in ,

Covid-19: Sama-Sama Pelajari Kemahiran Baharu & Menambah Baik Kemahiran Diri

Kita melangkah ke tahun 2021 dengan harapan yang tinggi dan sikap optimis, namun secara realitinya wabak ini masih belum berakhir. Banyak perniagaan dan individu telah terjejas berikutan penularan pandemik ini dan kadar pengangguran di Malaysia telah meningkat kepada 4.8 peratus dengan 764,400 individu masih menganggur sehingga November 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jika anda membaca artikel ini dan masih mempunyai pekerjaan tetap, tahniah diucapkan. Tetapi jika anda terjejas disebabkan pandemik ini, kuatkan semangat kerana keadaan akan menjadi baik jika kita memilih untuk tidak ditewaskan oleh pandemik ini! 

Usaha tangga kejayaan

Sementara kita menunggu wabak ini berakhir, apa kata kita pelajari kemahiran baharu atau menambah pengetahuan dengan kursus yang boleh membantu anda mendapat pekerjaan yang diperlukan?

Dalam era digital ini, terutamanya apabila sektor e-dagang dan perniagaan dalam talian berkembang pesat oleh pandemik global, mempelajari kemahiran baharu dalam sektor digital adalah satu langkah bijak untuk melakar kejayaan di masa hadapan.

Redbeat Academy

Redbeat Academy yang ditubuhkan oleh airasia Digital dan Google Cloud,  menawarkan kursus dalam talian dan bengkel teknologi seperti Data, Perisian Kejuruteraan, Keselamatan Siber, Pemasaran Digital, Reka bentuk UX dan lain-lain lagi.  

Pada tahun lepas, Redbeat Academy telah menerima lebih 1,200 Allstars (kakitangan AirAsia) yang mendaftar untuk mempelajari kemahiran baharu dan tidak membiarkan pandemik dan perintah kawalan pergerakan mematahkan semangat mereka. Allstars dari pelbagai jabatan termasuklah juruterbang, kru kabin dan pengendali bagasi telah lulus dalam kursus Digital Fundamental dan meneruskan karier mereka di dalam bidang teknologi masing-masing.  

Jadi, mengapa kita perlu mempelajari kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran diri kita? Jom kita dengar apa kata Allstars yang kini meneruskan kerjaya dalam bidang teknologi masing-masing dengan Redbeat Academy.  

Wan Abdul Muiz, Pembantu Pegawai Keselamatan kepada Keselamatan Siber berkata, “Terdapat banyak sebab positif untuk saya meningkatkan kemahiran diri sejak 2019, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa menangguhkan hajat tersebut. Apabila saya melihat pendaftaran dibuka untuk Redbeat Academy pada tahun 2020 saya terus mendaftar kerana tidak semua orang akan mendapat peluang kedua. Selain itu, sudah tiba masanya kita sedar bahawa dunia ini sentiasa berubah tidak kira apa saja industri termasuk teknologi maklumat dan jika kita tidak meningkatkan kemahiran diri kita, kita akan ketinggalan.”

Lim Wei Lung, Operasi Penerbangan (Juruterbang) kepada Keselamatan Siber berkata, “Saya sentiasa ingin menceburkan diri dalam bidang lain dan teruja apabila diberikan peluang oleh AirAsia untuk mempelajari kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran diri. Kepada mereka yang juga ingin melakukan perkara yang sama seperti saya, saya menggalakkan anda untuk belajar dengan hati dan minda yang terbuka. Melaburlah dalam pelajaran kerana ianya memberi pulangan terbaik untuk masa depan anda.” 

Mohamad Hazriq, Pengendali Bagasi Operasi Darat kepada Penganalisis Data berkongsi, “Saya berpegang pada satu kata-kata untuk terus belajar tanpa mengira umur anda. Saya rasa amat penting untuk mempelajari kemahiran baharu, tidak kira apa saja kerana pengetahuan menjadikan kita lebih baik. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang ini untuk mendaftar dengan Redbeat Academy bagi meningkatkan kemahiran saya sebagai penganalis data.”   

Mohd Mustafa, Rakan Kongsi Lapangan Terbang kepada Pemasaran Digital berkata, “Saya tahu pada masa ini teknologi amat diperlukan. Keadaan sentiasa berubah dan amat penting untuk saya terus kekal relevan. Atas sebab ini, saya membuat keputusan untuk meningkatkan kemahiran diri saya dalam Pemasaran Digital dan berharap dapat menerapkan kemahiran baru ini ke dalam syarikat pada masa akan datang.”

Nabil Abdul Hamid, Kejuruteraan Kontrak kepada Reka Bentuk UX berkata, “Bagi saya, mempelajari kemahiran baharu dan menambah baik diri adalah penting untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran saya mengikut peredaran semasa dan sesuai dengan revolusi industri keempat. Jadi, apabila Redbeat Academy membuka pendaftaran, saya tidak berfikir panjang dan terus mendaftar kerana ini adalah peluang yang terbaik untuk saya meningkatkan kemahiran dan terus kekal relevan dalam dunia digital pada hari ini.” 

Sofia Yatid, Eksekutif Media Sosial kepada Penganalisis Data berkata, “Keadaan sentiasa berubah. Saya perlu meningkatkan diri sendiri jika tidak, saya akan ketinggalan. Pada hari pertama, saya merasa seperti kembali ke sekolah dan agak gementar namun teruja untuk melihat rakan sekerja dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang yang berminat dengan perkara yang sama.”

Christine Low, Penjualan & Pengedaran Komersial kepada Penganalisis Data berkata, “Apabila rakan sekerja saya berkongsi bahawa AirAsia menawarkan dengan peluang untuk mempelajari kemahiran baharu melalui Redbeat Academy, saya terus mengambil peluang tersebut. Secara jujurnya, kembali ke sekolah dan mempelajari kemahiran baharu agak mencabar namun ia mudah diatasi kerana saya telah menetapkan matlamat saya.”  

Floi Gueco, Pasukan Kebahagian Pelanggan kepada Pemasaran Digital berkata, “Pada mulanya, agak mencabar bagi saya untuk bekerja pada siang hari dan menghadiri kursus pada waktu malam, tetapi saya teruskan kerana semua ini adalah demi perkembangan diri saya. Garis panduan kursus ini disusun dengan baik, saya juga terhibur dengan para pelatih akademi, bagaimana mereka memberikan kami inspirasi untuk terus maju dan menjadikan kelas lebih menarik.”  

Amlan Chandra, Pembantu Pegawai Keselamatan kepada Keselamatan Siber berkata, “Saya mempunyai jangkaan yang tinggi untuk mempelajari kemahiran baharu, terutamanya dalam industri yang berkembang pesat dalam sektor digital setiap hari. Tanpa menyesuaikan diri kita tidak boleh bersaing dengan orang lain. Mempelajari kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran diri merupakan cara terbaik untuk terus berdaya saing dan saya berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada Redbeat Academy. Saya berharap untuk menerapkan kemahiran baharu ini dengan mencipta sesuatu yang baharu untuk syarikat tidak lama lagi.”  

Jim Chu Aun Wong, Operasi Penerbangan (Juruterbang) kepada Keselamatan Siber berkata, “Saya akui bahawa saya tidak pernah memberi perhatian terhadap keselamatan dalam talian dan mengabaikan kebolehan penjenayah siber pada sebelum ini. Selepas memulakan kursus ini, ia telah membuka mata saya betapa bahayanya penjenayah siber dalam eksploitasi mereka. Dunia kini berubah dengan persekitaran digital dan tiada sebab untuk kita tidak melengkapi diri dengan kemahiran digital baharu seperti Keselamatan Siber untuk meningkatkan pengetahuan kita dalam bidang ini dan mengalakkan keselamatan dalam talian.”

Pelajari kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran diri

Bila lagi jika bukan sekarang? Inilah masanya untuk mempelajari kemahiran baharu dan menambah baik kemahiran diri anda dengan kemahiran digital baharu untuk terus kekal relevan dalam dunia hari ini. 

Dalam dunia digital ini, kita haruslah kekal tangkas dan tingkatkan kemahiran diri kita. Mula sekarang bersama Redbeat Academy yang kini terbuka untuk orang ramai, layari redbeatacademy.com untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang tersedia untuk semua. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Haqiem Rusli Bersyukur, Keputusan Kesihatan Disahkan Negatif Covid-19

Undur dari Kumpulan Sepahtu & Hot FM, Shuib Mahu Berehat Seketika dari Dunia Seni