in , ,

Canggihnya! Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar Xiaomi Smart Glasses

Wow! Nampak pada gambar, sememangnya Kaca Mata Pintar dari Xiaomi yang diberi nama Xiaomi Smart Glasses sungguh canggih. Agak-agak berapa la harganya ni?

Xiaomi telah mengumumkan bakal memperlihatkan konsep teknologi baharu untuk cermin mata. Kini, secara rasminya ia diperkenalkan, iaitu kaca mata pintar yang dinamakan Xiaomi Smart Glasses. Canggih ke tidak?

Selamat datang ke dunia masa depan!

Seperti yang diperkatakan Lei Jun, dari segi luaran tampak mirip kaca mata biasa. Namun, kaca mata pintar seberat 51g ini mampu mengangkat panggilan, mengambil gambar, memaparkan navigasi, notifikasi serta menterjemah teks yang mana kesemuanya diintegrasi oleh XiaoAI Assistant. Konsepnya juga seakan kaca mata pintar dari Amazon, Razer dan Facebook.

Canggihnya! Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar Xiaomi Smart Glasses

Ia turut dilengkapi MicroLED yang mana ketumpatan piksel tinggi dan lebih cerah berbanding OLED. Mereka juga menggunakan paparan monochrome untuk memudahkan ia dilihat di bawah sinaran matahari.

Canggihnya! Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar Xiaomi Smart Glasses

Selain itu, Xiaomi Smart Glasses hadir dengan mikrofon, pembesar suara dan kamera 5MP untuk mengambil gambar. Didatangkan juga cip pemproses ARM empat teras, bateri, pad sesentuh, WiFi/Bluetooth dan sistem operasi Android.

Canggihnya! Xiaomi Perkenal Konsep Kaca Mata Pintar Xiaomi Smart Glasses

Bagaimanapun, produk ini masih dalam status konsep dan tiada maklumat lain mengenai harga serta tarikh ketersediaannya.

Sumber: ithome

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uyaina Arshad Hos PENCARIAN NONA SUPERWOMAN, Perkasakan Usahawan Wanita

Sekitar Sambutan Virtual Ulang Tahun Ke-2 Tahun BEAUSITI dari Siti Nurhaliza