in ,

Undur dari Kumpulan Sepahtu & Hot FM, Shuib Mahu Berehat Seketika dari Dunia Seni

Betul-betul mahu berehat daripada dunia seni, Shuib ‘lepaskan’ Sepahtu – “Keputusan ini bukan disebabkan kontroversi tahun lalu”

Pada penghujung tahun lepas, tak silap Budiey penghujung Disember macam tu, ramai peminat bertanya-tanya kenapa Shuib tiada dalam program Sepahtu Reunion Live 2020. Ramai yang hairan kenapa Shuib tak bersama dengan Jep dan kawan-kawannya yang lain dalam progran itu. Dan dari situ ramai yang buat spekulasi yang bukan-bukan, mungkin juga Shuib ni disingkirkan dari kumpulan lawak itu setelah nama Shuib menjadi panas, bikin kontroversi apabila Shuib disiasat oleh SPRM pada tahun lepas Tak kurang ada yang kata, Shuib sudah berubah dan mahu beralih arah dan Shuib sendiri telah tarik diri dan mahu keluar dari kumpulan Sepahtu. 

Dan… terkini, akhirnya Shuib telah mengakui yang dia tiada dalam program Sepahtu Reunion Live 2020 adalah kerana dia nak berehat sekejap dari dunia seni. Begitu juga dengan sebab pengunduran Shuib sebagai penyampai radio Hot FM, di mana Shuib mengendalikan Geng Pagi Hot bersama Shuk dan Fizi. Shuib kata dah tiba masanya dia nak memberi perhatian kepada bisnes perniagaan yang sedang dibuatnya iaitu bisnes minuman BubbleBee. Bukan sebab Shuib disingkirkan dari kumpulan Sepahtu sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Kata Shuib, dia hanya bercuti buat seketika sahaja untuk spent masa dengan keluarga dan merancang semula perniagaannya supaya lebih teratur dan berkembang dengan lancar.

“Saya sudah berfikir panjang dan nekad untuk tinggalkan seketika benda yang saya suka. Biarlah saya berkorban dahulu demi keluarga,”

– Shuib
SHUIB

Shuib berkata, keputusan yang dilakukan tidak ada kaitan dengan kontroversi yang melibatkan dirinya dengan pengubahan wang haram oleh scammer dan disoal siasat SPRM seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“Tak muncul dalam program SepahTu Reunion Live 2020 dan berhenti radio tidak ada kaitan dengan mana-mana isu atau kontroversi membabitkan diri saya sebelum ini,” 

“Saya tidak akan berundur dari dunia seni kerana bidang ini adalah sesuatu yang saya suka dan minat.

“Cuma sejak kebelakangan ini saya mulai sedar yang saya perlu menyusun semula kerja-kerja dilakukan supaya lebih teratur. Sekarang tumpuan saya adalah untuk fokus pada perniagaan dahulu dan saya pun tak boleh nak cakap tempoh masa berapa lama saya akan berehat nanti,”

“Sebelum ini saya buat banyak kerja dalam satu masa dan berasa sedikit kelam kabut bila nak fokus, terutama yang melibatkan BubbleBee,” katanya.

– Shuib

Tambah Shuib lagi, dia terpaksa memberi fokus yang lebih untuk francais minuman BubbleBee kerana mahu mencapai target 100 cawangan pada tahun 2021.

Selain itu juga, Shuib mahu mengembangkan lagi Yayasan BubbleBee yang baru ditubuhkan di mana dia mahu melakukan kerja-kerja kebajikan yang sudah mula beroperasi. Menurut kata Shuib juga, dia sekarang ni sudah ada saluran Youtubenya sendiri iaitu BubbleBee Studio dan dah tiba masa dia nak memberi lebih perhatian kepada Bubble Studios yang dijadikan satu platform digital untuk menghasilkan video-video berkenaan tentang kehidupan Shuib seharian di Youtube untuk peminatnya. Ada vlog, ada video-video lawak dan macam-macam lagilah.

“Tahun 2021 saya berazam untuk membuka 100 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Dalam masa sama, saya mahu memberi peluang pekerjaan kepada belia kita lebih-lebih lagi dalam keadaan kita sedang bergelut dengan pandemic Covid-19.

“Alhamdulillah, setakat ini maklum balas yang kami terima positif. Rata-rata gembira menjadi ahli keluarga BubbleBee, jadi saya mengalu-alukan mereka di luar sana untuk meramaikan dan memeriahkan keluarga ini.

“Lagi satu, saya bersyukur kerana Yayasan BubbleBee juga berjalan lancar seperti yang dirancang. Aktiviti bantuan kepada mereka yang memerlukan akan dibuat secara berterusan dan bukannya sementara.

– Shuib
Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

“Apa saya buat adalah, daripada perniagaan itu saya ketepikan sedikit bahagian untuk yayasan. Contoh dari hasil jualan harian, cendrahati Bubble Bee dan lebihan duit baki yang pelanggan masukkan dalam tabung.

“Dan yang terbaru, saya mahu mengukuhkan pula Bubble Studios untuk kerja-kerja produksi dan talent serta menghasilkan ‘digital content’.

“Perancangan terbaru kami merancang untuk mengeluarkan cenderahati BubbleBee seperti T-Shirt dan lain-lain lagi,”

– Shuib

Pembukaan cawangan BubbleBee di Kuantan, Ahad lalu telah mencetuskan sedikit kontroversi apabila cawangan itu didakwa beroperasi tanpa lesen, Shuib telah pun menjelaskan keadaan yang sebenarnya telah berlaku.

“Saya akui kesilapan itu berpunca daripada diri sendiri. Sebenarnya lesen itu dalam proses dan kami minta runner yang uruskan. Sepatutnya pada hari pelancaran itu lesen tersebut diserahkan kepada kami. Bagaimanapun terdapat sedikit masalah dan lesen itu hanya diperoleh pagi tadi (Isnin).

Lain-lain kelemahan, kami akan perbaiki dan sejak awal lagi kami mengikut segala prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Malah kami juga tidak buat pemberian 100 cawan percuma bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Namun kami tak jangka kerana outlet di Kuantan menjadi outlet paling ramai dan tinggi jualan pada hari pertama pembukaan.

Alhamdulillah, kami juga sudah kembali beroperasi pada jam 2 petang Isnin dan sambutannya kembali hebat sama seperti hari pembukaan pada Ahad.

Undur dari Kumpulan Sepahtu & Hot FM, Shuib Mahu Berehat Seketika dari Dunia Seni

Undur Diri Dari Hot FM, Nafi Dilamar Stesen Radio Lain

Shuib juga telah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pagi Isnin yang lalu.

Shuib akan bersiaran untuk segmen Geng Pagi Hot (GPH) buat kali terakhir pada Jumaat ini.

“Sukar sebenarnya untuk saya melepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula (kalau masih bergelar penyampai radio).

Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.

“Sebab kita tahulah kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio.

“Macam mana saya nak fokus pada bisnes… sebab itu saya terpaksa ambil keputusan ini.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baharu saya tahu ramai juga yang suka dengar celoteh saya di Hot FM, saya hargai semua itu,”

– Shuib

Desas-desus mengatakan beliau telah dilamar oleh stesen radio lain adalah tidak betul sama sekali apabila beliau sebelum ini juga pernah meninggalkan stesen radio lain.

“Selain memajukan perniagaan, saya mahu fokus kepada keluarga terutama anak-anak. Mereka pun semakin membesar dan saya perlu memberi tumpuan dan membuat perancangan buat mereka,”

– Shuib

Terdahulu, Shuib memulakan kerjaya bersama Hot FM pada Februari 2019 dan digandingkan bersama Shuk Sahar dan Fizie dalam segmen Geng Pagi Hot bersiaran dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Sebelum itu, dia terlebih dahulu menyertai Sinar FM selama dua tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya.

Sementara itu, isteri Shuib, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 37, berkata dia sentiasa menyokong keputusan yang dibuat suaminya.

“Saya memang sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh suami. Kalau dia dah buat sesuatu keputusan itu, lagi-lagi melibatkan perkara besar macam ini maknanya memang dia dah fikir habis-habisanlah tu.

“Setahu saya ini bukan kali pertama dia pernah cakap dia nak berhenti dan sekarang dia memang dah betul-betul nekad.

“Sebagai isteri, saya akan ikut sahaja apa yang dia mahu lakukan,” ujar Sarah.

– Shuib

“Ada Datang Outlet Maki, Suruh Tutup Sebab Macau Scam” – Shuib Akui Perniagaan Terkesan Ketika Disiasat SPRM

Dalam sidang media semalam juga, Shuib juga ada mengakui perniagaan BubbleBee agak terkesan di mana jualan menurun atau sales jatuh semasa dia dikaitan dengan isu Macam Scam dan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan sebelum ini. Sedikit sebanyak kontroversi ini mencalar imej perniagaannya.

“Memang ada kesan… ada yang datang outlet maki, suruh tutup sebab Macau Scam, jualan pun menurun. 

“Bagaimanapun, penjualan kemudian semakin meningkat semula sebab ada yang tunggu produk BubbleBee ini, terutama sekali ketika outlet baharu dibuka,” jelasnya.

– Shuib

Shuib juga menjelaskan bahawa namanya sekarang ini sudah pun bersih daripada sebarang isu yang pernah melanda dirinya dan menunggu untuk SPRM menghantar emel atau surat pengesahan di mana Shuib tak terlibat langsung dengan macau scam.

Menurutnya, ketika berjumpa dengan peguam untuk mengetahui status tentang perkara tersebut, peguamnya memberitahu dirinya tidak terkait lagi dengan kes berkenaan.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk meminta SPRM keluarkan surat yang menyatakan saya tidak ada kaitan. Kalau semua dah clear, saya akan buat satu sidang akhbar,”

– Shuib

Pada masa sama, peguamnya juga ada menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang telah melemparkan fitnah terhadap dirinya berhubung isu berkenaan.

Namun begitu, Shuib memberitahu dia enggan mengambil sebarang tindakan dan telah memaafkan mereka yang telah berbuat demikian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penutupan sementara outlet BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan baru-baru ini, Shuib mengakui ia adalah kesilapan daripada pihaknya.

“Sebenarnya ketika itu memang lesen belum diluluskan dan masih dalam proses. Kami ingat semuanya dah selesai sebab runner yang uruskan berkenaan lesen.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) lesen dan lulus dan outlet berkenaan sudah kembali beroperasi pada pukul 2.00 petang,”

– Shuib

Shuib juga telah merancang untuk tahun 2021…

“Saya target untuk membuka 100 cawangan BubbleBee di seluruh Semenanjung Malaysia dan diikuti di Sabah dan Sarawak serta negara luar seperti Singapura, Indonesia dan Brunei, Insya-ALLAH.

Selain itu saya merancang untuk menghasilkan cenderamata BubbleBee seperti T-Shirt dan juga pembukaan studio di bawah label BubbleBee.

Kami juga akan meneruskan kerja-kerja kebajikan di bawah Yayasan BubbleBee. Insya-ALLAH saya juga akan lebih aktif di YouTube menerusi saluran BubbleBee Studio selepas ini.”

Semoga Shuib terus sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Covid-19: Sama-Sama Pelajari Kemahiran Baharu & Menambah Baik Kemahiran Diri

The Return of Business Events Sector in a Covid-19 World