in ,

Video Anuar Zain SEDETIK LEBIH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Video Persembahan Anuar Zain Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Semalam, pastinya adalah satu sejarah.

Tidak pernah ada seorang artis Malaysia pun yang menjadi trending Worldwide tapi tiba-tiba, tatkala Anuar Zain cacak berdiri di pentas penuh glamor ABP, terus namanya melonjak di trending Worldwide di Twitter.

Tahniah Anuar Zain. Walaupun Anuar Zain tak punya akaun Twitter mahu pun Facebook, sekurang-kurangnya dirinya begitu ‘mahal’ dan eksklusif untuk laman sosial itu.

Video persembahan Anuar Zain semasa berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Mengenai persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat penyanyi bersuara lantang ini, ia ternyata seperti memberi gambaran satu kemenangan buat AZ.

Disambut dengan tepukan gemuruh dan tak kurang ada yang bangun memberi standing ovation pada persembahan yang superb outstanding.

Kepada pembaca yang teringin nak melihat ulangan atau kepada mereka yang terlepas nyanyian persembahan Anuar Zain, boleh la tengok video di atas.

Budiey sempat ambil gambar Anuar Zain semasa beliau melintasi karpet merah ABP semalam.

Anuar Zain ABP
Anuar Zain ABP
Anuar Zain ABP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Elfira Loy di Karpet Merah ABPBH2010

Gambar Miera Leyana di Anugerah Bintang Popular 2010