in , ,

Bernadya Bawa Tour 2025 ‘Untungnya, Untungnya’ Ke KL & Kota Kinabalu

Persembahan Eksklusif Dengan Set Penuh, Kolaborasi Istimewa & Suasana Meriah

Khabar gembira buat peminat Bernadya! Penyanyi berbakat besar dari Indonesia ini bakal kembali ke Malaysia menerusi jelajah konsert eksklusif “Untungnya, Untungnya” Tour 2025 yang akan berlangsung di dua lokasi istimewa. Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dipilih sebagai destinasi pertama, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang diumumkan untuk siri jelajah ini. Peminat boleh menyaksikan persembahan istimewa Bernadya pada 13 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur dan 19 Julai 2025 di KDAC Hall, Kota Kinabalu.

Konsert ini dibawakan oleh JUNI Concert dengan kerjasama Sembang Kari Entertainment sebagai co-promoter, menjanjikan satu pengalaman luar biasa dengan produksi yang lebih besar dan set yang lebih lengkap. Pengumuman rasmi ini juga disertakan dengan pelancaran poster rasmi Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025, yang kini telah menarik perhatian ramai peminat muzik.

Bernadya KV Malaysia 2025

Bernadya Teruja Kembali Ke Malaysia Dengan Pengalaman Baru Untuk Peminat

Bernadya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk kembali bertemu peminat setianya di Malaysia. Menurutnya, negara ini mempunyai tempat yang sangat istimewa di hatinya.

“Senang sekali boleh kembali ke Malaysia kerana Malaysia selalu punya tempat istimewa di hatiku. Semoga jelajah ‘Untungnya, Untungnya’ ini menjadi satu perayaan untuk kita menghargai keberuntungan-keberuntungan kecil mahupun besar dalam hidup yang sering kita terlepas pandang. Aku mahu mengajak Bersenadya Malaysia untuk menikmati pengalaman persembahan yang lebih lengkap dengan lagu-lagu daripada mini album dan album pertamaku. Aku juga mengajak kalian semua untuk hadir dengan memakai baju berwarna cerah, sebagai simbol bahawa kita telah meninggalkan fasa gelap dalam hidup. Mari kita nikmati konsert ini dengan hati yang penuh kegembiraan!” kata Bernadya dengan penuh semangat.

Kapasiti Lebih Besar & Kualiti Persembahan Yang Lebih Megah

Ini merupakan kali kedua JUNI Concert dan Bernadya hadir ke Malaysia, selepas sambutan luar biasa bagi Tur Berjalan sebelum ini. Menyedari betapa besar sokongan peminat di Malaysia, kali ini mereka memilih lokasi yang lebih besar dan berkapasiti tinggi untuk memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada peminat.

“Kami sangat teruja untuk kembali ke Malaysia! Sambutan peminat sebelum ini sangat luar biasa dan kami ingin memberikan sesuatu yang lebih istimewa kali ini. Dengan kerjasama Sembang Kari Entertainment, kami membawa Bernadya ke lokasi yang lebih besar untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam dan memuaskan kepada peminatnya,” kata Adryanto Pratono dari JUNI Concert.

Manakala bagi Fuad Simim dari Sembang Kari Entertainment, kolaborasi kali ini membawa satu impian menjadi kenyataan kerana Bernadya buat pertama kalinya akan beraksi di Kota Kinabalu.

“Kami sangat berbangga dapat berkolaborasi dengan JUNI Concert dan membawa Bernadya ke Sabah buat pertama kali! Kami percaya konsert ini bakal menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua penonton. Dengan konsep produksi yang lebih intim tetapi tetap megah, serta pelbagai kejutan istimewa yang hanya boleh dinikmati secara langsung di pentas, kami yakin ini akan menjadi penanda aras baru untuk konsert-konsert di Sabah pada masa akan datang.”

Bernadya-KK-Ticket Price (3)

Kolaborasi Istimewa Bersama Adrian Khalif

Lebih menarik lagi, konsert Untungnya, Untungnya Malaysia Tour 2025 ini turut menampilkan kolaborasi eksklusif Bernadya bersama Adrian Khalif. Selain berduet dalam lagu popular Asumsi, Adrian Khalif juga bakal mempersembahkan set istimewanya sendiri, memberikan kelainan kepada pengalaman konsert ini. Peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan duet yang penuh emosi dan magis di atas pentas nanti.

Bernadya-KL-Ticket Price (3)

Maklumat Tiket & Jualan Rasmi

Bagi yang tidak mahu ketinggalan, tiket Untungnya, Untungnya Tour 2025 akan mula dijual bermula 15 Mac 2025 di laman web rasmi www.myticketempire.com. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai konsert ini di Instagram rasmi @juni_concert dan @bernadyaribka.

Apa Kata Budiey?

Jelajah konsert ini sememangnya sesuatu yang ditunggu-tunggu, bukan sahaja kerana kehebatan vokal Bernadya, tetapi juga kerana konsep yang segar dan penuh makna. Pemilihan tema Untungnya, Untungnya sangat dekat dengan kehidupan seharian, mengajak kita semua untuk lebih menghargai nikmat kecil dalam hidup. Ditambah pula dengan lokasi berprestij, kolaborasi istimewa, dan pengalaman persembahan yang lebih mendalam, tidak syak lagi konsert ini bakal menjadi salah satu acara muzik terbesar tahun ini!

Untuk peminat yang belum pernah menyaksikan persembahan Bernadya secara langsung, inilah masanya untuk merasai sendiri magisnya di pentas. Jadi, pastikan anda mendapatkan tiket seawal mungkin dan bersiap sedia untuk menyertai perayaan muzik yang penuh warna-warni ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Google Lancar Ciri Khas Bulan Ramadan Untuk Pengguna Seluruh Dunia

10 Dekorasi Raya di Pusat Beli-Belah Selangor Yang Wajib Anda Kunjungi