in , ,

Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia

Pelakon terkenal yang pernah membintangi filem Embun, Izi Yahya telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pukul 10.30 pagi (25 Jun 2007).  BlogBeliau jatuh sakit ketika menjalani pengambaran dokumentari. Allahyarham Izi Yahya pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16. Selain Ali Setan, Pesona Cinta dan Balik Kampung, filem terbaru lakonan Izi Yahya ialah Qabil Khushry Qabil Igam. Watak antagonis dan negatif yang dilakonkan arwah Izi Yahya dalam puluhan drama dan yang terbaru adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan dan Kalau Kasih Masih Ada sudah pasti meninggalkan impak maksima dalam perkembangan industri filem Melayu dan sejarah perfileman negara. Antara lakonan berkesannya dalam filem Embun (2002) pernah mencetuskan kontroversi untuk watak Lieutenant Akaishi yang memperkosa Embun (Umie Aida). Impaknya, filem Embun telah berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003.

Dari Dia kita datang, dari Dia juga kita akan pergi. Al-Fatihah…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agnez Mo | 21

Ulasan Konsert Agnes Monica di Stadium Negara

Agnez Mo | 22

Foto Sekitar Sidang Media Konsert Agnes Monica