in

Menyingkap Keunikan New Majestic Hotel di Singapura

[dropcap]K[/dropcap]edudukan bandaraya Singapura sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di Asia Tenggara telah membawa kepada pembinaan ratusan hotel di negara tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya. Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik tempatan berbintang lima yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Hotel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah New Majestic Hotel yang terletak di kawasan Chinatown kota Singapura.

Premier Garden_I Am upside down because of you (2)

Hotel ini yang terinspirasi dari unsur-unsur seni dan budaya merupakan sebuah bangunan rumah kedai lama yang diberi nafas baru. Ia mempunyai 30 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalamannya tersendiri mengikut tema-tema yang ditentukan. Terdapat empat konsep utama bagi setiap bilik iaitu bilik Mirror, Hanging Bed, Aquarium serta Loft. Selain itu, setiap bilik mempunyai karya seni sentuhan sembilan orang pelukis terkenal serta idea-idea senireka daripada lima orang insan kreatif Singapura. Ini termasuklah pereka fesyen, pereka grafik, pengarah filem dan juga penata gaya rancangan realiti Asia’s Next Top Model, Daniel Boey.

Dari dinding bilik, sehinggalah posisi katil dan juga bentuk bilik mandi, semuanya benar-benar unik dan sangat chic. Tidak dilupakan juga senireka dalaman restoran, kolam renang dan taman kecil hotel ini benar-benar membangkitkan rasa keseronokan kala bermalam di sini. Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel berbintang lima, kesemua perabot di hotel ini sangat mewah lagi eksklusif dan berkualiti tinggi.

Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, set stereo dan pemain cakera padat yang boleh mencaj peranti Ipod, dan semestinya sambungan wi-fi percuma. Ini diperhebatkan lagi dengan barangan bilik mandi yang mewah daripada Kiehl’s bagi memanjakan setiap tamu yang menginap di sini.

Kesimpulannya, New Majestic benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kelainan dalam penginapan kala bercuti. Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain. Andai berpeluang ke Singapura, bermalamlah di New Majestic untuk mengalami keunikan mewahnya!

Oleh Shah Shamshiri

Lobby

Facade (Evening)

Swimming Pool

Outdoor Baths

Aqua Room

Lifestyle_Fluid

Attic_Bliss Suite

Attic_Cheshire Suite

Premier Garden_A Big Goldfish

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem Oh Mak Kau OMK

Gambar Lynda Roslan & Aizul Marcello Berkahwin