in ,

Undian Anugerah Bintang Popular Linda Onn Makin Meningkat

Rock Funky itulah yang mahu ditampilkan oleh penyampai baru Radio Suria FM, Linda Onn di Majlis Ulangtahun Ke-2 Portal Murai baru-baru ini. Okay perhatikan betul-betul pada mata Linda… di gambar yang pertama tu… mata dia… kuyu & smooky kan?

Di ABP tahun lalu, Linda Onn memakai busana rekaan Nazreen Idris. Untuk tahun ini, masih tak dapat dipastikan lagi. Pakai apa pun, Linda nampak cantik sebab dia kan bertubuh langsing.

Masih tersenarai dalam kategori Penyampai Radio Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2009, Linda Onn rasa sangat bersyukur kerana masih mendapat perhatian daripada peminat dan pendengarnya. Good luck, Linda!

Beberapa minggu lalu, Berita Harian telah melaporkan undian untuk Linda Onn makin meningkat seiring dengan isu dan kontroversi yang dipaparkan oleh media. Mungkinkah pada tahun ini Linda Onn akan merampas kembali trofi Penyampai Paling Popular  yang kini masih dimiliki oleh Fara Fauzana. Itu juga masih belum dapat dipastikan.

Untuk peminat Linda Onn, sila layari untuk mengikuti jurnal harian di blognya:

http://linda-onn.blogspot.com

Eh, one more thing, surf tu surf la jugak, Linda Onn dah umumkan di blognya yang dia tak kasi semua wartawan, editor, blogger dan semualah copy & paste atau mengambil berita di blognya tanpa kebenaran. Ni mesti kes pasal aktiviti Linda bersama Scha dan Awal. Okay, itu aje nak kasi tau, tak nak lebih-lebih, takut nanti dikatakan ‘ambil berita’ kat situ lak sebab just info macam ni pun dipanggil berita, kan?

Apa-apa pun, teruskan mengundi Linda Onn di ABP dan teruskan mendengar Suria FM. Naikkan rating lagi dan lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1

Drama Menarik Sempena Maulidur Rasul di RTM