in

TV3 Umum Caprice Sebagai Penyiasat Jemputan, Sekali Lain Pulak Yang Jadi

Program I Can See Your Voice Malaysia merupakan sebuah program hiburan berformat dari Korea Selatan. Di dalam setiap episod, 6 penyanyi misteri akan dipersembahkan di hadapan penyanyi jemputan dan beliau perlu menyingkirkan penyamar di kalangan penyanyi sebenar tanpa mendengar suara penyanyi tersebut.

Terdapat 4 pusingan untuk penyanyi jemputan meneka siapakah penyamar tersebut dengan bantuan barisan panel penyiasat.

Mengekalkan gandingan pengacara Shuk Sahar dan Sean Lee, ICSYVM4 bakal memeriahkan hujung minggu anda bermula 16 Mei 2021, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

Caprice Di Jemput Sebagai Penyiasat Jemputan Minggu Ini

“Mesti semua tak sabar kan ? Minggu ni kita ada @capriceofficial sebagai penyiasat jemputan. Apa strategy Caprice ? Nak bantu ke nak kelirukan Alif & The Locos nanti ? Kita tunggu Ahad ni okay” tulis admin facebook TV3 dalam cubaan mempromosi rancangan tersebut

Reaksi Orang Ramai

Not in mood nk tgk klu gini.. dh la mmg xpnh minat pn sblum nie.. tmbh pulak ngn kes dia tgh h0t skrg ni lgi brtmbh xminat.

Maaf cakap, sangat memalukan TV3 ambik kesempatan naikkan rating dgn apa yg tgh berlaku sekarang ni. Nak play victim jgk ke nanti ni?

Program ICSYVMY ni recorded awal bukan siaran live. Pandai TV3 amik peluang ya.

“Saya Dah Cukup Penat, Serah Semua Kepada Allah” – Caprice

Saya sudah penat.” Itulah kata-kata bintang rap Caprice yang dikongsi menerusi Instagram Story malam tadi.

Menurut Caprice, dia telah meminta maaf atas apa yang berlaku kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan, namun masih kecewa dengan tindakan segelintir pihak.

“Saya sudah minta maaf dan tak nak keruhkan keadaan lagi, tapi kita sangat kecewa dengan pihak-pihak yang berguna kuasa untuk sembunyikan orang lain. Ini adalah kali kedua perkara macam ini berlaku tahun ini, saya dah cukup penat dan serah semua kepada Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice juga mengatakan akan memperbaiki dirinya agar menjadi lebih baik.

“Saya memilih untuk memperbaiki diri, saya masih belum ‘sembuh’ dengan apa yang berlaku tetapi Insya-Allah, mental dan fizikal saya akan menjadi lebih baik selepas ini,” tulisnya lagi.

Malam tadi, Caprice membatalkan sesi Instagram Live yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10 malam selepas pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis susulan kontroversi yang dikatakan dicetuskannya berhubung misi bantuan ke Gaza.

Pada Rabu, Ebit telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dikatakan dibuat terhadap dirinya oleh beberapa individu.

Sebelum ini nama Caprice terpalit kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di Instagram, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi lebih hangat apabila nama Ebit turut disebut dan warganet mengecam sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf secara terbuka kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.

Menerusi laporan Gempak semalam, Caprice memberitahu dia memilih untuk tidak bersama-sama yang lain pulang ke Malaysia kerana akan meneruskan perjuangan di Palestin secara bersendirian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit Lew Bakal Jawab Segala Fitnah, Buat LIVE Jam 12 Tengah Hari Ini

Buka Kotak Kerusi Gaming, Macbook Air & Standing Hair Dryer dari Bae Hanna