in

Ulasan Liga Lawak Superstar Pasukan Minggu Kedua

Liga Lawak Superstar kini lebih lawak dan mantap! Pasukan B yang terdiri daripada kumpulan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie), OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia), Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) kembali beraksi semalam untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas Liga Lawak Superstar. Selepas seminggu memberi laluan kepada pasukan A minggu lalu, pasukan B mempunyai waktu rehat dan latihan yang lebih panjang untuk membuat persiapan mereka.

Menerusi pertarungan kedua pasukan B ini, kumpulan OMG berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu di dalam pasukan dengan meraih 71 markah, diikuti kumpulan Aku Diandra dengan memperoleh 54 markah, kumpulan Asmara Luna mendapat 43 markah dan kumpulan Ayoub Lasak, 41 markah.

Kumpulan Aku Diandra meraih 54 markah ketika di pertarungan ke-2

Semalam ini, kumpulan Ayoub Lasak, Asmara Luna, Aku Diandra dan OMG berentap dalam pentas Liga Lawak Superstar yang bertemakan sarkas. Empat kumpulan ini menunjukkan kehebatan mereka dalam 5 pusingan iaitu ‘Babak Atas Lantai’, ‘Sketsa Mengecut’, ‘Alat Kawalan Jauh’, ‘Sketsa Tak Puas Hati’ dan ‘Karaoke Uncle Loke’ selama 3 minit tanpa menggunakan skrip dalam rancangan ini.
Bagi pusingan pertama, menyaksikan gandingan dua kumpulan iaitu Aku Diandra dan Ayoub Lasak beraksi menunjukkan kehebatan mereka dalam cabaran ‘Babak Atas Lantai’. Padat dengan aksi lucu yang mencuit hati penonton, dua lagi kumpulan iaitu OMG dan Asmara Luna menyusul dengan persembahan mereka di tahap yang terbaik menerusi cabaran ‘Sketsa Mengecut’.

Pentas Liga Lawak Superstar dihangatkan lagi dengan gelagat penampilan kali kedua oleh kumpulan Aku Diandra dan kumpulan Ayoub Lasak menerusi sketsa ‘Alat Kawalan Jauh’. Kumpulan OMG dan Asmara Luna pula bersaing dalam pusingan seterusnya iaitu ‘Sketsa Tak Puas Hati’. Sebelum melabuhkan tirai persaingan minggu ini kesemua kumpulan menggegarkan studio Finas dalam cabaran terakhir iaitu ‘Karaoke Uncle Loke’.

Liga Lawak Superstar menampilkan 16 pelakon popular dan 8 orang komedian tanah air yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B. Setiap kumpulan daripada 4 pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan 2 pelakon dalam setiap pasukan. Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas Liga Lawak Superstar secara selang seli pada setiap minggu. Selepas 4 pertarungan, 2 kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir. Hanya 2 pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak Superstar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Penjenamaan TV3, “Pertarungan kedua bagi pasukan B malam ini memperlihatkan setiap pasukan mempamerkan persembahan yang mantap selepas memperbaiki kelemahan mereka ketika di pertarungan pertama yang lalu. Jika ada yang mengatakan kumpulan OMG yang paling menyerlah dan mempunyai peluang yang cerah untuk ke peringkat akhir, bagi saya masuh terlalu awal untuk membuat ramalan. Jangan dipandang remeh kumpulan yang lain kerana kesemua yang bertanding ternyata mempunyai kelebihan masing-masing.”

Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina dan Adlin Aman Ramlie sebagai juri tetap untuk program ini. Istimewanya pada minggu ini, persembahan peserta turut dinilai oleh juri jemputan Khir Rahman bagi menggantikan juri Vanidah Imran.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Liga Lawak Superstar sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM 250,000. Sementara itu naib juara akan membawa pulang RM 75,000 manakala tempat ketiga RM 50,000 dan tempat keempat RM 25,000. Bagi sistem pemarkahan pula akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada penonton di studio. Undian SMS akan di buka selama satu minggu bermula daripada hari Ahad hingga Ahad minggu berikutnya jam 6.00 petang.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Liga Lawak Superstar dengan sketsa komedi yang lebih menarik dan lebih mencuit hati setiap hari Ahad jam 9.00 malam di TV3!

Untuk menyemarakkan lagi Liga Lawak Superstar penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan ikuti info terbaru di radio rasmi Liga Lawak Superstar iaitu Hot FM. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #ligalawak untuk menghangatkan lagi bahang Liga Lawak Superstar.

Carta kedudukan markah peserta Liga Lawak Superstar:

Screen Shot 2013-11-05 at 11.09.16 PM

Screen Shot 2013-11-05 at 11.09.31 PM

Juri dari kiri Adlin Aman Ramlie, juri jemputan Khir Rahman dan Ida Nerina

Kumpulan Ayoub Lasak ketika melakukan cabaran 'Karaoke Uncle Loke'

Kumpulan OMG ketika melakukan cabaran 'Karaoke Uncle Loke'

Pasukan B ketika di pertarungan kedua

Kumpulan OMG berjaya mempertahankan gelaran juara mingguan bagi pasukan B

Kumpulan Asmara Luna berjaya meraih 43 markah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Terukir Di Bintang Lakonan Shiha Mentor

Kerjasama Shila Amzah & Warner Music Malaysia