Bila Budiey sampai ke Zepp Kuala Lumpur malam Ahad tu, terus rasa aura yang lain macam. Bukan macam konsert biasa-biasa. Malam tu penuh dengan satu jenis vibe yang susah nak dijelaskan — macam satu ruang selamat untuk orang-orang yang luka, yang letih, yang perlukan pelukan — bukan dari manusia, tapi dari muzik.
Buat Budiey, ini bukan sekadar malam mendengar lagu-lagu sedih. Ini malam untuk rasa. Untuk benar-benar duduk diam dan benarkan suara seorang wanita muda bernama Bernadya, anak seni dari Surabaya, menembusi ruang hati kita yang selama ni mungkin kita tak sedar pun, masih retak.
Dan jujurnya, Budiey rasa sangat bertuah sebab dijemput untuk buat liputan eksklusif malam yang luar biasa ni. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan — bukan sahaja Budiey dapat menikmati persembahan dari barisan depan, tapi dapat juga rasa sendiri betapa muzik boleh jadi ubat bila kena pada waktunya.
Adrian Khalif Jadi Pemula Yang Tak Sangka-Sangka Boleh Menusuk Hati
Jujurnya, Budiey tak jangka Adrian Khalif akan buka malam dengan sebegitu kuat — bukan kuat dari segi tempo, tapi kuat dari segi rasa. Suara dia maskulin tapi lunak, kasar tapi tenang. Lagu-lagu yang dia bawa malam tu — “Kembali Kesepian”, “Maling”, dan “Kualat” — semuanya membawa satu naratif yang bukan sekadar cinta, tapi tentang keterasingan, kehilangan, dan pencarian diri sendiri.
Apa yang buat Budiey terkesan adalah bila dia nyanyi “Sini”. Dalam dunia muzik yang selalu sibuk dengan beat, hype dan jeritan crowd, Adrian buatkan seluruh Zepp KL diam dan dengar. Lagu tu tak perlu ramai suara, cuma perlu satu telinga yang terbuka. Dan ketika Bernadya muncul bersama dia untuk “Asumsi”, Budiey boleh rasa — ini bukan persembahan, ini penceritaan dua hati yang pernah luka.
Tangisan Bernadya, Detik Paling Jujur Dalam Konsert
Sepanjang Budiey review konsert, jarang sangat Budiey nampak artis breakdown secara rawak atas pentas. Tapi malam tu, saat Bernadya nyanyikan “Masa Sepi”, dia tak dapat tahan. Tangisan dia bukan dibuat-buat. Dia bukan acting. Dia betul-betul menangis — kerana rindu, kerana kehilangan, kerana sayang.
Lalu dia cerita, yang salah seorang anggota pasukannya, Bung Norgen, meninggal dunia dua hari sebelum mereka berlepas ke KL. Boleh bayangkan? Seorang yang sangat excited nak ke Malaysia, siapkan passport semua, tapi akhirnya tak sempat.
“Padahal, Bung Norgen sangat bersemangat persiapkan pasportnya untuk ke Kuala Lumpur. Tapi dua hari lalu dia dipanggil Tuhan. Kita doakan sama-sama semoga dia ditempatkan dalam kalangan yang baik,” katanya sambil kesat air mata.
Dan waktu tu, satu dewan sunyi. Semua orang pause. Momen tu Budiey rasa macam satu tiupan angin yang tiba-tiba menyejukkan hati semua orang. Tangisan Bernadya bukan buat kita rasa kasihan, tapi buat kita rasa connected — sebab semua orang pernah kehilangan seseorang yang tak sempat kita peluk kali terakhir.
Muzik Jadi Bahu Untuk Bersandar Dan Ruang Untuk Bernafas
Lagu demi lagu, Budiey rasa Bernadya bawa penonton bukan ke pentas, tapi ke dalam dunia dia. Dunia yang dipenuhi fragmen kenangan, surat-surat tak terkirim, dan soalan-soalan yang tak pernah dijawab. Dari “Lama-Lama”, “Kita Kubur”, “Kini Mereka”, hingga ke “Apa Mungkin” — setiap lagu terasa macam dialog dalaman yang akhirnya keluar melalui bait-bait lirik.
Paling Budiey suka bila segmen akustik dimulakan. Masa lagu “Sialnya” bergema dalam format stripped-down, Budiey rasa seluruh Zepp macam berubah jadi studio rakaman kecil yang intimate. Semua duduk diam, fokus. Suara Bernadya lembut tapi penuh kekuatan, seperti seseorang yang masih takut tapi tetap nak cuba bercakap.
Lagu “Untungnya” Jadi Penutup Yang Rasanya Tak Mahu Habis
Tak semua konsert tahu cara untuk akhiri persembahan. Tapi Bernadya buat benda paling tepat. Dia nyanyikan “Untungnya” — lagu yang bawa maksud besar dalam hidup dia, dan secara tak langsung, dalam hidup banyak orang lain juga.
Bayangkan satu dewan menyanyi perlahan. Tak ada jeritan, tak ada flash show off, cuma lampu telefon dan suara-suara perlahan menyanyikan lirik dari hati. Budiey rasa inilah kekuatan sebenar Bernadya. Dia tak perlu shout, dia tak perlu outfit pelik, dia tak perlu staging juta-juta. Yang dia ada cuma suara, lirik, dan jujur. Itu je. Tapi cukup.
Apa Kata Budiey?
Budiey dah pergi banyak konsert — yang besar, yang mewah, yang fancy, yang penuh gimik. Tapi malam Bernadya di Zepp KL ni… lain. Ini bukan konsert nak tunjuk hebat. Ini konsert untuk tunjuk luka, tunjuk rasa, dan kongsi momendengan orang yang sudi mendengar.
Dari segi teknikal — sound system on point, clear, balance, dan tak mengganggu emosi lagu. Cahaya sederhana tapi cukup menghidupkan suasana. Penataan pentas ringkas tapi elegan. Pendek kata, tak ada satu pun yang nampak dibuat sekadar nak tunjuk gaya.
Budiey rasa industri muzik kita perlukan lebih ramai artis macam Bernadya — yang tak takut untuk nampak lemah, yang tak segan untuk menangis atas pentas, dan yang tahu kuasa sebenar muzik adalah bila ia buat orang rasa, bukan hanya dengar.
Kalau ada peluang untuk tonton Bernadya sekali lagi — Budiey tak akan fikir dua kali. Konsert ini bukan hanya pengalaman mendengar, tapi pengalaman menyembuh. Dan dalam dunia yang makin laju, makin bising, makin ramai fake, malam macam ni adalah keperluan, bukan kemewahan.
Dan untuk korang yang belum pernah tengok dia live… trust Budiey — you’re missing something real.