in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis terkilan apabila tunangnya Nizam enggan bernikah dengannya. Risau dipandang serong oleh orang lain, Mizan telah didesak untuk menggantikan adiknya dan menjadi pengantin bidan terjun.

Pada awalnya Mizan langsung tidak mahu menurut desakan ibunya. Namun, akhirnya Mizan bersetuju dengan satu syarat iaitu ikatan perkahwinan tersebut hanya sementara dan dia tidak akan diganggu selepas itu. Bersediakah Yuhanis berhadapan dengan cabaran selepas ‘berkahwin’ dengan Mizan?

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

BEKAS TUNANG RAYSHA RIZROSE KINI MENJADI ADIK IPARNYA?

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin adalah drama bersiri adaptasi novel dan bakal menghiasi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang bermula 10 Julai 2017. Drama terbitan Primeworks Studios yang diarahkan oleh saudara Nizam Zakaria ini turut menampilkan gandingan pelakon-pelakon popular seperti Idris Khan, Azrel Ismail, Raysha Rizrose, Zera Hariz, Sheila Mambo, Zain Hamid dan ramai lagi.

Menurut Encik Nizam Zakaria selaku pengarah drama, “Bagi saya, keistimewaan drama ini terletak pada pelakon-pelakonnya yang telah memberi sebaik boleh untuk menjayakan watak-watak mencabar yang diberikan kepada mereka. Sememangnya agak sukar untuk membawa watak adaptasi novel kerana pembaca sudah mempunyai persepsi tersendiri terhadap watak-watak yang dibaca mereka, tetapi dengan adanya ‘homework’, pelakon-pelakon telah berjaya membawa watak yang diberikan kepada mereka dengan baik.”

Drama 28 episod ini mengisahkan Yuhanis (Raysha Rizrose) yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Nizam (Azrel Ismail). Akan tetapi, Nizam menangguhkan kepulangannya ke Malaysia kerana dia sudah bernikah dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga Nizam terkejut setelah mendapat tahu bahawa isterinya sedang hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabulkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangnya sudah menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila sedang merahsiakan sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya telah menjadi pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang menerusi slot Akasia, hanya di TV3. Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama PRINCESS HOURS Ekslusif Versi Thai di dimsum!

Video Mr. Bean Hiburkan Pelajar Di Miri Viral di Sosial Media