in ,

Ustaz Ebit Lew Bakal Jawab Segala Fitnah, Buat LIVE Jam 12 Tengah Hari Ini

Ustaz Ebit Lew akan menjawab segala fitnah yang dilemparkan kepadanya dalam satu sesi ‘Live’ di Instagram hari ini pada jam 12 tengahari pada hari ini.

Perkara itu telah diumumkan oleh Ustaz Ebit di akaun media sosialnya sejak semalam selepas membuat laporan polis. Beliau menyatakan pada bahagian kapsyen yang panjang lebar, dia sebenarnya sudah terbiasa dengan fitnah dan menganggap ini adalah sebahagian ujian. Dia sudah diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

Namun apabila isteri, anak serta arwah ayahnya menangis kerana isu ini, sudah tiba masanya untuk di membuka mulut untuk menafikan segala tuduhan tidak berasas kepadanya.

Ebit Lew

“Ratusan ribu orang melihat fitnah terhadap saya. Saya redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya,”

– Ustaz Ebit Lew

Sama-sama kita nantikan kenyataan dari Ustaz Ebit Lew bagi menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya pada jam 12 tengah hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit | 19

Nadir Kata Bantuan Ebit Lew Tersangkut di Luar Gaza, Sekali Kerajaan Mesir Keluar Kenyataan

Caprice | 20

TV3 Umum Caprice Sebagai Penyiasat Jemputan, Sekali Lain Pulak Yang Jadi