in ,

Ulasan Penonton Filem THE ANGRY BIRDS MOVIE

Seramai 178 orang Budieyators telah hadir menonton filem THE ANGRY BIRDS MOVIE pada 11 Mei yang lalu. Jom baca apa kata mereka.

Premiere With Budiey - THE ANGRY BIRDS MOVIE

Premiere With Budiey - THE ANGRY BIRDS MOVIE

Dzeng Toi

Sebelum adanya Candy Crush, ini adalah game yang hampir pasti ada dalam telefon bimbit semua orang dalam dunia. Dan fenomena ini kemudian di bawa ke layar perak dalam bentuk filem animasi, walaupun mungkin beberapa tahun terlewat. Barangkali jika ditayangkan 2-3 tahun dulu kita boleh relate dengan lebih baik burung-burung pemusnah babi (atau khinzir- if its matter much) yang comel ini.

Ini dia ulasan saya tentang filem Animasi The Angry Bird.

Saya beri 4/5 bintang untuk Keseluruhan cerita, tetapi untuk animasinya saya beri 5/5 bintang.
Kisahnya mudah, macam kita main game dulu. Kita pilih burung, tarik lastik dan terbangkan burung-burung yang mempunyai berbagai kuasa tersendiri masing-masing untuk memusnahkan benteng-benteng yang dibina boleh babi-babi berwarna hijau.

Bezanya, kalau dahulu kita tidak tahu punca kenapa burung-burung itu bertindak demikian. Filem ini membawa kita memahami bagaimana pertelingkahan itu boleh berlaku.

Satu yang pasti filem ini adalah sangat menghiburkan. Ia sesua di tonton oleh semua golongan. Ia adalah “the feeling good- movie of the year” dengan beberapa adegen yang akan membuat kita ketawa pecah perut.

Namun, ada mesej yang cuba di sampaikan dalam filem ini mengenai kerjasama, semangat untuk mempercayai diri sendiri dan tidak begitu mengharapkan pertolongan orang lain untuk berjaya.
But then again, ia adalah filem animasi bergenre komidi, maka jangan terlalu fikirkan jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan, tapi tonton sahaja dan enjoy the movie.

Di sebabkan animasi yang yang sangat padat dan berwarna warni, RM15 yang anda spend di panggung wayang tidak akan merugikan kerana ia perlu di tonton di layar perak untuk appreciate the animation. Menontonnya ditelevision atau copied version di youtube wont do justice.

The ending part adalah paling cute dan best, berbaloi sebagai penamat untuk menonton 1 jam lebih filem ini, walaupun untuk tempoh tersebut tidak ada satu moment pun yang membosankan.

I love the movie and i highly recommend anyone to watch it, especially if you have used the apps sometimes before.

Akhir kalam (akhir kalam kata kau), terima kasih kepada Budiey Isma dari www.budiey.com yang memberi peluang untuk menonton filem ini. I had a great time and i enjoy the movie so much.
Berminat untuk menjadi penonton premiere bersama budi? Layarilah : www.budiey.com, jadi lah ahli atau jawab beberapa soalan mudah di dalam quiz dan trivia yang ada, dan jangan lupa untuk dapatkan baju T budiey ya.

Lina Lokman

Sedikit ulasan untuk filem Angry Birds 2016. Untuk sesiapa yg biasa main game angry birds di Tablet atau Hp anda, pasti watak2 dalam permainan itu tidak asing lagi bagi kita kann? Red,Chuck dan Bomb adalah antara watak utama filem ini. Red adalah burung yg mudah marah kepada orang yg menyakiti hatinya. DIA dihantar ke pusat rehab untuk mengawal kemarahannya. Dalam masa yg sama, sebuah kapal berlabuh di pulau burung “Pulau Angry Birds” dan mencuri telur2 di pulau itu untuk santapan mereka. Red sudah memberi amaran dari awal tapi tiada siapa mendengarnya. Bagaimana mereka menyelamatkan telur2 itu? Bagaimana pelayaran mereka ke pulau khinzir atau nama saintifiknya ” BABI” ? Siapa yg mereka jumpa untuk minta bantuan?

Angry Birds lovers…Jom tengok!

3/5 dari saya (predictable film but great show for kids and kids at heart)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Anda Patut Menonton Filem JUDI-JUDI KING BOSS

Video Khai Bahar Duet Siti Nordiana Trending di Youtube Malaysia