in ,

Ulasan Konsert The Killers Live In Malaysia

Ingat lagi tak, beberapa hari lalu Budiey ada menyiarkan beberapa gambar sekitar Konsert The Killers yang berlangsung pada hari Ahad lalu di Instagram. Hari ini, Budiey barulah berkesempatan untuk menulis ulasan konsert dari kumpulam rock yang berasal dari Las Vegas, Amerika Syarikat ini. Maklumlah, selepas balik dari rumah malam Ahad tu, Budiey terus ‘pengsan’ atas katil sebab pukulan rock dari The Killers memang sangat berbisa.

Konsert The Killers Live In Malaysia

[dropcap]B[/dropcap]udiey dapat tahu dari penganjur, jumlah penonton konsert ini ialah seramai kira-kira 7,000 orang! Wow, ramai gak tu, kan? Not bad-lah!

Inilah kali pertama pengalaman Budiey menyaksikan persembahan The Killers. Rasanya, rata-rata yang hadir pun boleh dikategorikan kali pertama merasa getar dan gegar penangan rock The Killers. Itu pun Budiey mendapat jemputan dari Telco Rasmi konsert ini iaitu, Tune Talk & Future Sound Asia di saat akhir. Last minit pun last minit lah, tak pe, itu pun dah satu rezeki ni. Jadi, Budiey tak sangka dapat juga melihat persembahan maha dahsyat dari kumpulan yang dianggotai oleh empat orang lelaki perkasa ini.

Gara-gara terlalu teruja dan excited giler, Budiey sampai sangat awal di lokasi konsert iaitu di Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Tapi tak jadi masalah sebab bukan Budiey sahaja yang berada di situ seawal jam 6 petang. Ramai lagi yang dah berconggok kat situ awal dari itu.

Konsert The Killers Live In Malaysia

Opening Act dari Kyoto Protocol

[pullquote align=”right”]Konsert The Killers Live In Malaysia telah berlangsung pada hari Ahad, 22 September 2013 di Sepang International Circuit (SIC) Helipad jam 8 malam. Seramai lebih kurang 7,000 orang peminat membanjiri konsert ini untuk layan lagu mereka.[/pullquote]

Budiey difahamkan selepas konsert di Malaysia, The Killers akan singgah pula ke negara Asia yang lain seperti Hong Kong, Filipina, Taiwan, China, Korea dan Jepun. Mereka akan pulang ke Las Vegas untuk perform pula di Festival Life is Beautiful pada 27 Oktober depan.

Sebagai opening act, kumpulan Kyoto Protocol diberi peluang untuk memanaskan pentas dengan rangkaian lagu-lagu yang menarik selama 30 minit. Antara lagu yang diperform oleh Kyoto Protocol ialah lagu seperti Never Know, Jelita dan sebuah lagu dangdut berjudul Rindu yang diubah rentak irama menjadi lebih segar. Sehinggalah tiba saatnya, geng The Killers mengambil tempat. Budiey tengok semua berteriak apabila The Killers yang dianggotai oleh Brandon Flowers, Dave Keuning, Mark Stoerner dan Ronnie Vannucci Jr masuk ke pentas sederhana luas yang berdiri megah itu.

Persembahan Kyoto Protocol berjaya membuatkan penonton rasa tak dapat duduk diam. Personally, ini bukan kali pertama Budiey menonton persembahan pertama band ini. Ternyata mereka layak untuk membuka tirai konsert The Killers sebab nama mereka bukannya satu nama yang asing bagi kami, peminat muzik rock di Malaysia.

Konsert The Killers Live In Malaysia

The Killers Pukul Habis!

[dropcap]T[/dropcap]unggu punya tunggu, maka, konsert bermula pada jam 9.30 malam dengan lagu Mr Brightside. Omg, rasa macam nak pitam masa tu sebab semua orang dah bersorak gembira melihat kumpulan rock yang ditunggu-tunggu dah berada di pentas.Lagu Mr Brightside memang ohsem apabila dapat didengar secara live. Tidak seperti layan di Youtube je, lagu ni ada keunikan tersendiri.

[pullquote align=”right”]Ternyata, penantian Budiey berbaloi sebab kumpulan The Killers takde la nak kedekut sangat. Nah, Budiey bilang-bilang balik, sebanyak 18 buah lagu dilontarkan untuk habuan peminat yang datang.[/pullquote]

Yang kelakar, vokalis The Killers yang rock habis tu buat lawak bila mahu bercakap dalam bahasa Melayu. Memang setiap kali artis luar perform kat Malaysia, mesti nak bercakap Melayu. Kira okay la kan? Ambik hati peminat dan ternyata mengundang ketawa dari kami. Tak sangat Flowers boleh bukan setakat cakap Apa Khabar? tapi dia ada cakap, Kami Mat Rempit! Hahaha, gelak sakan lah masa ni. Semua penonton bersorak diselangi ketawa sebab tak semua yang datang ni adalah Mat Rempit.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Hot Fuzz pada tahun 2004 itu nampaknya tidak mahu momentum merudum, lalu terus menghangatkan pentas dengan persembahan pukul habis di mana 15 buah lagu dipersembahan secara non stop. Vokalis The Killers, Flowers ni memang berstamina gak sebab suara dia boleh tahan, takde la tercungap-cungap dan tak nampak mereka letih. Antara lagu yang dinyanyikan, Spaceman, The Way It Was Smile Like You Mean It, Shadowplay, Human, Somebody Told Me, For Reason Unknown, From Here On out, A Dustland Fairytale, Read My Mind, Runaways dan All These Things That I Have Done.

Ada Peminat Masih Tak Puas?

[dropcap]K[/dropcap]onsert berlangsung sejam setengah itu dalam suhu membahang dan Budiey lihat ini semua tak jadi masalah untuk peminat dan The Killers sendiri. Teruja sangat dengan konsert ini, ramai penonton meminta The Killers perform banyak lagi lagu yang tak dinyanyikan. Kemudian, untuk memenuhi permintaan peminat dan tak mahu mengecewakan kami, The Killers melontarkan lagu This is Your Life dan lagu popular mereka yang semua orang tunggu iaitu When You Were Young sebagai bekalan untuk kami pulang dengan nafas yang lega sebab semua permintaan kami tertunai.

[pullquote]Itu pun, Budiey tengok ramai yang belum puas hati untuk menonton lagi persembahan The Killers.[/pullquote]

Memang sesuai lah lagu When You Were Young dimainkan sebagai lagu penutup sebab lagu ni memang semua orang tahu dan hafal lirik. Budiey tengok diorang pun nyanyi sama-sama dengan Flowers.

Keseluruhannya, Budiey rasa sangat puas dengan konsert The Killers Live in Malaysia. Harapannya, ini bukanlah konsert pertama dan terakhir mereka di bumi Malaysia. Harap datanglah lagi sebab mungkin di masa akan datang ada banyak lagi lagu yang meletop akan dihasilkan oleh mereka.

Terima kasih kepada Tune Talk dan penganjur konsert iaitu Future Sound Asia ini sebab sudi menjemput Budiey.com. Lain kali ajaklah lagi ya.

Konsert The Killers Live In Malaysia

Konsert The Killers Live In Malaysia

Konsert The Killers Live In Malaysia

Konsert The Killers Live In Malaysia

Konsert The Killers Live In Malaysia

Konsert The Killers Live In Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adam AF2 Tak Kisah Status Janda Fiza Elite

Wacky Deejays JJ & Lil Kev Red WTF On Air Asia