in ,

Kerjasama Shila Amzah & Warner Music Malaysia

Pada hari Rabu lalu, 30 Oktober 2013 adalah merupakan detik yang amat bersejarah dan penuh bermakna terutamanya bagi Warner Music Malaysia untuk bekerjasama buat julung-julung kalinya dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang bukan sahaja berpangkalan di Malaysia malah di Shanghai juga. Detik bersejarah ini dilakarkan setelah beliau dinobatkan sebagai JUARA ASIAN WAVE 2012 melalui sebuah program realiti popular di rantau Asia yang diadakan di Shanghai, China.

Shila Amzah

BUKAN sekadar pencapaian itu sahaja MALAH beliau juga telah dinominasi di dalam 3 (tiga) kategori World Music Award 2013 iaitu World’s Best Female Artist, World’s Best Entertainer of the Year 2013 & World’s Best LIVE Act 2013.

Album yang berjudul “Shila Amzah” merupakan album kelima yang telah dihasilkan oleh Shila Amzah sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang artis rakaman dan merupakan album pertama yang diterbitkan di bawah syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad. Yang amat membanggakan adalah semua lagu-lagu dan lirik yang terdapat dalam naskah ini adalah hasil nukilan dan ciptaan Shila Amzah sepenuhnya dengan bimbingan pemuzik, penerbit dan pencipta terkenal tanahair iaitu Helen Yap. Shila Amzah begitu sinonim dengan Helen Yap kerana Helen Yap merupakan pemuzik professional pertama yang telah menghidu bakat insan seni ini ketika beliau masih beumur 8 tahun dalam sebuah pertandingan anjuran Radio & Televisyen Malaysia. Semenjak dari itu Helen Yap sentiasa mengikuti arus perjalanan seni Shila Amzah sehingga kini.

Dalam album “Shila Amzah” terdapat 5 (lima) buah lagu baru dan diterbitkan oleh 2 (dua) orang penerbit dan pemuzik professional yang amat disegani di Malaysia mahupun di rantau Asia iaitu Helen Yap dan Aubrey Suwito. 4 (empat) buah lagu yang diterbitkan oleh Helen Yap adalah ‘Maaf’, ‘Cinta Hati’, ‘Tulus’ dan ‘Masih Aku Cinta’. Manakala Aubrey Suwito bertanggungjawab menerbitkan lagu yang berjodol ‘Sedar’.

Kehebatan penulisan lagu dan lirik oleh Shila Amzah tidak dapat dinafikan lagi kerana hasilnya turut diiktiraf dan diangkat sebagai antara ciptaan terbaik tanahair bermula dari ‘Patah Seribu’ yang diterbitkan oleh Aubrey Suwito serta ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 19 serta Shila Amzah turut dicalonkan sebagai di antara Vokalis wanita terbaik di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita. Pada 19hb Oktober yang lalu di Anugerah Planet Muzik 2013, salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album “Shila Amzah” ini iaitu ‘Masih Aku Cinta’ telah diangkat dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia. Sebuah kejayaan yang gemilang bagi pengiktirafan sesebuah karya di dalam pentas berprestij di rantau ini yang telah diraih oleh seorang anak seni tempatan yang berbakat besar serta bertaraf antarabangsa yang membanggakan seluruh warga Malaysia iaitu Shila Amzah.

Album “Shila Amzah” adalah himpunan perjalanan seni Shila sendiri dengan penuh ketulusan dan digarap dalam melodi dan susunan lirik yang terindah dan teristimewa untuk Shila berkongsi dengan para peminat mahupun pencinta muzik tanahair. Sebagai hadiah bonus Shila turut memuatkan lagu ‘Patah Seribu’ yang tidak pernah terdapat di dalam album sebelumnya dan bagi memenuhi permintaan ramai dari kalangan peminat setianya. Bagi menghargai peminat-peminat berbangsa Cina pula Shila telah merakam semula lagu Patah Seribu dalam bahasa Mandarin yang diberi tajuk Xia Yi Bu agar mereka lebih menghayati dan menikmati lagu tersebut.

Shila Amzah

Di antara susun atur kata-kata manis yang terdapat di dalam lagu “Masih Aku Cinta” yang ingin dikongsikan dengan pendengar…..

‘ Kau kan temui bahagia, walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar, aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta….
Takkan pernah ada pengganti
Mempertahankan ku sepertimu
Satu dunia menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua……. ‘

Shila Amzah juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung disepanjang kerjayanya sebagai seorang insan seni yang bernama penyanyi.. jelas kedengaran dalam lagu yang berjudul “Tulus”.

‘…… Ku berterima kasih kepada mu
Kerana telah berikan ku peluang itu
Ku berterima kasih kepada mu
Kerana telah berikan ku hidup baru….
Semakin hari ku semakin teguh
Mempertahankan apa yang perlu
Untuk aku tempuh
Semakin lama aku dibelenggu
Ku tak lagi sedih
Kerna ku yakin ada kamu…….’

Album ini pastinya tidak akan mengecewakan para peminat mahupun pendengar dengan alunan melodi dan senikata indah di dalam lagu satu persatu dari keratan pertama sehingga keratan terakhir. Kemerduan vokal Shila Amzah dengan susunan muzik yang mantap sudah tentunya akan membawa para pendengar melayari suatu perjalanan bunyi-bunyian indah yang begitu harmoni dan penuh ketenangan.

Warner Music Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada Shila Amzah dan mengalu-alukan kesemua warga Shila Amzah Entertainment Berhad sebagai rakan niaga dan bekerjasama di dalam mempromosi dan memasarkan album “Shila Amzah”.

Teristimewa untuk semua peminat seni tanahair terima lah ‘Shila Amzah’ dan pastinya album ini akan menepati citarasa ANDA!!!!

“…SIAPA LAGI?… KALAU BUKAN KITA YANG MENYOKONG ARTIS TEMPATAN….KINI BERGELAR ARTIS BERTARAF ANTARABANGSA….”

Khas buat peminat setia Shila Amzah, mari jadikan “Masih Aku Cinta” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*344334# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*205493# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, dial *233*1800688# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*515217# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Album “Shila Amzah” ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

PENCAPAIAN/ANUGERAH SHILA AMZAH DI DALAM INDUSTRI:
Bintang Kecil RTM
• Tempat Kedua (Ibu)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000
• (pencalonan) Artis Kanak-kanak Popular

One In A Million Season 2
• Tempat Kedua (Stuck , Opps I Did It Again, Memori Tercipta)

Penang Shanghai World Star Quest 2008
• Lagu Terbaik (Memori Tercipta)**Anugerah Emas

Anugerah Industri Muzik ke 16
• Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Memori Tercipta)

Anugerah Planet Muzik 2010
• Duo/Kumpulan Terbaik (3 Suara)
• (pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)

Anugerah Industri Muzik ke 18
• Persembahan Vokal Duo/kumpulan Terbaik (3 Suara)
• (pencalonan) Lagu Pop Terbaik (Beribu Sesalan)
• (pencalonan) Album Terbaik (3 Suara)

Anugerah Juara Lagu ke 26
• Naib Juara Keseluruhan (Beribu Sesalan)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
• Artis Duo/Kumpulan Popular (3 Suara)
• (pencalonan) Penyanyi Wanita Popular

Asian Wave 2012 (Shanghai, China)
Tempat Pertama: Juara

Anugerah Industri Muzik ke 19
• (pencalonan) Persembahan Vokal Wanita Terbaik (Patah Seribu)
• Lagu Pop Terbaik (Patah Seribu)
• Lagu Terbaik (Patah Seribu)
Anugerah Shout! 2012
• Power Vocal House Award
• (pencalonan) Pop Star Award

Anugerah Juara Lagu ke-27
• (Finalis) Lagu Patah Seribu

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
• Penyanyi Wanita Popular

World Music Award 2013
• World’s Best Female Artist
• World’s Best Entertainer of the Year 2013
• World’s Best LIVE Act 2013

Anugerah Planet Muzik 2013
• Lagu Terbaik Malaysia (Masih Aku Cinta)

Shila Amzah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Liga Lawak Superstar Pasukan Minggu Kedua

Video Muzik Terbaru Hafiz Hamidun Karimu Antallah