in ,

Ulasan Vantage Point: Memang Hebat Bebs!

BlogBlokbuster terhebat untuk permulaan tahun 2008, di luar musin panas, lakonan hebat pelakon drama Lost; Matthew Fox dan Dennis Quaid, Vantage Point cukup hebat dan mantap.

Kisah yang menceritakan bagaimana satu komplot penganas yang terdiri dari pelbagai negara untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat di Sepanyol. Komplot mereka cukup teliti melibatkan pengawal keselamatan kepada Presiden hinggalah teman lelaki seorang pengkomplot wanita bagi memastikan rancangan mereka berjaya.

Filem yang berdurasi hampir 90 minit cukup bertenaga dan tidak menjemukan. Kepada peminat-peminat filem aksi, Vantage Point merupakan satu karya yang menjanjikan kepuasan maksimum kepada mereka.

Satu keistimewaan Vantage Point adalah tenaga produksi melahirkan satu jalan cerita yang cukup kreatif, di mana mereka cuba memberikan satu sudut terbaik bagi komplot pembunuhan Presiden Amerika Syarikat. Karya yang menggunakan puluhan kamera untuk memastikan satu hasil kerja yang menakjubkan dan kesan khas dan aksi yang cukup mendebarkan ini akan menemui penonton pada 21hb Februari 2008, dibawakan oleh Buena Vista TriStar Film Sdn Bhd.

Baca sinopsis Vantage Point di sini.

[tags]ulasan filem vantage point, mathew fox, denis quad, president usa, candidates, votes, pilihanraya malaysia, gambar parti, logo pas[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Age Of Pollution: Ning’s first English international album EastToWest

Fesyen Neo Romantic Spring Summer 2008 dari Hatta Dolmat