in

unifi TV Tambah Saluran TV FOX Movies, FOX Life, National Geographic & Nat Geo Wild

UNIFI TV MENAWARKAN 10 LAGI SALURAN TERHEBAT
unifi TV memperkenalkan saluran rangkaian FOX Networks, antaranya FOX Movies, FOX, FOX Life, National Geographic dan Nat Geo Wild

unifi TV (dahulunya dikenali sebagai HyppTV), perkhidmatan pelayar video yang pernah memenangi anugerah milik Telekom Malaysia Berhad (TM) kini menambah lagi sepuluh (10) saluran baharu dari kumpulan FOX Networks Group Asia (FNGA) dalam penawaran salurannya, justeru membolehkan para pelanggannya menikmati kandungan blokbuster, program realiti, rancangan yang meraih anugerah dan siri-siri yang disiarkan pada ‘hari yang sama’. Saluran-saluran yang baharu diperkenalkan itu adalah FOX Life, FOX, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, Baby TV dan Sky News, menjadikan jumlah terkini saluran rangkaian FOX Networks di unifi TV kepada 20 saluran.

The Walking Dead

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, unifi TV, berkata “Penambahan 10 saluran terbaharu ini mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan FNGA dan memantapkan lagi himpunan kandungan yang ditawarkan di unifi TV, di mana kami berhasrat untuk mencipta memori-memori yang lebih diingati di ruang tamu anda dengan penawaran program yang unik dan digemari ramai. Dengan kandungan merangkumi siri yang disiarkan pada ‘hari yang sama’, program yang meraih anugerah dan banyak lagi saluran yang digemari ramai antaranya FOX Life, FOX Movies dan National Geographic pelanggan unifi TV akan mempunyai pelbagai pilihan hiburan untuk mewujudkan detik-detik bersama keluarga dan peribadi yang sempurna.”.

“Ini juga selaras dengan beberapa pencapaian pertama unifi yang dilancarkan baru-baru ini antaranya rancangan gameshow interaktif secara langsung pertama di unifi TV iaitu Teka Tekan, penajaan terbesar Liga Malaysia yang diterajui oleh unifi yang membawakan perlawanan liga secara langsung di unifi TV, serta produk mobiliti bebas pertama, unifi Mobile,” tambah beliau.

Bagi FNGA, penambahan 10 saluran di unifi TV ini memenuhi dua objektif; untuk mendekati lebih ramai peminat dan penonton serta memperhebatkan lagi senarai penawaran. Pelanggan unifi TV kini boleh menonton program-program terkenal seperti The Walking Dead, The Voice, Crazy ex-Girlfriend, Masterchef, American Crime Story, Genius dan banyak lagi program antarabangsa dan yang pernah meraih anugerah.

Vineet Puri, Naib Presiden Kanan – Ketua Wilayah Malaysia dan Singapura Kumpulan FOX Networks berkata, “Kerjasama dengan TM ini merupakan usahasama penting buat kami dan memperkukuhkan komitmen FNGA bagi menawarkan kepada peminatnya di Malaysia dengan akses kepada kandungan yang berkualiti tinggi. Kami akan terus menawarkan pelbagai kandungan bertaraf dunia secara inovatif untuk membawakannya kepada para penonton kami.”

Penawaran FNGA yang sedia ada di unifi TV memaparkan tempat-tempat dan budaya yang mempesonakan di Nat Geo People; siri-siri drama penyiasatan di FOX Crime; hebahan acara sukan terkini menerusi FOX Sports, FOX Sports 2, dan FOX Sports 3; kandungan muzik dan hiburan menerusi Channel V International dan Channel V Taiwan; serta hiburan berbahasa Cina menerusi Star Chinese Movies, Star Chinese Movies Legend, dan Star Chinese Channels.

Sempena dengan penjenamaan semula unifi TV, 10 saluran FNGA terbaharu ini boleh ditonton oleh semua pelanggan untuk tempoh terhad sehingga 31 Mac 2018, dan selepas tempoh tersebut saluran-saluran ini akan dapat dilanggan dalam Pek Jumbo unifi TV.

Selain unifi TV yang dijenamakan semula, aplikasi HyppTV Everywhere juga kini dikenali sebagai unifi PlayTV. unifi PlayTV boleh diakses menerusi kesemua skrin melalui aplikasi unifi PlayTV di AppStore dan PlayStore. Dengan aplikasi ini, para pelanggan boleh terus menikmati kandungan hiburan bertaraf dunia dan program yang pernah memenangi anugerah menerusi pek-pek nilai dengan siaran TV secara langsung, Video On Demand, dan juga saluran Interaktif dalam format HD tanpa gangguan cuaca dan di mana sahaja.

unifi TV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 115 saluran dengan 65 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 63 saluran premium, 25 saluran percuma, 7 saluran Video-On-Demand (VOD), 18 saluran interaktif dan 2 saluran Radio dalam pelbagai pakej mampu milik atau secara ala-carte.

Untuk maklumat lanjut mengenai unifi TV termasuk senarai penuh saluran-salurannya dan program-program yang digemari ramai, layari https://unifi.com.my/tv atau lawati laman media sosial unifi TV di www.facebook.com/unifitv (Facebook).

Mengenai unifi

unifi merupakan jenama Konvergens utama di bawah Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menawarkan rakyat Malaysia di seluruh negara dengan himpunan produk dan perkhidmatan komprehensif melalui pelbagai penawaran bernilai tambahnya – unifi home, wifi@unifi, unifi mobile, unifi TV dan unifi Play TV.

unifi merupakan satu-satunya jenama di Malaysia yang menawarkan sambungan menyeluruh sebenar kepada pengguna, memenuhi kesemua keperluan komunikasi mereka – sama ada tetap, mudah alih atau nomad. Jenama ini amat komited untuk mencipta momen-momen bermakna buat para pelanggan dengan penawaran perkhidmatan konvergensnya, memberikan akses menyeluruh kepada rakyat Malaysia melalui unifi dan mewujudkan satu kesempurnaan detik dan akses.

Berperanan sebagai satu-satunya platform komunikasi menyeluruh, unifi pasti dapat merealisasikan visi TM, “Menjadikan Hidup Lebih Mudah”.

Untuk maklumat lanjut mengenai unifi, layari www.unifi.com.my.

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), Peneraju Konvergens Negara dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi tetap (telefoni dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi dan perkhidmatan pintar. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Mengenai Kumpulan FOX Networks

Kumpulan FOX Networks (FNG) merupakan perniagaan multimedia antarabangsa 21st Century FOX. Kami merangka, menerbit dan memasarkan lebih 300 milik penuh dan milik majoriti saluran hiburan, sukan, fakta dan filem dalam 45 bahasa merentasi Amerika Latin, Eropah, Asia dan Afrika. Saluran utama FNG termasuklah saluran FOX, FOX Sports, FOX Life, FOX+ dan National Geographic. Saluran filem milik FNG termasuk FOX Movies, FOX Movies Premium, dan SCM (dahulu dikenali sebagai Star Chinese Movies). Jenama bukan-linear termasuk FOX Play, FOX Play+ dan Nat Geo Play. Rangkaian-rangkaian ini dan sambungan mudah alih, bukan-linear dan berdefinisi tinggi mencapai lebih daripada 1.825 bilion isi-rumah terkumpul di serata dunia. Tambahan lagi, FNG memiliki dan menguruskan dua studio produksi dan menerbitkan ribuan jam program tempatan untuk saluran milik penuh dan pihak ketiga.

LAMPIRAN FAKTA

Saluran Hiburan Umum
Penambahan tiga saluran hiburan umum – FOX Life, FOX, dan FX – pastinya memuaskan sesiapa yang dahagakan drama dan siri TV dari US pada ‘hari yang sama’. Peminat TV realiti akan menonton FOX Life untuk program seperti Masterchef Jr. S6 yang akan bermula Februari ini. Celebrity Chef: East Vs West, yang disertai bintang Hong Kong terkenal Nicholas Tse dan Chef Selebriti David Rocco, juga dijadualkan akan memulakan tayangannya pada 25 Mac di saluran yang sama. Selain itu, FOX Life menawarkan drama popular dan siri komedi antaranya Empire, Grey’s Anatomy, dan New Girl.

Penonton juga akan teruja menantikan kembalinya The Walking Dead S8 pada 25 Februari ini dan Legion S2 pada April di FOX. Saluran ini turut menawarkan siri komedi popular antaranya Fresh Off The Boat, Modern Family, dan Family Guy. Di samping itu, FX dipenuhi dengan siri yang memenangi anugerah dengan hiburan yang penuh keberanian antaranya American Horror Story, American Crime Story, Ray Donovan, dan The Americans.

Saluran Filem
FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies membawakan pelbagai filem yang diatur untuk menghiburkan penonton merentas kesemua generasi. Peminat filem blokbuster dan lakon layar antarabangsa yang hebat boleh menyaksikan FOX Movies untuk menonton filem yang telah disusun antaranya Boss Baby atau filem superhero Guardians of the Galaxy Vol 2, yang bakal ditayangkan di kaca televisyen pada Februari dan Mac. Saluran ini menawarkan filem premium blokbuster, dengan dua judul terbaharu setiap Sabtu dan Isnin.

Penonton juga boleh menonton filem penuh aksi yang menghiburkan menerusi FOX Action Movies di unifi TV. Antara filemnya adalah Captain America: Civil War dan Allegiant yang bakal ditayangkan pada Februari dan Mac ini yang bakal membuatkan penonton unifi TV tidak berganjak dari tempat duduk! Untuk masa sekeluarga para ibu bapa dan kanak kanak masing masing akan terhibur dengan komedi yang menghiburkan menerusi The Cat in The Hat dan Ice Age: Collision Course yang boleh ditontoni di FOX Family Movies pada bulan Mac.

Saluran National Geographic
Memaparkan kisah sains, eksplorasi dan pengembaraan, saluran dokumentari National Geographic dan Nat Geo Wild menapak ke alam ahli pengambara, penyelidik National Geographic Society terhebat dan menambah lebih keindahan yang menghiburkan dengan produksi yang unik dan bernilai dari serata lokasi yang mempesonakan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, National Geographic mula menyertai dunia produksi original menerusi skrip dengan MARS dan Genius. Judul pertamanya menceritakan kisah titik bermulanya misi krew ke Mars pada 2033, yang memulakan tayangannya pada November 2016. Judul seterusnya memulakan tayangan pada April 2017 sebagai drama-doku menerusi skrip berkisarkan kepada kehidupan Albert Einstein. Tahun ini, kedua-dua program itu kembali dengan musim keduanya. Genius, yang akan menyaksikan Antonio Banderas sebagai Pablo Picasso, bakal menemui penonton pada 24 April manakala MARS akan ditayangkan Mei ini. Program lain yang telah disusun pada tahun ini termasuklah Empire of the Snake King pada Februari dan Jane pada Mac ini.

Saksikan sekitar kehidupan liar yang luar biasa menerusi Nat Geo Wild di unifi TV untuk program seperti Wild Philippines dan Baby Turtle Island pada Mac ini. Sebelum ini, saluran ini turut mempamerkan dokumentari produksi tempatan iaitu Operation Sumatran Rhino.

Saluran Lain
Baby TV, satu-satunya saluran seumpamanya yang mempunyai pengisian untuk bayi dan kanak-kanak pastinya membawakan senyuman untuk mereka dan para ibu bapa. Baby TV mempunyai kandungan berpendidikan namun tetap menyeronokkkan.

Selain itu, Sky News membolehkan penonton mengetahui berita-berita terbaru mengenai politik, hiburan dan sebagainya dari seluruh dunia.

UNIFI TV ADDS 10 MORE TOP RATED CHANNELS TO ITS OFFERINGS

unifi TV welcomes FOX Networks’ FOX Movies, FOX, FOX Life, National Geographic and Nat Geo Wild among others

unifi TV (formerly known as HyppTV), the award winning video play service under Telekom Malaysia Berhad (TM) has now added ten (10) new channels from FOX Networks Group Asia (FNGA) to its offerings, enabling its subscribers to enjoy the best blockbusters, reality TV, award-winning shows and ‘same day’ series. The newly added channels are FOX Life, FOX, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, BabyTV and Sky News, bringing the total number of FOX Networks channels on unifi TV platform to 20 channels.

Jeremy Kung, Executive Vice President, unifi TV, said “The inclusion of the 10 new channels further solidifies our partnership with FNGA and further strengthens unifi TV’s content offerings where we aim to reshape moments of your living room with unique and sought after programmes. With content that covers ‘same day’ series, award-winning programmes and more of fan-favourite channels like FOX Life, FOX Movies and National Geographic, unifi TV subscribers will have plenty of entertainment options for the perfect family and individual moments.”

“This is also in line with the many firsts unifi has launched earlier such as unifi TV’s first ever live interactive gameshow, Teka Tekan, the landmark unifi sponsorship of Liga Malaysia that comes with live matches of the league on unifi TV, as well as the first liberating mobile product, unifi Mobile,” he added.

For FNGA, the inclusion of the 10 channels on unifi TV’s lineup serves as a dual purpose; to truly reach out to more fans and viewers as well as continuously broaden the list of offering. unifi TV subscribers can now catch hit programmes like The Walking Dead, The Voice, Crazy ex-Girlfriend, Masterchef, American Crime Story, Genius and many more international and award-winning shows.

Vineet Puri, FOX Networks Group Senior Vice President – Territory Head of Malaysia & Singapore said, “Our expanded partnership with TM is a landmark moment for us and cements FNGA’s commitment to providing its fans in Malaysia with access to high-quality content. We continue to provide a range of world class content and innovative ways of delivering it to our viewers.”

FNGA’s existing offering on unifi TV features fascinating places and culture on Nat Geo People; investigative drama series on FOX Crime; updates on sporting events via FOX Sports, FOX Sports 2 and FOX Sports 3; music and entertainment content via Channel V International and Channel V Taiwan; and Chinese entertainment content through Star Chinese Movies, Star Chinese Movies Legend, and Star Chinese Channels.

In conjunction with rebranding of unifi TV, the 10 newly added FNGA channels will be available for a limited time to all subscribers until 31 March 2018, after which the channels will be accessible via ala carte basis at RM9 per channel as well as on unifi TV’s Jumbo Pack bundled channels at RM60 a month.

Besides the newly rebranded unifi TV, the mobile app HyppTV Everywhere is also now known as unifi PlayTV. unifi PlayTV is accessible across all screens via unifi PlayTV app now available on AppStore and PlayStore. With this, customers can continue to enjoy world-class entertainment and award winning shows through its value for money channel packages in full HD from either Live TV, Video On Demand or Interactive channels offering while enjoying the service uninterrupted regardless of any weather, anywhere.

unifi TV currently offers its customers a total of 115 channels with 65 channels in High Definition (HD) – consisting of 63 premium channels, 25 free channels, 7 Video-On-Demand (VOD) channels, 18 interactive channels and 2 Radio channels, in a wide variety of affordable packages or via ala-carte options.

For more info on unifi TV including the full channel listings and its top rated programmes, log on to https://unifi.com.my/tv and visit unifi TV social media page at www.facebook.com/unifitv (Facebook).

About unifi

unifi, a premier brand under Telekom Malaysia Berhad (TM), is the one and only convergence brand that brings you four technology leading products – unifi home, unifi mobile, unifi tv and unifi wifi, all under one roof.

As the nation’s leader in seamless connectivity, unifi enables meaningful moments for you in today’s hyper connected world. Thus bringing to life unifi’s aspiration to be one with its customers, to be The Perfect One.

For more exciting information on unifi, please visit www.unifi.com.my.

About TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia’s Convergence Champion and No. 1 Converged Communications Services Provider offers a comprehensive suite of communication services and solutions in fixed (telephony and broadband), mobility, content, WiFi and smart services. As a market leader, TM is driven by stakeholder value creation in a highly competitive environment. The Group places emphasis on delivering an enhanced customer experience via continuous customer service quality improvements and innovations, whilst focusing on increased operational efficiency and productivity.

For further information on TM, visit www.tm.com.my.

About FOX Networks Group

FOX Networks Group (FNG) is 21st Century FOX’s international multi-media business. We develop, produce and distribute 300+ wholly- and majority-owned entertainment, sports, factual and movie channels in 45 languages across Latin America, Europe, Asia and Africa. FNG’s core channel brands include FOX, FOX Sports, FOX Life, FOX+ and National Geographic Channel. FNG’s movie channels include FOX Movies, FOX Movies Premium and SCM (formerly Star Chinese Movies). Our non-linear brands include FOX Play, FOX Play+ and Nat Geo Play. These networks and their related mobile, non-linear and high- definition extensions, reach over 1.825 billion cumulative households worldwide. In addition, FNG owns and operates two production studios and produces thousands of local programming hours for its wholly owned channels and third parties.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Korang Patut Tahu Tentang Filem SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

Selami Biodiversiti Alam Semula Jadi Dalam Dokumentari JUNGLE PLANET