in , , ,

Ulasan Filem Otai: Hiburan Santai di Aidilfitri

Pada saya, erti Otai dari segi istilahnya bermaksud sesuatu yang bersifat lama atau tua, lusuh dan tidak berguna lagi. Kalau dikhususkan kepada manusia, ianya boleh membawa maksud orang lama dalam sesuatu bidang atau orang tua dan veteran. 

Filem Otai merupakan sebuah filem santai ceria yang dikhaskan untuk tayangan pada hari raya Aidilfitri pada tahun ini. Filem ini akan menemui penonton mulai 13 Oktober 2007. Secara keseluruhan, ianya merupakan sebuah komedi ringan yang cukup menghiburkan. Kalau niat anda untuk ketawa di panggung, silakanlah kerana anda memang sure akan ketawa punya. Tetapi pada anda yang sudah tahu bagaimana bentuk lawak filem ini… anda mungkin akan berfikir 2 kali juga. Maksud saya dengan hiburan ringan ialah, penonton tidak perlu banyak memerah otak dengan jalan cerita yang tidak terlalu berat. Saya yakin penonton sudah pasti terhibur apabila menonton filem lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz ini.

Mungkin hipotetikal namun saya rasa hampir semua penonton yang melangkah ke pawagam sebelum menonton filem sudah ada persepsi masing-masing. Isu persepsi itu adalah hak masing-masing. Memang subjektif. Ada pro dan kontra dan ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan persepsi anda dengan filem arahan Professor Madya Abdul razak Mohaideen ini ialah lawak, lawak, lawak, muzikal drama, cinta dan lawak. Berapa banyak kali lawak lah. Bila kata filem profesor Razak, sudah tentu begitulah ceritanya. Namun, pada saya tarikan sebenar filem Otai ialah pada Nasha Aziz. Mengapa? Anda kena tonton sendiri. 
 
Jalan ceritanya yang agak berlainan walaupun sebelum ini kita telah disajikan dengan longgokan cerita atau drama yang mengisahkan kehidupan berpoligami. Namun, apabila ianya digarap oleh sutradara yang tidak asing lagi, iaitu Professor Madya Abdul razak Mohaideen, ianya telah memberikan satu citarasa baru yang cukup menyegarkan.

Yang saya suka:
Dengan penampilan istimewa Aznil Nawawi yang menambahkan keceriaan kepada cerita ini serta kembalinya Yasin senario setelah cerita terakhirnya Man Laksa, Otai sekurang-kurang berjaya lari dari stereotaip cerita-cerita komedi sebelum ini. Dan jika sebelum ini, orang mengatakan, cerita lawak adalah lawak bodoh, namum akhirnya, Otai memberikan satu perspektif berbeza, dalam lawak ada juga pengajaran yang diselitkan.

Yang saya tidak gemar:
Jika cerita Dive dengan AC Mizal asyik dapat call dari macam-macam orang, Impak Maksima dengan lawak “Semua dalam satu pakej”, Mmm… Otai pulak sibuk dengan Aznil yang panggil co-host dalam rancangan Otai dengan nama berlainan. Setelah anda tonton filem Otai ini nanti, terserah pada anda untuk menamakan jenis lawak yang sesuai. Samada slapstik, streotype atau ntah apa-apa? Lakonan Saiful Apek dengan gaya lawak yang biasa dan begitu juga Yasin yang kita sedia maklum bagaimana cara dan trademark mereka jika digandingkan bersama. Selain itu, pastinya, kalau cerita arahan adik beradik Razak Mohaideen, nilai-nilai tempias “Mami jarum” pasti akan ada.

Para Pelakon Otai:
Apek : Aiman Tan Sri Mydin
Yassin Senario: Sammy (pembantu Aiman)
Nasha Aziz : Azura (isteri pertama Aiman)
Ainul Aishah: Calon Isteri Aiman (Gila)
Izreen: Pengacara Program Otai (P)
Maimon Mutalib: Mek Nab (Bidan Moden)
Farah Alya : Calon Isteri Aiman
Soffia Shamimi: Calon Isteri Aiman
Aznil Nawawi: Pengacara Program Otai
Salih Yaccob: Tan Sri Mydin (Artis Jemputan)
Azean Irdawaty:  Pn. Zahara (Ibu Azura)

Kalau anda rasa mengantuk nonton cerita ini, jangan lupa untuk membawa bersama kuih muih atau biskut raya masuk panggung.
 
Dan yang pasti, Hari Raya Aidilfitri ini pasti meriah dengan kehadiran Otai. Yang penting, filem ini akan meletup dan Budiey jangka akan mendapat keuntungan berganda kerana ditayangkan di musim perayaan. Syabas dan tahniah! Otai sebenarnya bertuah dan bernasib baik.
 
Rating Senseasi Selebriti : 3 bintang.

Fakta Professor Madya Abdul razak Mohaideen: Anak ke-3 dari enam orang adik beradik, lahir pada 22 Januari 1965 di Pulau Pinang menyambung pelajarannya di UKM ketika berusia 19 tahun tak dapat lupakan pengalaman ketika mengarah filem pertamanya, Gemerlapan pada 1996.

Soalan saya kepada tuan profesor, sudah lebih 10 tahun dalam bidang perfileman, asyik dengan cerita lawak, cinta dan satira… sebagai ahli akademi, bila pula nak buat art filem? Sekurang-kurangnya, ada modal untuk media beri jolokan; very versatile director!

[tags]filem otai, film otai review, ulasan filem otai, sinopsis filem otai, youtube trailer filem otai, soundtrack filem otai, runut album otai, pelakon filem otai, gambar saiful apek, poster filem otai, trailer filem otai, filem raya aidilfitri, nasiha aziz gossip, gambar nasha aziz berkemban, Professor Abdul razak Mohaideen, ac midal, aznil haji nawawi, kuih muih lebaran, biskut raya resepi, man laksa, ulasan filem diva, mami jarum, lawak streotype, mercun hari raya, artis tangkap khalwat, rtm, uum budak uitm, gambar budak uitm, filem otai, film otai review, ulasan filem otai, youtube trailer filem otai, soundtrack filem otai, runut album otai, pelakon filem otai, gambar saiful apek, poster filem otai[/tags]

filem otai

yassin otai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Aizat AF5

Fesyen Busana Siti Nurhaliza di Anugerah Era 07?