in , ,

Umar Uzair Terbangkan CENDERAWASIH Dari Singapura

Menyimpan hasrat lebih dua tahun untuk memiliki hak penerbitan lagu Cenderawasih daripada pihak Warner Chappell Music Singapura, Umar Uzair berasa lega kerana akhirnya dapat memulakan produksi lagu ini secara rasmi.

Meskipun telah merakamkan lagu ini terlebih awal dan telah dimuatkan dalam album Hasrat Sang Enggang, Cenderawasih masih dianggap lagu yang segar kerana rakamannya belum pernah disiarkan secara penuh di mana-mana platform muzik sebelum ini.

Hasrat Sang Enggang memuatkan empat buah lagu, sebuah syair dan sebuah deklamasi sajak ini telah mempertaruhkan Hasrat Sang Enggang sebagai single pertama, disusuli dengan Demi Kesilapan Tenunganku, Maafkanlah pada awal 2020 sebelum memberi laluan kepada lagu Cenderawasih sebagai pertaruhan terbaru yang sudah boleh dinikmati di semua platform digital terpilih dan media sosial sejak pertengahan Februari 2021.

UMAR UZAIR

Cenderawasih karya seniman terkenal kelahiran Singapura, almarhum Zaidy Nandir merupakan lagu asal persembahan kumpulan 2D dengan judul aslinya Cenderawasih : Epilog Cinta Luka yang juga diiktiraf sebagai salah sebuah lagu Melayu paling berjaya di negara seberang itu.

Kehebatan lagu ini bukan sahaja terletak pada komposisi muziknya yang kaya dengan nuansa kenusantaraan malah kepuitisan pada liriknya yang memberikan analogi menarik tentang kekecewaan seorang pencinta kerana tidak dapat memenuhi permintaan kekasihnya yang terlalu tinggi hingga mematahkan semangat.

“Saya melihat Cenderawasih sebagai sebuah lagu kepuisian terbaik yang pernah dihasilkan dan berasa bertanggungjawab untuk terus mengangkat keindahan ini dengan memperkenalkannya kepada pendengar di Malaysia pula. Keizinan dan kata-kata semangat Allahyarham abang Zaidy Nandir sebelum pemergian beliau juga merupakan semangat yang berterusan”, kata Uzair yang pernah mempersembahkan lagu ini kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad ke V semasa Hari Keputeraan baginda.

Bakal menggerakkan semula persembahan yang telah terhenti beberapa bulan, Uzair terlibat dalam beberapa persembahan termasuk Konsert Minang Bersuara 2 di Jakarta yang akan ditampilkan secara atas talian selain sebuah persembahan bersama Sasterawan Negara dan deklamator kebangsaan sempena Hari Puisi Sedunia pada 20 Mac 2021.

UMAR UZAIR

ARTIS : UMAR UZAIR
LAGU : CENDERAWASIH
LIRIK/LAGU : ZAIDY NANDIR
ALBUM: HASRAT SANG ENGGANG
PENERBIT ASAL : WARNER CHAPPELL MUSIC (SINGAPORE) PTE. LTD. SUB PENERBIT : WARNER CHAPPELL MUSIC (MALAYSIA) SDN. BHD.

UMAR UZAIR

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Remaja 12 Tahun Meninggal Dunia Lepas Alami Gangguan Saraf Akibat Radiasi Smartphone

122 Orang Cari Sajat Tapi Dia Duk Rileks Je, Siap Berani Sindir di IG Story