in

Ulasan Ringkas Konsert EXISTS REUNION di Stadium Malawati

Kita membesar dengan lagu-lagu mereka. Rahsia Pohon Cemara, Langkah Seiringan, Jesnita, Oh Ibu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Bunga, Masih Terserlah Ayumu, Percayakan Siti dan banyak lagi… dari dulu sampai sekarang masih menjadi siulan peminat setia.

Selepas sekian lama kumpulan ini membawa haluan sendiri, malam tadi, tanggal 28 September 2018 bersaksian ribuan peminat dan Stadium Malawati Shah Alam, kumpulan EXISTS kembali bergabung atas nama tali persahabatan dan juga untuk menunaikan hasrat peminat.

Budiey dikhabarkan, konsert reunion ini mungkin kali pertama dan terakhir kerana bukan mudah menghimpunkan bekas anggota yang menyiapkan album penuh.

Semalam, sebanyak 24 lagu hits telah dipersembahkan di hadapan peminat yang datang dari seluruh Malaysia. Lagu-lagu yang popular sejak 1990 antaranya Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasan, Jesnita dan Julia. 

Pentas dibuka dengan kemunculan Mamat dengan mempersembahkan lagu Anugerah, Sebelum Terlewat dan Nota Di Lautan Sepi. Kami media yang bertugas semalam hanya dibenarkan untuk merakam tiga buah lagu pertama sahaja.

Nah! Di bawah ini ada bingkisan untuk anda yang tidak dapat datang ke konsert semalam.

Kemudian, lagu-lagu yang best seperti Janji Padamu, Roller Coaster, Benih Adam, Percayakan Siti, Kapal Terbang Kertas, Bunga, Seperti Dulu, Masih Terserlah Ayumu, Dirantai Digelangi Rindumu, Tak Berakhir, Hidupan Fantasi, Untukmu Ibu, Mama Tolong Percaya, Jangan Gentar, Hani Lempengnya Hangus, Julia, Mengintai Dari Tirai Kamar, Langkah Seiringan, Jesnita, Rahsia Pohon Cemara dan Alasanmu.

Pernah merakamkan lapan album yang mencatat jualan platinum, antara lagu popular mereka termasuk Untukmu Ibu, Jesnita, Kerana Percayakan Siti, Dirantai Digelangi Rindu, Masih Terserlah Ayumu dan Mama Tolonglah Percaya.

Persembahan malam ni, akan dirakam untuk dimasukkan ke dalam cakera padat (CD) serta dihasilkan dokumentari. Jadi kepada anda yang tak datang malam ni jangan risau ya.

Menurut laporn berita, dek kerana kontroversi kes dadah membabitkan Mamat, jualan tiket bagi konsert Exists Reunion meningkat 100 peratus. Seperti biasalah, orang kita akan beli last minute.

Konsert ini sangat istimewa kerana ia ‘Ini Kali Saja’ selain ada sesi karaoke bersama peminat dengan lirik disediakan. Satu usaha yang bagus dari pihak penganjur di mana peminat dapat berkaraoke sama-sama.

Jika ini adalah konsert reunion terakhir daripada mereka, tinggalkanlah satu kenangan terindah supaya ingatan peminat akan terus subur dan Exists akan terus wujud dalam diri mereka selama-lamanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Realiti Pencarian Chef Cilik Sediakan Pencuci Mulut di TV2

Formula Exists Nyanyi Penuh, Papar Lirik Menjadi