in , ,

Ulasan Sistem Mikrofon Tanpa Wayar SHURE BLX4R Yang Berkualiti

Jenama SHURE sememangnya kita semua sedia maklum, satu jenama produk yang legend dan terkenal yang sangat berkualiti dan yang paling penting sangat dipercayai sehinggakan jenama ini digunakan oleh ramai penyanyi popular di peringkat antarabangsa.

SHURE BLX4R adalah satu produk berjenama untuk sistem mikrofon tanpa wayar (wayarles) yang menghasilkan bunyi atau sound yang sangat berkualiti yang profesional, sesuai digunakan bagi anda yang bergelar beginners atau (pemula). 

Untuk Siapakah SHURE BLX4R?

Mungkin untuk anda yang mahu mengadakan event atau acara majlis seperti majlis resepsi atau wedding, atau buat anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, yang jadi deejay, produk SHURE BLX4R ini sesuai sangat untuk anda.

Ulasan Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Shure Blx4R Yang Berkualiti

Selain itu, dari segi keluasan frequensi pula, produk ini sesuai dan ideal sekali untuk digunakan di ruang dewan yang kecil atau lokasi yang tak besar atau luas sangat. 

Apa yang penting, BLX4R menawarkan bunyi berkualiti yang profesional dengan persediaan atau langkah-langkah yang sangat simple, sangat mudah untuk setup dengan antara muka yang intuitif.

Kenapa Saya Memilih Untuk Menggunakan Shure BLX4R ini? Apakah kelebihan produk ini?Sepanjang saya menggunakan produk sistem wayarles BLX4R ini,  saya dapati produk memberikan bunyi berkualiti profesional dengan persediaan mudah dan antara muka yang intuitif. 

Kenapa saya suka dengan produk ini?

Bentuknya yang simple, minimal, ringkas dan yang penting ringan untuk kita bawa ke mana sahaja. Khususnya kepada anda yang buat event, jadi sudah tentu nak cari yang lebih kecil tapi compact, lengkap dengan segala fungsi tapi masih lagi dapat menghasilkan kualiti bunyi yang mantap. 

Ulasan Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Shure Blx4R Yang Berkualiti

Diperbuat daripada Metal Yang Teguh Buatannya!

Pengguna boleh memilih untuk menggunakan Shure BLX4R bersama dengan pelbagai bentuk pemancar seperti (mikrofon pegang tangan (handheld), mikrofon pek badan, mikrofon yang dipakaikan di kepala, lavalier, klip-on instrumen) dan gunakannya dengan saluran tunggal dan dwi, serta penerima yang dipasang di rak.

Sistem ini direka bentuk untuk menyediakan dengan cepat, mengurus secara ringkas dan menyediakan kualiti audio Shure yang legenda.

Siapa Yang Patut Beli Shure BLX4R?

  • Untuk anda yang selalu buat live di sosial media
  • Untuk anda yang selalu buat event / acara
  • Untuk performer – penyanyi
  • Podcaster
Ulasan Sistem Mikrofon Tanpa Wayar Shure Blx4R Yang Berkualiti

Apakah Kelebihan Produk Shure BLX4R?

  • Senang dan cepat untuk mencari frekuensi dengan hanya menggunakan One-touch QuickScan
  • Rack mounting & removable antennas – super easy to rack mount
  • Antenna dia boleh memenuhi kapasiti sejauh sehingga 300 kaki. Jadi kalau buat acara, konsert ke showcase ke, memang akan beroperasi tanpa gangguan. 
  • Operates up to 12 mic channels
  • Transmitters work for up to 14 hours on two AA batteries
  • 1/4″ and XLR audio outputs for additional connections
  • Boleh sambung atau connect dengan produk Shure yang lain seperti BLX1 Body pack, BLX2 Handheld, and W93 Lavaliere
  • Jika bateri nak habis, jangan risau sebab ada indicator yang menunjukkan kita kena tukar bateri.

Frekuensi yang sangat berkualiti kerana ia menggunakan external antenna, selain kita dapat upgrade antenna jika tak cukup kuat untuk bilik yang luas dan besar.

Very high quality. certainly i give 5 stars. berbaloi sangat-sangat beli produk ini.

Produk ini boleh dibeli di SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Namron | 16

PUDGi Tayangkan Filem ROH di Festival Wayang Pacak

Onerepublic

OneRepublic To Headline MTV World Stage Hungary