in

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama Aizat AF5

Sebelum Anugerah Era berlangsung, Budiey dilayang email jemputan dari Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Aizat AF5. Ketika di Arena of Stars, saya ditanya oleh Anne (Event Manager Aizat) dan saya masih tidak membuat keputusan samada mahu join atau tidak. Selepas meneliti aturcara majlis yang diadakan di Dewan Labuan, Kompleks Dayabumi itu, Budiey rasa ralat sekali untuk menolak pelawaan ini. Bukan sekadar datang dan berbuka puasa, malah sebelum berbuka diselitkan juga dengan ceramah. Tidak dilupa untuk menunaikan solat Maghrib serta berterawih secara berjemaah. Majlis dengan modul tentatif sebegini agak jarang dianjurkan oleh artis kita. Jadi, saya rasa usaha membangunkan keruhanian sebegini sememangnya harus dipuji dan dicontohi oleh artis lain. Mungkin di masa akan datang, kita juga mahu melihat artis lain menganjurkan majlis berbuka dengan tentatif yang sama.

Aturcara Majlis:
5.30 pm – Ketibaan para jemputan
6.00 pm – Ceramah oleh Yg Mulia Ustaz HJ. Rosli Bin Ahmad Mokhtar
7.15 – 7.25 pm – Berbuka Puasa
7.25 – 7.40 pm – Solat Fardhu Maghrib Berjemaah
7.40 – 8.30 malam – Makan Malam
8.30 – 9.15 malam – Solat Fardhu Isya’ & Solat Sunat Tarawih (8 Rakaat) & Witir
9.15 – 10 malam – Moreh & Bersurai

Walaupun tiada teman untuk menemani saya ke sana, rasa segan silu dilenyapkan dengan keramahan famili Aizat. Keluar daripada pintu lif tingkat 3, saya terserempak dengan band group Sixth Sense bersama vokalis Adi yang suka sangat melompat masa buat persembahan. Sempat berbual itu dan ini dengan mereka. Kesian juga dengar cerita Adi yang tidak pulang ke Jawa Barat untuk beraya. Mujur ada geng lain yang sudi menemani Adi. Tidaklah rasa sunyi sangat nanti. Tambahan pula, ini mungkin memberi peluang untuk 6ixth Sense menerima jemputan daripada stesen TV untuk siaran langsung di malam raya. Okaylah, kita tinggal dulu pasal raya sebab kita baru menjengah di hari yang ke-5 berpuasa.

Di petang Sabtu, 15hb September 2007, Majlis Berbuka Puasa Bersama Aizat juga dihadiri oleh pengetua AF5, Roslan Aziz, guru seni tari yang kiut miut; Linda Jasmine bersama anaknya yang petah, grup yang terkenal dengan lagu Kelam; 6ixth Sense, pengurus pentas Astro yang glamour; Dollah Canteq dan media.

Sebenarnya saya rasa hairan juga apabila tidak ramai media yang hadir. Bukan kata tidak jemput. Rupanya, Budiey difahamkan pada masa dan hari yang sama, Mawi FC juga turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama Mawi di Restoran Rebung, Bangsar. Antara Mawi dan Aizat, sudah tentu aura Mawi begitu besar untuk menarik media untuk ke sana. Malah, saya kira ramai peminat yang tidak melepaskan peluang untuk berbuka dengan Mawi walaupun bayaran mencecah RM75 dewasa (harga pakej ini diberikan novel KIAN) dan RM60 (tanpa novel).

Di Anugerah Era 07 yang lalu, Aizat ada menyanyi lagu Joget Kenangan Manis. Dikatakan selepas show AE 07, Aizat dilaporkan pengsan di belakang pentas. Namun, apa yang saya dapat tahu, Aizat sebenarnya bukan pengsan. Tetapi Aizat masa tu rasa sakit perut dan rasa nak melepas. Jadi, dia pun terkejar-kejar mencari tandas. Hahaha, rasa lawak pula bila mengenangkan bagaimana wartawan tersebut mengatakan Aizat pengsan…

Sensasi Selebriti ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Aizat dan Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd atas jemputan.

tazkirah ramadan

Khusyuk mendengar ceramah oleh Yg Mulia Ustaz HJ. Rosli Bin Ahmad Mokhtar

dollah cantek

Jelingan manja Dollah Chanteq… garangnya. Manakala Aizat still dengan mood yang cool.

sixth sense

Sixth Sense; eloklah korang dengar ceramah macam ni… insaf sekejap, kan?

aizat layan tetamu

Aizat melayan dan mengalu-alukan kehadiran peminat.

linda jasmine

Kasih ibu sehingga ke hujung nyawa… Linda Jasmine bersama anak kesayangannya.

rozlan aziz

Entah apa yang dingomel oleh Cikgu Roslan Aziz. Banyak sungguh modal dia berbual. 

sixth sense

Sixth Sense yang tak sabar nak berbuka.

Lauk pauk yang lazat…

Raut wajah pelajar-pelajar yang begitu tenang menanti waktu berbuka puasa.

Aizat sempat melayan dan berseloroh dengan Sixth Sense.

Bagus cikgu Roslan Aziz nih… baca doa sebelum makan.

aizat af5

Sedikit ucapan dari Aizat… “Terima kasih sebab sudi datang…”

[tags]gambar aizat, profile aizat, lagu single sahabat, traxx fm, majlis berbuka puasa mawi, kompleks dayabumi, dewan labuan, ceramah tazkirah ramadan, audio ceramah internet percuma, tentatif program, modul kertas kerja, cara solat terawih, witir, anne hamid, hos nona, aksi raja azura, melayu boleh, malaysia boleh, tammy nyp, rempit minah lalok, asb, fesyen raya terkini, fesyen bertudung raya, fesyen artis beraya, fashion lebaran, anugerah era 2007 youtube video, blog aizat, blog sixth sense, daphne iking blog, gambar cucu paklah, anak nuri abdullah, nori abdullah, linda jasmine, tips menari, cara menari salsa, ladyboy linda, myspace aizat, myspace siti nurhaliza, myspace rita rudaini, gambar aizat, profile aizat, lagu single sahabat, traxx fm[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Siri Kami Lakonan Liyana Jasmay, Zeyna, Ezani & Nas

Ulasan Filem Otai: Hiburan Santai di Aidilfitri