in ,

Isu Bank Negara Buat U-Turn, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Isu Kekeliruan Netizen Tentang Kenyataan Terkini Daripada Bank Negara Mengenai Penangguhan Bayaran Balik Sewa Beli.

Lewat malam tadi, kata kunci u-turn menjadi tular susulan daripada kenyataan terkini daripada Bank Negara mengenai penangguhan bayaran balik sewa beli. Sejak semalam kecoh di Twitter apabila netizen berasa marah dengan keputusan perubahan pelan moratorium yang diumumkan Bank Negara Malaysia.

Netizen Marah Bank Negara Terlepas Pandang & U-Turn. Peminjam Kena Bayar Interest?

Rata-rata netizen membantah perubahan prosedur moratorium hire purchase loan dan pembiayaan Islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam. Mana tidaknya, perubahan itu membuatkan peminjam yang mengambil moratorium perlu bayar interest.

Malah, mereka menggunakan hashtag #BankerJagaBanker dan tujukan khas kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bank Negara &Quot;Terlepas Pandang&Quot; Dan &Quot;U-Turn?&Quot;Tambahan Moratorium Dikenakan ?

Antara yang dikatakan netizen adalah all in all sebenarnya mereka tak pedulikan langsung kepentingan dan kebajikan rakyat. Seorang netizen turut berkata situasi ini membuktikan betapa rapuhnya sistem di negara kita.

Ada juga yang tertanya-tanya kenapa Tengku Zafrul buat pengumuman keputusan ini semalam, sehari sebelum sambutan Hari Pekerja.

Ramai yang bengang kerana mengenangkan nasib rakyat-rakyat yang dipotong gaji dan dibuang kerja disebabkan krisis Covid-19 ini. Pada mulanya beban sedikit ringan apabila moratorium ini diumumkan dulu tapi sekarang macam mana pula mereka yang terjejas ni nak bayar?

Akhir Mac lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penawaran penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan susulan daripada wabak pandemik COVID-NINETEEN yang sedang melanda dunia ketika ini bagi meringankan beban pengguna yang terjejas.

Tidak dinafikan wabak yang sedang melanda ini sememangnya meresahkan bukan sahaja daripada segi keselamatan dan kesihatan tetapi juga daripada segi kewangan dan ekonomi.

Sebelum itu apa yang perlu kita semua faham mengenai moratorium enam bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020 yang dilancarkan sebelum ini.

Ini penjelasan ringkas daripada ahli ekonomi, Ikmal Nordin:

1. Tidak perlu bayar pinjaman rumah dan kereta selama enam bulan tidak bermakna pinjaman itu dimaafkan enam bulan tetapi dilanjutkan lagi tarikh pinjaman enam bulan ke hadapan.

2. Hutang kad kredit masih lagi perlu dibayar, namun sekiranya memerlukan boleh tukarkan menjadi pinjaman bertempoh tiga tahun dan kadar faedah tidak lebih 13%. Masih berhutang tapi kadarnya lebih murah sedikit dan tempoh bayaran juga dipanjangkan sedikit.

3. Jika sebelum ini ada had untuk bank bagi pinjaman beli hartanah, saham dan unit trust, had-had ini akan dimansuhkan. Manakala had bagi pinjaman pada syarikat-syarikat berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan.

4. BNM telah mencairkan sebahagian rizab yang bank komersial simpan di BNM dengan sebab semasa krisis duit boleh digunakan dan tak berapa perlu untuk disimpan; rizab-rizab bank dikurangkan.

Kata kunci ‘u-turn’ menjadi trending di laman media sosial susulan daripada pengumuman pusingan U yang mana bank akan mengenakan kaedah moratorium ke atas sewa beli.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia baru saja mengeluarkan kenyataan soal jawab bagi menjawab segala kemusykilan orang awam mengenai kekecohan isu moratorium untuk pinjaman jenis sewa beli (hire purchase loan) dan pembiayaan Islam berkadar tetap (Islamic loan) ini.

Jadi berdasarkan kenyataan soal jawab tersebut, dapat kita ringkaskan lagi mengenai beberapa isu asas yang sebelum ini menimbulkan kekeliruan.

⏺ Pertama Penangguhan bayaran adalah secara AUTOMATIK untuk sewa beli dan pembiayaan Islam secara tetap.

⏺ Ke-2 Apa yang ditambah adalah PROSEDUR (kena isi borang makluman kepada bank) kerana melibatkan lanjutan tempoh dan jugak jadual pinjaman.

⏺ Ke-3  Tiada perubahan pada tempoh penangguhan pembayaran. Masih 6 bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

⏺ Ke-4 Tiada sebarang fi tambahan untuk pembiayaan Islam.

Bank akan memaklumkan kepada peminjam tentang perubahan jadual pembayaran dan jumlah ansuran pinjaman.

⏺ Ke-5, Peminjam juga boleh mohon untuk bayar ansuran macam biasa.

⏺Ke-6  Tiada caj lewat jika pemohon menukar fikiran dan memilih untuk bayar ansuran macam biasa (di mana tempoh masa bayar akan dimaklumkan pihak bank).

⏺ Ke-7 Peminjam boleh berbincang dengan bank jika mahu melanjutkan tempoh pinjaman selepas tempoh penangguhan ATAU menambah jumlah bayaran ansuran.

Persoalannya sekarang ramai yang tengah keliru dan tertanya-tanya, samada nak u-turn atau jalan terus. 

Situasi dia sekarang, tengah asyik goyang kaki, tetibe dpt tau loan kete kene bayar cam biasa…..hhhmmm baru ingat nak simpan buat bende lain, kan?

Bank Negara &Quot;Terlepas Pandang&Quot; Dan &Quot;U-Turn?&Quot;Tambahan Moratorium Dikenakan ?

Tengah sedap kita layan ‘holiday’ 6 bulan moratorium hire purchase loan, tetiba ja ada pengumuman baru dari Bank Negara Malaysia. Katanya, interest tambahan akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium tu.

BNM buat u-turn ka atau awal-awal lagi rakyat yang salah faham ni? Tak kisahlah siapa betul, siapa salah, siapa pening, yang penting, kita nak U-Turn ka nak jalan terus ni? 🤣

Sebelum kita buat keputusan, jom fahamkan dulu apa masalah problem dia.

1. Awal PKP dulu, BNM umumkan yang moratorium hire purchase loan seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman kereta tak akan dikenakan interest tambahan sepanjang tempoh 6 bulan. Cuma nanti tempoh instalment dilanjutkan selama 6 bulan lagi.

2. Pengumuman terbaru, interest tambahan akan dikenakan untuk tempoh tersebut. Ianya hanya melibatkan hire purchase atau fixed interest loan seperti Car Loan dan Personal Loan. Tak kisahlah Islamic ke atau conventional. Housing Loan biasanya tak terlibat dan kekal sama pengiraannya. 

3. Berapa banyak interest tambahan yang akan dikenakan?

Jom belajar ilmu kira-kira contoh untuk Car Loan:

Installment bulanan : RM500

Interest rate : 3%

Baki tempoh pinjaman : 5 tahun + 0.5 tahun (6 bulan extended)

Jumlah interest tambahan =

(Instalment bulanan x 6 bulan) x interest rate x baki tempoh pinjaman. 

(RM500x6) x (0.03) x (5+0.5) = RM495

Ini bermakna, jika kita teruskan moratorium ini, jumlah interest tambahan yang kita kena bayar sepanjang tempoh 6 bulan adalah RM495.

*Mungkin ada sedikit perbezaan antara Islamic & conventional loan. 

4. Hokay..dah tahu berapa interest tambahan kita kena bayar kan? Sekarang ni, kita ada 3 pilihan kalau kita nak teruskan moratorium :

Jika anda mampu dan banyak duit, ini pilihan terbaik ialah Jadi hero dan bayar sedebuk bayaran penuh 7 bulan instalment termasuk bulan October. Instalment bulanan & tempoh pinjaman kita lepas ini akan tetap sama.

Terbaik pilihan ni sebab bank tak ‘denda’ kita dengan interest tambahan walaupun ambil 6 bulan moratorium. Sesuai untuk yang mampu bayar RM500 x 7 bulan atau RM3500 bulan Oktober nanti. 

b) Pilihan kedua,  Buat-buat tak reti dan bayar macam biasa bulan Oktober nanti. Tempoh pinjaman akan di extend 6 bulan dan interest tambahan akan dikenakan (samada ditambah ke dalam instalment bulanan atau dilanjutkan baki tempoh pinjaman).*

c) Ketiga, Bayar instalment bulanan lebih tinggi bermula bulan Oktober dan kekalkan tempoh pinjaman. Berapa tinggi?

Katakan tempoh baki pinjaman adalah 5 tahun (60 bulan), bahagikan RM495/60 maka akan ada kenaikan RM8.25 setiap bulan atau instalment baru RM508.25 sebulan. 

* sila rujuk kepada bank pinjaman masing masing untuk pengiraan yang lebih tepat. 

5. Kita juga ada pilihan untuk U-turn dan jangan ambil moratorium. Bayar macam biasa untuk 6 bulan ni. Maka tak akan dikenakan interest tambahan, tak perlu bayar sedebuk bulan October nanti, tak payah serabut kepala nak kira itu ini.

Apa-apa pon keputusan yang kita buat, jangan syok sendiri ya. Jangan lupa untuk hubungi bank peminjam masing-masing dan inform mereka secara rasmi.

Kenyataan yang dikeluarkan malam semalam adalah bagi menyelesaikan isu prosedur untuk mewujudkan pengesahan perundangan moratorium mengikut Akta Sewa Beli 1967 dan tuntutan Syariah.

Lebih memburukkan keadaan, banyak media melaporkan kenyataan yang dianggap telah mengelirukan rakyat Malaysia. Di ruangan komen hantaran itu, ada pihak yang meminta agar Bank Negara mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberikan penerangan mudah mengenai perkara ini. Malah ada yang sudah memulakan petisyen meminta agar pihak BNM menarik balik kenyataan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pelanggan boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan ataupun terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang asal.

Tidak akan mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat untuk ansuran tertunggak April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan sekiranya bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 tidak dibuat lebih dari 30 Jun 2020, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berkata akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula dikenakan dari Julai 2020 dan seterusnya.

“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan.

Justeru, pelanggan sewa beli perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal.”

Menurut Ikmal, sesiapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya menjangkakan kesan ekonomi COVID-19 untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu dan bermungkinan akan sampai hujung tahun.

Isu ini bukanlah suatu isu yang perlu dipolitikkan dan yang penting rujuk bank masing-masing bagi penerangan yang lebih jelas. Jika keadaan ekonomi tidak berubah dan masih boleh dibayar seperti biasa, adalah lebih baik dibayar sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Wilcha | 16

Usop Wilcha Minta Izin Polis Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq

Faizal Tahir | 17

Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Pada 4 Mei Ini Adalah Satu Kesilapan Yang Besar?