in , ,

Unifi Menawarkan Penghala Wi-Fi 6 Untuk Pakej 300Mbps & Ke Atas

Telekom Malaysia kini telah mula menawarkan penghala dengan sokongan WiFi 6 untuk semua pelanggan baharu yang melanggan pakej 300Mbps dan ke atas. Perubahan baharu ini adalah efektif daripada 1 Disember 2021.

Perubahan baharu ini adalah untuk pelanggan Unifi Home dan juga Unifi Biz. Selain penghala, TM juga turut menyediakan Mesh dengan sokongan WiFi 6 untuk para pelanggan.

Unifi Kini Menawarkan Penghala Wi-Fi 6 Untuk Pakej 300Mbps Dan Ke Atas

Dengan sokongan WiFi 6, ia memastikan rangkaian WiFi pengguna beroperaasi dengan lebih pantas, dan kadar data lebih tinggi. Disamping itu, ia menawarkan pengalaman penstriman lebih baik, disamping prestasi yang baik di persekitaran yang mampat.

Bagi pelanggan sedia ada yang turut ingin menikmati penghala baharu ini, boleh menaik-taraf pakej ke pelan 300Mbps dan ke atas bermula 1 Disember 2021 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Building Lasting Memories and Awesome Friendships at LEGOLAND® Malaysia Resort

Ingin Melancong Ke Mexico? Ketahui Segalanya Dalam TRAVEL WITHOUT TICKET