in

Video Mr. Bean Hiburkan Pelajar Di Miri Viral di Sosial Media

Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Menerusi video yang tular di laman sosial Facebook (FB), kehadiran seorang lelaki bernama Faiket Luari, mirip pelawak popular tersebut, berjaya menghiburkan pelajar sekolah tersebut.

Mr-Bean

Video berdurasi 8.25 minit itu dikongsi menerusi laman rasmi Facebook Matu Daro Samah T3lo Debey, telah ditonton lebih 557 ribu kali dan dikongsi lebih 12,000 oleh netizen.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui kagum dengan bakat yang ada pada lelaki itu kerana bukan mudah untuk sesorang meniru gaya dan mempunyai mimik muka sama seperti Mr Bean.

@Sha Iman: “Wuiishhh, perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean. Tahniah kerana mempunyai kehebatan seperti itu untuk meniru gaya seseorang. Good job.”

@Faez: “Tengok ini perwatakan dia sebijik seperti Mr Bean.”

@Amirah Dyiana: “Hahahah comei gila dia. Berapa tahun praktis ni untuk dapat gaya dan mimik muka seperti Mr.Bean.”

@Mohd Khairulddin: “Terbaik la. Perwatakan dia memang sama apapun yang penting dia berja menghiburkan budak-budak itu.”

@Ikram Akmal: “Nyaris tertipu kerana saya ingatkan itu sebenarnya Mr Bean yang betul tetapi rupanya lelaki itu cuma klon dia. Apapun tahniah kerana dapat membawa watak sama seperti Mr Bean.”

Namun kehadiran Mr Bean ke sana merupakan satu projek tanggungjawab sosial koprat bagi mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Lisa Surihani 2 | 13

Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim dalam eBu Babypedia Musim Kedua