in , ,

Ulasan Konsert Agnes Monica di Stadium Negara

Agresif, hebat, lincah, bertenaga, penuh stamina dan berbisa. Itu gambaran yang boleh saya berikan selain karismatik bertaraf international gaya seorang diva, Agnes berjaya menghiburkan sekitar 3 ribu penonton di konsert sulungnya di Malaysia.

Walaupun Agnes bilang dia sakit tekak tapi suara dia masih lagi lantang. Ok je tengok dia menjerit. Cuma saya kesal dengan pengisian slot seperti mahu melepaskan batuk di tangga sebab tiada kejutan untuk penonton tempatan.

Cuma yang ada hanya persembahan biasa-biasa sahaja. Mungkin ada baiknya Agnes membawa lagu dari diva-diva Malaysia seperti lagu Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura atau Datuk Sharifah Aini? Hiks!

605781719 C459A8D4B6 O | 4

Oh ya sebut pasal Datuk Siti Nurhaliza, saya ada mendengar khabar berita yang Datuk Siti Nurhaliza sah mengandung hamil anak yang pertama. Kalau betullah berita ini, saya ucapkan tahniah buat Datuk Siti Nurhaliza. Dapat juga Datuk K nak timang anak yang pertama dari perut Datuk Siti Nurhaliza. Mesti cute anak dia.

Opening act pun tidak berapa power sangat sebab show penyanyi jemputan pun biasa-biasa saja. Ye lah, dah nama pun opening act kan. Mana boleh kasi kat penyanyi bertaraf lebih tinggi dari Agnes. Nanti tenggelam lak sinar bintang Agnes tu.

605899724 4C3671Bbc3 O | 5

Isi Kandungan:

KERENAH PENONTON

Nak kata sepi dengan penonton, konsert gadis kacukan Cina – Indonesia ini nampak kecoh dan meriah jugak pada pemerhatian saya. Nak kata ramai yang tak hafal lagu Agnes, saya kira penonton ramai penonton yang sudi jadi back up singer untuk Agnes.

Walaupun ramai yang datang dan bersorak dan melompat-lompat tu ialah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Memang satu senario biasa di konsert oleh artis dari Indonesia. Faham-faham sendiri sebab mereka ini punya banyak kerenah. Ada penonton yang berdiri di arena ditangkap dan dihalau keluar kerana sengaja buat kecoh. Ada ke patut, tengah-tengah enjoy dengan show Agnes, diorang ni boleh bergaduh? Ajaib-ajaib… ntah ah nak kata apa.

Seawal jam 8.o0 malam peminat sudah dibenarkan masuk. Saya sampai di Stadium Negara dalam jam 8.30 malam. Banyak rongga-rongga kosong tak diisi. Tengoklah sendiri Agnes ni sebenarnya tidak ramai yang minat.

Tapi nasib baik, masih ada peminat dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura sanggup terbang ke Kuala Lumpur. Cuma ruang arena depan pentas agak kosong dan lengang sikit.

Tapi akhirnya, penonton yang berada di tempat duduk atas dibenarkan memenuhi ruang arena untuk kasi lebih havoc sikit kat depan pentas.

605786009 8E834F4Be9 O | 6

MANA LAGU DUET SAMA TITI DJ?

Walaupun 3 buah lagu iaitu Ku T’lah Jatuh Cinta, Bilang Saja dan Tak Ada Logika yang popular di corong radio, tapi untuk peminat yang dah beli album memang dah jatuh cinta dengan semua lagu Agnes… ehem… macam saya ni. Tapi terkilan sangat-sangat sebab Agnes tak bawa lagu duetnya bersama Titi DJ berjudul Hanya Cinta Yang Bisa. Memang sedap lah lagu tu. Memang sentimental habis. Rata-rata yang duk depan tu memang nyanyi sama bintang berusia 21 tahun itu. Yang pasifnya hanya penonton yang datang dengan tidak mendengar atau dalam perkataan lain, tidak membeli album Agnes. Jadi, pertama kali mendengar lagu memanglah tak berapa mesra dengan pendengaran telinga. Lain kali kalau nak pi konsert, faham-faham la kena ler dengar lagu puas-puas. Buat homework sikit. Hahahaha!

SHOWMANSHIP SUPERB!

Sebanyak 12 penari yang diterbangkan khas dari Indonesia mendukung showmanship untuk nampak lebih power. Membuatkan ramai penonton pun turut bergoyang sama. Cuma yang duduk memaku punggung kat kerusi tu, diorang ni tengok saje macam orang tengok TV kat ruang tamu sambil makan kuaci. Mungkin jarak pentas yang jauh dengan tempat duduk menjadikan penonton hanya senyap dan tidak banyak bergerak. Kegagalan Agnes menarik penonton untuk sama-sama goyang juga menjadi faktor utama konsert nampak begitu lesu.

Lagu Bilang Saja, Dan Tak Mungkin, Pernikahan Dini, Indah, Ku T’lah Jatuh Cinta, Tanpa Kekasih, What They Called Soulmate, Ini Gila Ini Cinta, Get Up, Bukan Milikmu Lagi, Ku Di Sini, Cinta Di Ujung Jalan, Tak Bisa dan Tak Ada Logika.

605787177 6Eb7437A23 O | 7

PRO & KONTRA

Saya tahu, ramai orang Indonesia tidak suka dengan Agnes Monica lantaran terlalu banyak gosip dan cerita-cerita negatif Agnes mencalar imej penyanyi yang berasal dari Singapura ini. Namun, Agnes masih mempunyai peminat fanatik di negara seberang dan juga di Malaysia. Ramai juga wartawan dari Indonesia yang tidak suka kerana attitude Agnes yang tidak mesra dan sombong dengan media di sana. Agnes berlagak ke? Itu Budiey tak pasti nak komen camna. Sebab masa sidang media berlangsung, tidak nampak pun Agnes ni cam sombong dan kekwat sangat.

Dia layak digelar Christina Aguilera Indonesia kerana mempunyai kebolehan menari dengan bijak melontarkan vokal lantang. Klimaks pada malam itu disudahkan dengan lagu Tak Ada Logika yang memukau penonton dengan kareografi yang menakjubkan saya kira.

Vokal Agnes tak jejas sekali pun terpaksa buat gerak tari yang cepat. Sampai kawan sebelah saya cakap, Agnes buat miming ke? Dengar macam tak semput pun. Pergh! Power giler lah Agnes nih.

Keseluruhannya, saya kira konsert kali ini sederhana sahaja tapi cukup menghiburkan sebab Agnes pandai buat gig yang tak menjemukan. Kelemahan gangguan bunyi ada juga sekali sekala membantut vokal Agnes. Biasa la tu kan. Mana ada semua nak sempurna…

605916160 38Aa0D5A12 O | 8
605801133 6F2Eb93230 O | 9
605804253 98Ae1B9780 O | 10
606029588 5F31007C85 O | 11
605926731 76Bb8916A5 O | 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agnez Mo | 41

Gambar Agnes Monica Bersama Peminat daripada Brunei

Trending Viral Hiasan | 42

Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia