in , ,

Ulasan Telefon Bimbit Samsung Galaxy A03s, Ini Ciri Hebat Yang Budiey Suka!

Awal tahun ini Samsung ada memperkenalkan telefon pintar mampu milik siri A yang memfokuskan kepada kapisiti bateri besar iaitu Galaxy A03s yang tampil dengan beberapa perubahan ciri dan rekaan. Jom kita lihat apakah kehebatan dan keistimewaan Galaxy A03s!

Apa yang Budiey boleh katakan semasa mula menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy A03s, Budiey dapat katakan ianya sangat sesuai untuk mereka yang mahukan fungsi utama yang hebat pada harga mampu milik. Ya mampu milik sebab harga telefon pintar kelas permulaan ini sangat berpatutan iaitu RM559 sahaja! Wah! Murah bukan?

Samsung Galaxy A03s

Dengan harga ini, Budiey pasti anda akan puas hati jika dilihat dari segi keselesaan, kemampuan serta keseimbangan dari segala aspek yang mana gajet ini dapat memenuhi keperluan gaya hidup anda seharian. Ini menjadikan peranti ini ada daya tarikan dan keunikan yang tersendiri. Budiey pasti dengan kehebatan yang dimiliki akan dapat menarik ramai pembeli yang tidak mempunyai bajet yang besar. 

Samsung Galaxy A03s

Bukan sahaja ia murah, malah Budiey jamin korang akan terpikat dengan keupayaan menggalas tugas dan melaksanakan keperluan mudah-alih dengan sempurna sekaligus menyuntik impak yang cukup baik buat pengguna yang tinggal di zaman moden tatkala ini. 

Saiz Skrin Yang Besar

Ciri utama yang Budiey dapat rasakan ialah Samsung Galaxy A03s mempunyai saiz skrin yang besar dan visual paparan yang jelas. Ia menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD beresolusi HD+ bersama nisbah aspek sebanyak 20:9.

Pada saiz seperti ini, ia sememangya mampu memberikan sudut penglihatan yang luas dan kepuasan berganda ketika melakukan pelbagai kerja atau menonton video. Di mana, ia dapat memaparkan apa sahaja kandungan imej dan video yang anda pilih serta mahukan.

Bukan sahaja besar malah, Galaxy A03s ditambah lagi dengan reka bentuk skrin infinity-V yang kemas. Jadi, buat anda yang suka main game, anda akan berpuas hati dengan pengalaman bermain permainan yang imersif tanpa gangguan atau alami masalah tersekat-sekat. Sangat smooth! 

Samsung Galaxy A03s

Ada Ciri Keselamatan dengan Pengimbas Cap Jari

Ciri kedua yang sangat penting ialah keselamatan. Galaxy A03s mengutamakan ciri yang diperlukan pengguna yang menjaga privasi di mana terdapat pengimbas cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa. Pertama kali cuba, Budiey dapat rasakan proses menyahkunci akan lebih pantas dengan hanya perlu meletakkan jari dan peranti pintar akan di nyahkunci dengan serta-merta.

Terdapat Bicu Audio 3.5mm

Fungsi lain yang mendapat tumpuan dan perhatian daripada pengguna ialah  Galaxy A03s turut menyertakan bicu audio 3.5mm. Ini secara tak langsung memudahkan pengguna untuk membeli aksesori audio seperti fon telinga atau fon kepala. Anda tak risau lagi jika aksesori anda gunakan itu tiada sistem bluetooth. Meskipun pasaran kini dibanjiri lautan fon telinga nirwayar, tetapi aksesori fon telinga berwayar masih tetap ada peminatnya yang tersendiri. 

Prestasinya Juga Mengkagumkan!

Ciri yang pengguna pentingkan adalah kecepatan dan kemampuan sesuatu peranti. Okay, ini jangan khuatir sebab Samsung Galaxy A03s menggunakan cip MTK6765 atau nama saintifiknya MediaTek Helio P35. Ini merupakan pemproses berteknologi 12nm yang dilengkapi cip ARM Cortex-A53 lapan teras pada kelajuan 2.3GHz. Tidak dinafikan, kebanyakan di antara kita agak skeptikal bila mendengar tentang cip ini. Namun begitu, perkara sebenar tidaklah seburuk disangka, malahan ia sememangnya mampu menjanjikan prestasi keseluruhan yang optimum. 

Selain itu, Galaxy A03s juga dilengkapkan dengan RAM sebesar 4GB yang Budiey rasa ia sangat mencukupi mengikut keperluan multi-tasking untuk anda menggunakan aplikasi. Kemudian, storan dalaman pula sebanyak 64GB yang mana boleh dinaiktaraf sehingga 1TB melalui sokongan microSD. Senang dan mudah bukan?

Samsung Galaxy A03s

Apa yang penting, Budiey gerenti korang berpuas hati apabila peranti anda miliki ini mampu berjalan dengan lancar sepanjang masa. Pendek kata, segala penggunaan harian anda tidak terganggu dengan masalah. Tak kiralah, sama ada korang nak dengar muzik ke, buat kerja ke atau pun mahu belajar. 

Dari segi multi-tasking, proses untuk membuka aplikasi yang banyak juga dirasakan tidak membebankan peranti Galaxy A03s untuk beroperasi dengan baik dan lancar. 

Yelah, jika korang terpaksa memadam fail semata-mata nak jimatkan ruang. Dengan peranti ini, anda tidak lagi berhadapan dengan dilema untuk memilih mana-mana fail untuk dipadam semata-mata untuk simpan dokumen yang baru. Simpan sahaja kesemuanya. Nak-nak pula fail berbentuk gambar atau video yang mana setiap satunya menyimpan 1,001 kenangan untuk dijadikan momen berharga sepanjang hidup. Haa gitu. 

Satu perkara lagi yang menarik, anda juga disajikan dengan pelbagai fungsi penting yang memudahkan penggunaan peranti menerusi pelancaran One UI Core. Ini adalah versi One UI yang khusus untuk peranti mampu milik Samsung. Ia sangat membantu anda untuk menumpukan lebih perhatian terhadap perkara yang penting. 

Di samping, turut sama membolehkan anda menyesuaikan peranti dengan cara yang disukai seperti semak maklumat daripada pelbagai aplikasi dengan pantas, mod tema gelap untuk penggunaan lebih selesa dan banyak lagi.

Saiz Bateri Besar 5,000mAh

Sepanjang Budiey menggunakan Samsung Galaxy A03s seharian, Budiey tidak rasa kecewa dengan kemampuan baterinya. Dengan kapasiti bateri besar 5,000mAh, Budiey yakin korang takkan lagi mahu menggunakan powerbank kerana ia menjanjikan penggunaan harian lebih lama tanpa masalah. Tak perlu lagi nak berkira-kira atau nak jimatkan bateri anda tu sebab anda boleh menggunakannya sepanjang hari untuk pelbagai jenis aktiviti seperti melayari web, memainkan permainan mudah-alih, menangkap gambar dan banyak lagi.

Tangkap Foto dengan Gambar Berkualiti Tinggi

Tak perlu lagi bawa kamera yang mahal. Bawa Samsung Galaxy A03s dah cukup dah. Fotografi kini sudah semakin mudah sebab anda boleh menangkap gambar yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai sokongan tri-kamera dengan kemampuan fotografi lebih pelbagai.

Sensor utama 13-Megapixel yang sememangnya mampu memberikan hasil gambar dengan kejelasan yang baik. Bukan itu sahaja, perincian pada rakaman juga mempunyai pewarnaan yang baik dan juga butiran cukup memuaskan. Tidak kira apa pun jenis keadaan. Kemudian, sensor makro 2-Megapixel pula turut sama memberikan gambar yang mengujakan untuk tangkapan pada jarak dekat.

Samsung Galaxy A03s

Ciri ini sangat berguna untuk anda yang suka tangkap gambar dengan jarak sangat dekat untuk mendapatkan butiran lebih jelas terhadap sesuatu objek. Tidak ketinggalan, sensor kedalaman 2-Megapixel juga membolehkan anda mencipta kesan karya seni menarik dengan dengan latar belakang kabur. Jadinya, objek atau subjek dapat menyerlah serta tentunya memberikan nilai tambahan terhadap sesebuah hasil gambar yang ditangkap.

SAMSUNG GALAXY A03S
SAMSUNG GALAXY A03S
https://flic.kr/p/2mHy4mj
SAMSUNG GALAXY A03S

Kebolehan kamera hadapan juga boleh dikira hebat sebab ianya serba boleh. Samada nak tangkap gambar swafoto mahupun panggilan video, sensor 5-Megapixel ini sememangnya tidak mengecewakan. Sebabnya, ia menawarkan kualiti gambar swafoto yang sedap mata memandang. Ia juga mempu menghasilkan tona warna kulit yang semula jadi. Sangat natural. 

Kesimpulannya, Samsung Galaxy A03s cukup menepati ciri dalam usaha memenuhi keperluan gaya hidup moden pengguna hari ini. 

Samsung Galaxy A03s telah dijual di Malaysia dengan tanda harga RM559. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti hitam, biru dan putih. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian Samsung atau pengedar sah mereka di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYAFEEK ZAZO

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga Tular Tempat Kelima Teratas di Twitter

Rayuan Awie Ditolak, Ini Jumlah Ganti Rugi Yang Dia Terpaksa Bayar Kepada Bekas Isteri