in ,

Mila Jirin Bakal Gegarkan Pentas Antarabangsa

Penyanyi Popular POP Malaysia MILA JIRIN bakal Mewakili Malaysia Gegarkan Pentas Antarabangsa Di “International POP TV Performer Georgia dengan Kelab Simpanan Cheeky MBSB

Artis Popular POP Malaysia Mila Jirin telah dijemput oleh Georgian Art Festival dan World Association of Festivals and Artiste (WAFA) bagi mewakili Negara Malaysia dan TV Station Astro ke “Golden Talent – International POP TV Performers Batumi Georgia, dengan kerjasama Georgia Art Festival”.

Mila akan berkongsi pentas dengan artis-artis antarabangsa di Festival dari 23 buah Negara seluruh Eropah dan Asia yang akan bersama sama berentap di festival ini. Mila juga bakal berkongsi pentas dengan artis-artis ternama dunia yang akan membuat persembahan pembukaan Festival ini seperti Shontele, Amerie ,Blue dan ramai lagi sepanjang Festival ini berlangsung. Festival ini yang akan ditayangkan secara langsung di stesyen TV Georgia (Imedi TV) dan siaran tertunda di 23 buah TV station di 23 buah Negara yang terlibat diantaranya United Kingdom, Itali, Spain, Turkey termasuk Negara jiran kita Thailand.

Berucap di majlis pelancarannya di Dewan Perdana Mutiara, D’Saji Felda, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit MBSB , En Azman Aziz berkata, Kelab Simpanan Cheeky MBSB terpanggil untuk bersama sama terlibat sebagai penaja bagi penyertaan Mila Jirin untuk mewakili Malaysia ke “Golden Talent” ini adalah kerana pihak kami melihat dengan kerjasama dan penajaan ini sebagai satu sokongan dan galakan kepada Mila Jirin bagi memperkembangkan karier muzik diperingkat antarabangsa serta diharap dengan penyertaan ini dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia melalui platform hiburan dan bahasa kita melalui lagu-lagu serta menghidupkan semangat 1 Malaysia menerusi festival di peringkat antarabangsa ini. Penajaan ini adalah antara kerjasama strategik yang terjalin antara Kelab Simpanan Cheeky MBSB dan artis Pop terkenal Mila Jirin, sebelum ini Mila juga telah terlibat dalam beberapa promosi bagi Kelab Simpanan Cheeky MBSB untuk Remaja dibawah 18 tahun.

MILA JIRIN yang akan berangkat ke Georgia pada Hari Raya ke-3 (01 September 2011) ini dengan Kerjasama Kelab Simpanan Cheeky MBSB serta Astro selaku penyiar rasmi bagi Negara Malaysia. Festival Golden Talent 2011 Batumi yang dijadualkan bermula pada 07 September 2011 hingga 11 September 2011 ini akan ditayangkan di Astro berjudul “GEORGIA MILA” dan Festival ini akan diadili oleh lebih 20 orang Juri termasuk Artiste terkenal Shontelle dan Amerie.

Bercakap lebih lanjut Mengenai Golden Talent 2011-Batumi, Georgian Art Fest, Festival ini adalah usahasama dengan Kerajaan Kesenian Geogia. Festival ini adalah yang pertama diadakan di Georgia dengan penglibatan stesyen TV terbesar seluruh Eropah dan Negara Asia bagi memeriahkan industri hiburan muzik Pop seluruh dunia dengan kerjsama saluran-saluran TV disemua negara yang terlibat diperingkat antarabangsa.

Mila Jirin yang ditemui pada hari ini kelihatan begitu teruja saat diajukan soalan mengenai penglibatan Mila didalam Festival ini. Mila berkata beliau sangat teruja dan bersyukur apabila Georgian Art Fest dan WAFA menghubunginya dan menjemput beliau untuk menyertai Festival ini, Pihak pengurusan Luvmila Corporation dan MJ Panacea Records melihat ianya adalah satu penglibatan yang sangat baik memandangkan Mila bakal melancarkan Single English dan Album English pertama untuk pasaran Tempatan dan pasaran Eropah. Penglibatan ini diharap dapat dijadikan batu loncatan kepada pengenalan Mila di sana kerana Festival ini bakal ditayangkan di 23 buah Negara sekitar Eropah dan Negara Asia termasuk Malaysia. Walaupun pada permulaannya hasrat Mila untuk ke festival ini hampir terkubur dengan pelbagai masaalah disebabkan tidak mendapat tajaan dari mana mana pihak dan Mila sendiri hampir berputus asa, tetapi Mila sangat bersyukur dan berterima kasih kepada dan Kelab Simpanan Cheeky MBSB kerana telah sudi menaja kos Mila dan krew untuk ke Festival ini. Mila sendiri tidak dapat menggambarkan perasaan terharu apabila Kelab Simpanan Cheeky MBSB berminat untuk menaja Kos perbelanjaan Mila dan Krew untuk ke International TV Competition Golden Talent 2011 ini.

Festival yang bakal berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 7 September sehingga 10 September dan bakal berlangsung di Batumi “New Boulevard” dan Mila akan membuat persembahan dalam pertandingan ini pada 8hb dan 9hb September. Mila akan membawakan 2 buah lagu, sebuah lagu berbahasa Melayu iaitu “Kasih Yang Terdampar” yang dipetik dari Album kedua Mila Jiriin dan sebuah lagu yang berbahasa English iaitu kombinasi lagu “Benny and The Jets dan Listen” lagu nyanyian asal Elton John dan Beyonce. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga pada hari raya nanti dan berjuang di pentas nyanyian, Mila berharap dapat melakukan yang terbaik dan menggunakan segala pengalaman yang ada dan membawa nama Malaysia di pesada Muzik Antarabangsa.

Sebelum sidang akhbar berakhir, Mila sekali lagi berterima kasih kepada penaja-penaja yang telah menaja Mila untuk ke Georgia terutama kepada Kelab Simpanan Cheeky MBSB serta penaja Lokasi Dewan Perdana Mutiara, Felda Villa D’Saji KL untuk sidang media ini.

Rujukan : www.golden-talent.com

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem Nasi Lemak 2.0 Dapat Sambutan Meriah

Ulasan Final Destination 5