in , ,

Uyaina Arshad Hos PENCARIAN NONA SUPERWOMAN, Perkasakan Usahawan Wanita

CEO USANITA Datin Adzliana dan selebriti Awal Ashaari dilantik sebagai juri tetap, Uyaina Arshad sahut cabaran kemudi musim pertama selaku hos!

Selepas tercetusnya fenomena majlis penganugerahan ‘Nona Superwoman Award’ yang mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan golongan wanita dalam pelbagai bidang anjuran Majalah Nona pada tahun 2018 dan 2020, buat julung kalinya kesinambungan misi pencarian untuk memperkasakan kaum hawa tersebut kini dikembangkan serta diangkat sebagai program realiti menerusi kerjasama strategik di antara pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dansaluran Astro  Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi.

Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ ialah sebuah pertandingan berkonsepkan realiti untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan.

Pencarian Nona Superwoman

Mengulas lanjut mengenai penganjuran program ‘Pencarian Nona Superwoman’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan dan ekonomi negara tidak dapat disangkal dan sememangnya telah lama diiktiraf. Seperti yang kita dapat lihat, penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan pada hari ini juga sudah semakin meluas, bahkan banyak bidang perniagaan kini didominasi oleh kaum hawa. Ini membuktikan wanita juga mampu melangkah jauh untuk sama-sama menyemarakkan industri ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang.

Selaku penganjur bersama, Astro menyambut baik inisiatif penerbitan program ‘Pencarian Nona Superwoman’ kerana wanita juga wajar diberikan peluang dan sokongan terutamanya sewaktu era pandemik yang serba mencabar dan kompetitif ini.

Platform pencarian seumpama ini juga bukan sahaja mampu menyuntik semangat dan motivasi untuk mendorong kejayaan kaum wanita dalam apa saja bidang yang diceburi, malah berperanan mewujudkan persekitaran positif untuk meningkatkan keyakinan setiap wanita yang pastinya berhasrat mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan berkualiti.

Semoga penganjuran ‘Pencarian Nona Superwoman’ dapat mengukuhkan lagi pengaruh jenama Nona sebagai sebuah platform pencarian komersial dan segala perkongsian dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat di luar sana.”

Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak berkata, “Program realiti ini memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Ini adalah platform terbaik untuk para usahawan wanita yang diserap sebagai peserta untuk terus melebarkan empayar mereka. Dalam setiap episod, para peserta dan penonton dapat belajar melalui pelbagai cabaran, dorongan dan ilmu-ilmu yang dikongsikan.”

Seramai 250 calon peserta telah menghadiri sesi uji bakat yang dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian pada bulan Mei lalu. Penyertaan terbuka kepada golongan usahawan wanita kumpulan B40 dan M40 yang berusia di antara 25 ke 45 tahun. Calon peserta juga perlu mempunyai perniagaan sendiri sama ada sepenuh atau separuh masa. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 finalis terbaik telah berjaya terpilih untuk menyertai musim pertama.

12 finalis ‘Pencarian Nona Superwoman’ yang terpilih untuk menyertai musim pertama ialah SYU RAMLI (33, Melaka), FAZSFAOZI (35, Perak), LINDA ROOS (36, Kuala Lumpur), ANA (26, Perak), RINA (35, Kelantan), AYU OMAR (28, Kuala Lumpur), SYA (32, Kelantan), JIEJIE (26, Sabah), AYDA (30, Kelantan), EMMA (37, Selangor), SARAH ISMAIL (34, Kuala Lumpur) dan FAZLIA AKMA (37, Kuala Lumpur).

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.

Selebriti Awal Ashaari dan Ketua Pengarah Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan yang juga merupakan penerima anugerah ‘Nona Best Strategic Business Thinker’ di Nona Superwoman Award 2020 telah diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian ‘Pencarian Nona Superwoman’ musim pertama. Selain daripada mereka, barisan personaliti popular juga bakal diundang khas secara bergilir-gilir pada setiap minggu sebagai juri jemputan.

Manakala pelakon dan pengacara yang semakin meningkat naik, Uyaina Arshad bakal mengemudikan pencarian kali ini sebagai hos program.  Pemilihan Uyaina sebagai hos untuk program bukan sahaja berdasarkan kepada bakatnya dalam bidang pengacaraan, malah mereka turut memiliki personaliti yang bersahaja dan menarik yang sememangnya menepati konsep dan penonton sasaran program ini. 

Rangkaian program ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Program berbentuk kapsul berjudul ‘Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman’ menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021. Manakala program ‘Kapsul Pencarian Nona Superwoman’ pula akan mula disiarkan selama 8 buah episod pada setiap hari Rabu, jam 7.00 malam mulai 22 September 2021.

Program utama ‘Pencarian Nona Superwoman’ pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021. 

Juara ‘Pencarian Nona Superwoman’ akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi. 

Program ‘Pencarian Nona Superwoman’ turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja utama. Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.

Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman
Pencarian Nona Superwoman

MENGENAI ‘NONA SUPERWOMAN AWARD’

Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima anugerah utama. Selari dengan visi dan misi Majalah Nona untuk memperkasakan golongan wanita, fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu. Barisan penerima anugerah juga dipilih berdasarkan kecemerlangan individu dalam bidang yang diceburi, selain semangat dan kepimpinan individu tersebut yang mampu menjadi inspirasi luar biasa kepada wanita lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah 1 | 23

Fakta Sinopsis Drama THE HOTEL Lakonan Mira Filzah & MK K-Clique

2Bic Solo | 24

Canggihnya! Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar Xiaomi Smart Glasses