in ,

Uyaina Arshad Berhadapan Detik Cemas, Tayar Pecah Ketika Memandu

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad berhadapan detik cemas apabila salah sebuah tayar keretanya pecah secara tiba-tiba ketika baru pulang dari sebuah klinik di Kuala Lumpur semalam.

Menerusi laman Instagram dan Twitter nya, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad,29 dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena pada kereta nya apabila terdengar bunyi yang sangat kuat ketika berada dalam perjalanan pulang.

“Time keluar dari clinic, kereta okay je. Takde bunyi pelik-pelik. So I drove macam biasa. Pastu keluar KL, lalu tol. Lepas tol masuk terowong. Masuk terowong je, I sedar ada bunyi sangat kuat dan menakutkan” tulisnya

Jelas Uyaina, pada mulanya dia hanya menyangka terdapat sesuatu yang berlaku pada enjin kereta nya namun selepas terdapat banyak kenderaan telah membunyikan hon sebagai peringatan, dia berhenti di tepi jalan untuk melihatnya.

uyaina arshad

Terkejut melihat keadaan tayar yang sudah pecah dan rabak, pengacara ini akui menangis kerana berasa panik sebelum menghubungi teman lelakinya yang juga penyanyi, Raja Syahiran untuk mendapatkan pertolongan.

“Dah lah bunyi kereta menakutkan, orang pulak hon-hon. I cuba drive lagi tapi kereta itu dah macam tak boleh jalan so I stop tepi”

“Elok je stop, I check side mirror, tahu-tahu tayar dah rabak. Dia dah jadi rambu-ramba tepi tayar itu”

“Tak okay. Sempat la menangis sekejap sebab cuak”

“Terus call @rajasyahiranmy (nak call siapa lagi.) Kalau harapkan diri sendiri, I dah call tow truck ke apa ke sebab langsung tak reti bab tukar tayar, or bab kereta langsung. I just tahu start enjin & drive je,”

– Uyaina Arshad

Menurut Uyaina, sebelum itu dia terfikir untuk membeli kereta baharu namun tidak menyangka kereta nya itu seakan ‘merajuk’

“Ya kesilapan paling besar. Tengah fikir dalam otak kereta apa yang best dan sesuai. Bila nak tukar walaupun bukan waktu terdekat ini sebab kereta ini baru saja beli tahun lepas.

“Dalam ralit fikir fasal nak beli kereta lain, tiba-tiba kereta ini meragam. Tapi tidak tahu apa sebab bunyi pelik itu. Ingatkan enjin, jadi saya teruskan pemanduan. Jauh juga pandu dalam keadaan tayar sudah meletup,”

– Uyaina Arshad

Di kesempatan itu, Uyaina turut berpesan kepada orang ramai agar dapat membuat pemeriksaan dengan kerap dan menyelenggara kenderaan mereka apabila tiba masanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Tepis Tangan & Dakwa ‘Team’ Ebit Lew Macam Mafia, Ini Reaksi Mengejutkan Oleh Caprice

Formasi 1,824 Dron Buat Penonton Terpegun Ketika Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2020