Comel Anak Che Ta, Aaisyah Malu Dengan Zul Ariffin

Fesyen ‘Nasi Lemak Daun Pisang’ Miss Universe 2017 Dikritik Netizen