in , ,

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Sempena Hari Raya Tahun 2019

Universal Music Malaysia ungguli carta muzik Malaysia pada musim Raya Aidilfitri 2019

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir

UMM catat kejayaan dengan katalog besar EMI yang mengandungi lagu-lagu raya klasik seperti Balik Kampung, Selamat Hari Raya & Suasana Hari Raya. Lagu-Lagu ini sering dimainkan dan mendominasi carta-carta digital seperti Spotify Viral, JOOX & carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia, RIM.

Universal Music Malaysia

Tambahan itu, UMM juga merekod kejayaan dengan lagu ‘Bikers Kental’ nyanyian Faizal Tahir & Akim Ahmad apabila lagu tersebut menjuarai carta domestik RIM minggu ini dengan catatan strim paling tinggi di Malaysia.

Selain itu, lagu terbaru artis muda, Aziz Harun berjudul ‘Jauh’ mendapat sambutan hebat daripada peminat apabila lagu itu pernah mencapai tempat ke-5 di dalam carta RIM.

Tahun ini amat istimewa buat UMM kerana bukan sahaja koleksi lagu raya mencatat kejayaan yang baik, malahan lagu hit terbaru juga berjaya mendapat tempat no.1 di Malaysia.

Istimewa untuk perayaan Raya Aidilfitri tahun ini, UMM telah mengeluarkan sebuah playlist berjudul ‘IniBaruLahRaya’ yang menghimpunkan koleksi terbaik lagu-lagu Raya milik UMM di platform YouTube & Spotify buat para pendengar.

Carta Spotify Malaysia:

Carta RIM Domestik: 

Senarai lagu Universal Music Group (UMG) /EMI yang telah berada di carta:

EMI 

Anuar & Ellina / Suasana Di Hari Raya

Uji Rashid, Hail Amir / Seloka Hari Raya

Junainah / Suasana Riang Di Hari Raya

Rahimah Rahim / Selamat Berhari Raya

Saloma / Selamat Hari Raya

Dato’ Sudirman / Balik Kampung

Aman Shah / Kepulangan Yang Di Nanti

Ahmad Jais  / Selamat Hari Raya

Datuk Sharifah Aini / Suasana Hari Raya

Dato’ DJ Dave / Menjelang Hari Raya

Dato’ Sudirman / Dari Jauh Kupohon Maaf

Noorkumalasari  / Pulang Di Hari Raya

Cenderawasih / Bersama Di Hari Raya

Tan Sri P. Ramlee / Dendang Perantau

Khairil Johari Johar / Sepasang Kurung Biru

Black Dog Bone / Cahaya Aidilfitri

Sanisah Huri /  Aidilfitri

M. Nasir / Satu Hari Di Hari Raya

UMG 

Aziz Harun / Jauh

Akim Ahmad & Faizal Tahir / Bikers Kental

BTS, Halsey / Boy With Luv

Shawn Mendes / If I Can’t Have You

DaBaby / Suge

Timeflies, Katie Sky / Monsters

Duncan Laurence / Arcade

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beto Kusyairy & Azhan Rani Dalam Adaptasi Puisi Ke Telefilem SESEKALI

Sehari Suntuk Di Rekrut Boot Camp MEN IN BLACK: INTERNATIONAL