in ,

Ulasan Ikhlas Filem MUNAFIK dari Penonton

Sedang viral sekarang ini, ramai netizens dan juga pemerhati filem sedang asyik galak mengulas tentang filem MUNAFIK yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ini. Antara ulasan yang Budiey boleh petik dan telah pun baca pada pagi ini ialah dari Firdaus Azizan.

Ulasan ini juga telah viral di mana beliau mengulas tentang kelemahan filem ini juga. Jom la baca. Tapi jangan pula terpengaruh sangat tau. Yang penting, korang tonton sendiri filem ini. Barulah menilainya.

Sementara itu, apa kata tonton temubual Budiey bersama pelakon filem dan juga pengarah Syamsul Yusof tentang filem MUNAFIK. Menarik tau.

MUNAFIK: MENCARI PENGAJARAN DALAM DERETAN PAPARAN KETAKUTAN

Setelah vakum agak lama dari persada perfileman Tanahair slps dikatakan merajuk dgn insiden KL Gangster 2 dicetak rompak sblm ditayangkan, Syamsul Yusuf kembali ke kerusi pengarah.Spt biasa,dia bolot semua dari pengarah,penulis skrip,penyunting sampaila pelakon utama pun dia.

Kisahnya ttg Ust Adam lakonan Syamsul yg trauma dan sukar menerima kematian isterinya dlm satu nahas jalanraya.Slps lama mendiamkan diri,khidmat dia diperlukan utk merawat gangguan makhluk halus yg dihadapi oleh Maria lakonan Nabila Huda.Adam setuju utk membantu tetapi dalam tempoh dia merawat Maria, pelbagai insiden dan kejadian aneh dan menakutkan berlaku dan ia membongkar selapis demi selapis misteri dan kaitan silam antara mereka.

Ok, seriuosly pada I filem ni menyeramkan dan mmg meresahkan fikiran dgn paparan yg mengejutkan dari babak ke babak.Misterinya disimpan kemas dan mmg hanya akan diketahui di hujung cerita dan sedikit di luar dugaan.

Dari segi lakonan,Nabila Huda sgt cemerlang & ada potensi utk berada dalam senarai pilihan Best Actress di festival filem akan datang.Syamsul pulak ada peningkatan dari segi ekspresi dan cara lakonan tu tapi lontaran dialog masihla mcm dulu yg kedengaran fake,tak real dan kurang penjiwaan.Byk juga pelakon hebat sebagai aktor pembantu spt Dato Rahim Razali, Fizz Fairuz & Sabrina Ali.

Ada jugak la bbrp kelemahan spt dialog yg skemarina antara Syamsul dgn anak kecil dia dlm filem ni. Ko fefeeling mengajar Bahasa ke cakap dgn anak skema mcm tu deqq?
Ada juga paparan tak logik di mana2 tapi mungkin dijustifikasikan sbg bayangan,ilusi dan mimpi akibat manipulasi kuasa sihir.

Apa pun overall I katakan filem ni antara filem seram Melayu yg terbaik dan berbaloi ditonton.Byk selingan ayat2 suci dan hadith yg berkaitan diselitkan utk pedoman bersama.Kiranya filem ni bukan seram yg semata2 nak menakutkan penonton tapi ada pengajaran berguna utk dihayati bersama.Propaganda kat poster yg tulis tak digalakkan utk ditonton oleh wanita hamil & org ada penyakit lemah jantung tu mmg ada kebenarannya.Sereeemmmm jugek Abam menontonnya deqqq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video FAIZ SUBRI & HANCUR AKU Trending di Youtube Malaysia

DFKL 2016 Terima Sambutan Hebat di Sunway Putra Mall