in ,

Ulasan Filem Oh Mak Kau OMK

[dropcap]M[/dropcap]engisahkan konflik cinta Sam dan Mun dengan Que (bukan Que Haidar tapi Que lakonan Ain Nordin), filem OMK turut menyajikan aksi-aksi stunt dan sudah pastinya babak-babak lucu dari pelakon utama iaitu Jepp dan Shuib. Tahniah buat pengarah Ain Nordin di atas penghasilan filem pertama arahan beliau.

Melihat pada tajuk filem ini sudah pasti ada mengandaikan filem ini berkaitan dengan perbuatan melatah. Semulajadinya, manusia yang melatah mampu membuatkan orang di sekitarnya tergelak apatah lagi perkataan ‘Oh Mak Kau!’ adalah ayat paling popular di kalangan orang yang melatah. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pengarah muda ini, Nurul Ain Nordin menerusi filem sulungnya ini, ‘Oh Mak Kau!’ (O.M.K).

Para Pelakon OMK

Bekas pelajar lulusan Diploma Seni Layar dari UiTM ini bijak membuat percaturan dengan menggunakan tajuk filem yang berbaur komedi dan menggabungkan pelawak-pelawak muda dan berusia. Walaupun filem ini bukanlah berpaksikan pada perbuatan melatah namun isi tersiratnya menyatakan filem ini mempunyai pengisian tersendiri. Mahu lari dari stereotaip filem komedi biasa, Ain yang hanya berusia 23 tahun semasa mengarahkan filem ini menyuntikkan elemen aksi bagi membangkitkan lagi selera penonton.

[pullquote]Gabungan pelawak senior dan muda menerusi filem aksi komedi OMK bakal ditayangkan mulai 16 Mei 2013 di pawagam[/pullquote]

Filem yang diterbitkan oleh Star Scope Production Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Ain sebagai pengarah malahan Ain juga merupakan penerbit bersama dan turut membintangi filem ini. Dengan kos sebanyak 1.7 juta dan mengambil masa penggambaran selama 23 hari di sekitar Rawang, Gombak dan Kuala Lumpur, Ain bergelut membahagikan dirinya kepada tiga peranan penting namun usahanya berbaloi dengan meletakkan Jep dan Shuib Sepahtu sebagai teraju utama yang umumnya mengetahui kekuatan mereka dalam melontarkan komedi kepada penonton.

[pullquote align=”right”]Filem Aksi Komedi Oh Mak Kau OMK Menghiburkan[/pullquote]

Pastinya, setiap filem ada kelemahan. Dalam filem ini, kekurangan yang dikenal pasti ialah pada garapan babak yang kurang berkesan. Tapi itu tak berapa penting kerana penonton yang datang mahu menonton aksi dan jenaka yang disajikan. Yang penting, Ain dilihat sangat bijak untuk mencorak dan mewarnakan jalan cerita yang mana bukan bersandar kepada komedi dan aksi. Dalam filem ini, ada gak babak-babak sedih yang mengundang air mata yang mana Budiey rasa jarang diselit dalam filem jenaka komedi seperti ini. Pemilihan pelakon juga sangat memuaskan dan ternyata walaupun tak menaruh pada pelakon popular, namun filem ini boleh diterima oleh masyarakat kita. Jarang kita lihat pelakon atau pelawak Didie Alias dalam filem kan? Jadi, dalam filem ini, Didie Alias pegang watak menjadi gangster.

Tidak henti di situ, Ain cuba memanupulasikan karektor Abon yang tampil serius menerusi filem ini. Begitu juga dengan penampilan Didie Alias dan Syamsul Yusof yang dilihat mampu mencuri perhatian penonton.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam dan Mun dengan trademark mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka. Segalanya berubah dengan kedatangan Que, seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Namun Que sebenarnya mempunyai misi tersendiri yang akhirnya menjebakkan kesemua karektor-karektor di dalam filem ini.

Walaupun terselit elemen aksi dalam komedi, filem ini masih bersifat santai yang mana tidak membebankan pemikiran penonton yang sememangnya inginkan hiburan dan mesej ringkas dari sesebuah filem komedi itu. Cetusan idea filem ini juga telah menarik minat Naza World Sdn Bhd untuk menaja penggunaan motor-motor dalam filem ini selain sebuah motor untuk peraduan yang dianjurkan oleh pihak produksi filem ini.

Bakal menemui penonton pada 16 Mei ini, filem O.M.K turut menampilkan Wan Maimunah, Yassin Elias, Faiz Raja Lawak, Yank Kassim dan muka baru seperti Aida AF dan Kay AF serta ramai lagi.

Komedi dalam filem ni tak klise, percayalah ya. Tonton mulai 16 Mei 2013 di pawagam berdekatan anda.

Didie Alias

Filem OMK Behind The Scene

Filem OMK Behind The Scene

Filem OMK Behind The Scene

Filem OMK Behind The Scene

Filem OMK Behind The Scene

Filem OMK Behind The Scene

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Iman Nabila di TV3

Menyingkap Keunikan New Majestic Hotel di Singapura