in , ,

Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Kisah Ustaz Abu Syafiq yang begitu hangat diperkatakan sepanjang minggu ini. Nampaknya Ustaz Abu Syafiq berterusan dikecam orang ramai.

Belum pun reda dengan dakwaan mempertikaikan kerja Amal Ustaz Ebit Lew dan kes mahkamah membabitkan penceramah motivasi Amin Idris, timbul pula video penceramah ini mencadangkan agar tulisan Cina di hapuskan. Meskipun kelihatan seperti video lama, ianya menimbulkan kemarahan netizen juga selebriti seperti Michael Ang dan Alvin Chong malah turut mendapat perhatian pelakon Usop Wilcha yang secara berseloroh menyatakan mahu meludah ke muda penceramah tersebut.

Menerusi Twitter, Usop secara bersahaja memohon kebenaran PDRM untuk meludah dan menghumban Ustaz Abu Syafiq ke dalam sungai sekiranya terjumpa dengan pendakwah itu.

“Kepada PDRM, minta maaf kalau teman (saya) nak tanya dan mintak pendapat. Boleh tak andai kata teman jumpa ‘makhluk’ dalam gambar ini, teman ludah dekat muka dia dan lempor (lempar) dekat sungai ” tulisnya di Twitter

Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Meskipun niatnya dilihat hanya berseloroh namun perkongsiannya menarik perhatian warga Twitter dengan beberapa dari mereka menjadikan topik tersebut sebagai bahan ketawa. NETIZEN pula menyokong tindakan Usop Wilcha. 

Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian portal-portal hiburan namun Usop atau nama betulnya Syed Mohamad Asri bin Syed Zainal Abidin Jamalullail tidak mendedahkan kenapa dia mengeluarkan kenyataan sedemikian

Terbaru menerusi laman Instagram miliknya, Ustaz Abu Syafiq memuat naik satu posting seolah-olah membalas kenyataan terbabit. Tulisan ringkasnya walaupun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak namun ramai meramalkan ianya sememangnya untuk Usop Wilcha.

“Telan air lur tidak membatalkan puasa youb! Tak perlu nak ludah ludah. Silap -silap kang (nanti) masuk habuk batal pulak puas deme!

“Telan jeklah ayor liuor (air liur) deme to yob! ” tulis Abu Syafiq di Instagram.

Dia bagaimanapun memilih untuk tidak membenarkan sebarang komen di tulis pada postingnya itu.

Perkara ini telah mendapat perhatian netizen yang memberi respond yang sangat menyokong perbuatan itu. Tweet yang di post oleh Usop itu telah mendapat kicauan sebanyak 200 dan like sebanyak 300 setakat waktu ini.

Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq
Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq
Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Rata rata respond netizen itu membuatkan penulis geli hati dan mengimbau kembali watak di dalam Hantu Kak Limah itu. Walaupun itu hanya sekadar kongsian tetapi posting itu meluahkan rasa kesal Usop Wilcha terhadap ramai individu yang semakin berani membuat kenyataan terbuka di laman sosial dan memberi impak tidak baik kepada semua.

Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq
Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ogy | 18

Ogy Ahmad Daud Akui Tak Ada Duit Langsai Hutang Teater Korupsi Dewan Semandung

Zafrul | 19

Isu Bank Negara Buat U-Turn, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu