in ,

Ulasan Final Destination 5

Genre Horror Thriller

Runtime 92 minit sahaja

Apa Yang Menarik:

1.KESAN VISUAL YANG DIPERTINGKATKAN
-Selepas Final Destination 1, filem ini dikatakan tidak lagi menarik dan mengecewakan penonton. Filem sebelum ni nampak lebih kelakar & plot yang merapu & gaya twist yang tak best.
-Namun, selepas menonton filem FD 5, saya rasa filem sekuel kali ini lebih baik daripada filem dari FD3 & FD4.
-Banyak elemen telah improve.
-Visual yang lebih gelap
-Salah satu scene yg paling mendebarkan ialah MASA OPENING SCENE – masa runtuhan jambatan di mana idea & cara kematian memang crazy. Saya boleh katakan, opening scene untuk FD adalah yang terbaik setakat ini.
-Lagi best bila dapat tonton dalam bentuk 3D

2.ELEMEN SUSPEN YANG BEST
-Banyak elemen suspen yang ada dalam FD1 ada dalam filem ini.
-Ia menampakkan filem kali ini lebih brutal, lebih mengerikan & sangat tragis.
-Saya tak nak bercakap banyak tentang elemen suspen dalam FD5, biarlah anda di luar sana yang tonton sendiri. Yang pasti, selepas keluar dari dewan pawagam, membuat saya terfikir. OMG, MACAMANA PENULIS SKRIP & LAKON LAYAR DAPAT IDEA BUAT TWIST MACAM TU.
-Ada satu scene yang buat saya TAK NAK TENGOK, kena tutup mata.
-Saya penggemar filem thriller suspen, dan dah banyak kali tonton filem seperti ini, salah satu scene yang famous ialah scene masa pembedahan lasik mata di mana saya rasa satu scene yang bagus.
-Di luar jangkaan.

3.SANGAT BERKESAN DI HATI PENONTON
-Satu lagi daya tarikan filem ini ialah penonton akan teruja untuk menonton penamat cerita ini sebab ending ini akan membawa kepada apa yang berlaku kepada filem yang ke-6 nanti.
-Saya pasti ramai yang akan terkejut dengan ending cerita ini. Memang speechless habis. Membuat korang ternganga2, OMG & WTF.

Saya dengan ini, menyarankan anda semua tonton filem ini. Ia tak sama dengan dengan filem FD sebelum ini.

APA KELEMAHAN FILEM INI:

1. PLOT PENCERITAAN YANG TAK KREATIF
– Walaupun banyak yang dipertingkatkan, filem ini pada saya menampilkan plot atau gaya kematian. dalam kata lain, filem ini mengajak penonton untuk meneka siapa yang akan mati selepas ini. Siapa yang kena lepas ini.
-Dan yang penting kita tahu pasti ada yang akan mati.
-Bila tengok pelakon pun, kita dah rasa kesiah… haa sekejap lagi mati la ni.

2.TAK RAMAI PELAKON TERKENAL
-Walaupun tak ramai yang popular, saya rasa semua pelakon memberikan yang terbaik untuk menjayakan filem ini.

3. LEBIH MENUMPUKAN KEPADA GAYA KEMATIAN DARI MENGEMBANGKAN KARAKTER
-Oleh kerana terlalu banyak scene kematian & suspen, filem ini terlupa untuk mengembangkan karakter-karakter baru yang ada dalam filem ini yang saya rasa sangat penting untuk diketahui penonton.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin Bakal Gegarkan Pentas Antarabangsa

TomTom App for iPhone optimised for iPad