in

Ulasan Konsert Penentuan Mentor Legend Kumpulan A

Konsert Battle 3 Kumpulan A malam semalam yang juga merupakan sebuah konsert penentuan protégé kumpulan A. Bererti sepasang protégé dan Mentor telah tersingkir atas kegagalan meraih perhatian juri-juri awam, tetap, dan undian SMS. Protégé Mentor Legend, Tuah telah tersingkir pada malam Konsert Battle 3, Kumpulan A malam tadi di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bertentangan dengan nasib Tuah, Sarah, protégé Amy Search telah dinobatkan persembahan terbaik.

Dsc_0135

Menurut Mas Idayu selaku Mentor Legend kepada Tuah, “Ini merupakan kali ketiga saya menyertai program Mentor ini. Penyingkiran itu memang pasti, dan saya redha dengan keputusan juri. Walau apa pun, saya tahu bahawa Tuah telah terkeluar secara bermaruah kerana Ketua Juri, Azmeer pun telah berkata bahawa Tuah telah menyanyi dengan pitch perfect, nada yang sempurna. Langsung tiada sumbang. Namun, saya tetap ingin memohon maaf kepada peminat Tuah, kerana penyingkiran ini adalah diluar bidang kuasa saya, dan kita hendaklah akur. Kalah menang itu adat pertandingan.”

Menurut Tuah, protégé kepada Mas Idayu, “Bohonglah kalau saya cakap tidak sedih. Rasa terkilan pun ada sebenarnya. Kerana saya tahu saya telah memberi yang terbaik terutama dalam memuaskan hati Abang Adlin Aman Ramli. Mula-mula dulu dia nak saya jadi playful, saya dah bagi pada minggu seterusnya, dia nak saya jadi pelawak, saya jadi pelawak waktu bersama Aina dalam konsert lepas. Tapi mungkin rezeki saya dalam Mentor Legend cuma takat ini sahaja, jadi saya redha.”

Persembahan Sarah protégé Mentor Amy Search memulakan persembahannya dengan persembahan medley penghibur lagenda tanah air, Sudirman Hj Arshad, Merisik Khabar & Salam Terakhir.

Azmeer selaku ketua juri Mentor Legend mengatakan bahawa persembahan Sarah dalam lagu Merisik Khabar sedikit hambar namun momentum Sarah meningkat ketika lagu Salam Terakhir.

Namun begitu, teknik vokal sarah terbukti adalah antara yang terbaik ketika persembahan pusingan keduanya bersama Jaclyn Victor dengan lagu ‘Bang Bang’ nyanyian asal Jessie J, Ariana Grande, dan Nicki Minaj. Vokal mereka seakan bersatu dan harmoni dengan sempurna menurut Adlin Aman Ramli. Dengan kedua persembahannya ini, Sarah telah dinobatkan juara minggu ini.

Fahmie, protégé Mentor Ajai pula telah menunjukkan peningkatan yang baik dan berjaya menandingi Tuah. Beliau telah membuktikan kebolehan beliau sebagai penyanyi balada terbaik seperti diakui oleh Ajai dan Azmeer. Prestasi Fahmie memuncak ketika persembahan duetnya bersama Misha Omar dengan lagu Januari, nyanyian asal Glenn Fredley. Persembahan mereka cukup dramatis setelah seminggu berhempas pulas mengasah penghayatan Fahmie bersama Misha Omar.

Berikut adalah kesimpulan pemarkahan persembahan Protégé Mentor Legend malam itu. Setiap protégé hendaklah mengumpul sebanyak markah yang mampu dari minggu ke minggu demi mengelakkan dirinya daripada tersingkir pada Konsert Battle 3 minggu hadapan. Penyingkiran akan berlaku pada protégé yang mengumpul markah terendah pada minggu penyingkiran kelak.

Mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti musim-musim yang sebelumnya iaitu 30% dari undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS), 50% dari Juri Tetap, dan 20% dari Juri Awam.

Para pencinta Mentor Legend boleh mengundi Protégé Mentor Legend dengan menaip MENTOR untuk satu undian atau MENTOR5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya MENTOR AZMIL dan hantar ke 33399.

Program Mentor Legend yang mengandungi 13 episod ini diterajui oleh penerbit eksekutif Muhamad Sufian Isa dan dibantu oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit. Kali ini, Mentor Legend menampilkan Awal Ashaari sebagai pengacara program, Shiha Mentor sebagai pengacara Jurnal Mentor Legend.

Selain itu, Zuan Azmi (Bikin Panas) bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Musim ini turut mempersembahkan Faizal Uzir (Lok U) sebagai Pengarah Muzik, Azmeer sebagai Penasihat Vokal, dan Sazlan Mat Adnan sebagai Penasihat Persembahan.

Ikuti konsert mingguan Mentor Legend yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Penonton juga boleh saksikan sorotan persediaan dan aktiviti protege bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor Legend, setiap hari Ahad selama 30 minit bermula jam 6.00 petang pada 30 November.

Untuk menonton siaran ulangan setiap program Mentor Legend, boleh didapati melalui portal video Tonton (www.tonton.com.my). Program ini juga mendapat sokongan Hot FM selaku radio rasmi, dan peminat setia Mentor Legend boleh mendapatkan informasi Mentor Legend melalui frekuensi radio 97.6 di sekitar Lembah Klang.

Dsc_0200

Dsc_0193

Dsc_0168

Dsc_0077

Dsc_0040

Dsc_0024

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marc Nelson & Rovilson Fernandez Host Asia’s Got Talent

Remy Ishak Desperate Cari Cinta Hingga Ke Sarajevo