in

Video FAIZ SUBRI & HANCUR AKU Trending di Youtube Malaysia

Pagi lagi bingkas bangun. Teringatkan kerja-kerja yang berlambakan di meja. Video pun banyak lagi belum edit dan siarkan di Youtube Channel Budiey.com. Hari ini, kena siapkan segala kerja advertorial yang terhutang sebelum terbang ke Singapura untuk buat liputan di Konsert Madonna Rebel Heart Tour in Singapore. Nantikan travelogue Budiey berada di sana nanti.

Terima kasih kepada penganjur yang sudi belanja tiket menonton konsert untuk kami. Juga yang penting, kami juga mendapat tajaan Pocket Wifi dari Travel Recommends sepanjang berada di Singapura nanti. Terima kasih banyak-banyak dan sudah tentu kami tidak lagi akan hack wifi kat sana nanti. Mudah nak buat live update di mana sahaja kami berada nanti.

Oh ya, seperti biasa, kalau dah hari Jumaat ni, kita akan sorot lima kata kunci yang menjadi trending di Youtube Malaysia. Antaranya adalah video Faiz Subri yang melakukan satu sepakan gol yang cukup cantik sehingga ditonton oleh penonton Youtube seluruh dunia. Juga tak lupa, lagu HANCUR AKU nyanyian Estranged dengan penampilan khas dari Nur Fazura turut mendapat perhatian.

Cakap tentang Nur Fazura ni, baru je semalam Budiey bertemu dengan pelakon jelita ini di sidang media E!’s PakNil Goes To Hollywood di Astro dan sempat menemubual Fazura tentang pendapat beliau apabila fesyennya dinilai oleh seorang pengkritik fesyen terkenal dari Hollywood. Korang boleh tengok video temubual Youtube kat atas ya. Tonton jangan tak tonton. Untung-untung dapat jadi trending minggu depan kan?

Hunny Madu, Fazura, Pak Nil And Didie Alias

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in Malaysia
Last 7 days (February 26)

For top videos, people around the world search for information on YouTube. What follows is a summary of YouTube Search results for the top gainers on www.youtube.com.my when comparing search queries that have risen by the largest percentage for the last seven days.

1) Laowu
Malaysia’s favourite gamer uploaded gameplay videos of Street Fighter 5 and Dying Light much to the delight of his fans.

2) Faiz Subri
Video snippets of local football player, Faiz Subri went viral after he scored a goal with a knuckleball free kick during the match against Pahang.

3) Hancur Aku
Local band ‘Estranged’ latest song and music video received more than 1 million views since its release last month.

4) Grammy Awards 2016
Music fans searched for snippets and video highlights of the Grammy Awards performances last week.

5) Kekal Bahagia
Fans have been making and uploading covers for this original soundtrack of local Malay drama, ‘Cinta Si Wedding Planner’ which concluded earlier this month.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Selebriti Popular Dikritik Dalam E!’s PakNil Goes To Hollywood

Ulasan Ikhlas Filem MUNAFIK dari Penonton