in ,

Ulasan Filem Dunia Baru The Movie

Filem Santai Yang Menghiburkan
Filem terbaru keluaran Grand Brilliance Sdn Berhad, anak syarikat media utama negara, Media Prima telah menjengah ke pawagam-pawagam pada sambutan tahun baru Cina iaitu 7hb Februari 2008. Tercabar juga kerana serentak pada masa yang sama, filem Stephen Chow CJ7 juga turut menyerang pawagam. Filem pertama seumpananya di Malaysia yang mengadaptasi drama siri ke filem ini membariskan lakonan mantap pelakon-pelakon remaja seperti Almy Nadia, Mohd Hafiz, Wan Elyas, Anne Ngasri, Iqram Dinzly, Anita Baharom, Pierre Andre serta lakonan hebat penyanyi remaja, Elyana.

Dunia Baru The Movie membawa satu garapan yang baru dan segar jika dibandingkan dengan drama siri yang ditayangkan di televisyen. Ianya berkisar dengan kisah Anizah (lakonan Anita Baharom) yang telah hilang dari kolej dengan meninggalkan nota, rupanya Anizah telah mengikuti Fazley (lakonan Mohd Hafiz) untuk berkahwin di Thailand. Apabila berita tersebut diketahui oleh Madihah (lakonan Anne Ngasri), dia segera mengumpul semua sahabat baiknya untuk sama-sama membantu Anizah dari melakukan kesilapan besar. Mereka sedari bahawa dia sebenarnya telah diculik dan dipaksa untuk berkahwin dengan Fazley. Apakah yang terjadi sepanjang perjalanan mereka dan apakah yang terjadi akhirnya kepada Fazley dan Anizah?

2241729492 44D6827198 | 3

Filem sulung arahan Yeop Hitler ini cukup santai tapi penuh dengan aksi-aksi lucu yang cukup membuat anda ketawa sehingga tidak kering gusi. Garapan pengarah yang kemas dan ringkas serta sinematografi yang menarik, menjadi satu faktor tambahan untuk penonton-penonton memilih Dunia Baru The Movie sebagai tontonan pada musim cuti ini. Namun, Budiey merasakan ada terdapat sedikitmeleret dari segi jalan cerita, serta ada elemen yang tidak diberi penekanan oleh pengarah. Menghiburkan memang lah ianya akan mengundang ketawa. Sesiapa sahaja yang menonton akan terhibur kerana filem ini sangat meriah disebabkan ramai pelakon. Dek kerana filem remaja yang cukup menghiburkan ini sudah tentu membuat penonton tidak terasa sepanjang durasi filem berkenaan iaitu 1 jam 30 minit.

Budiey memang suka kalau filem ini lebih dikemaskan dengan diberi ketelitian dari segi suntingan. Penonton kita tidak macam dulu. Sekarang ini ramai penonton yang inginkan kesempurnaan dalam garapan sesebuah filem. Kesinambungan masa dan lokasi serta aspek lain perlu diberi penekanan. 

Penggunaan warna yang agak terang dalam filem ini mungkin akan memberi pro dan kontranya. Pronya, sudah tentu warna yang terang dapat menceriakan lagi filem ini. Namun, sekiranya tidak berhati-hati, warna yang terang atau saturation yang tinggi akan menyakitkan mata penonton. Dan satu perkara lagi, ketidak samaan antara satu babak dengan satu babak yang lain.

Lakonan Elyana, Wan Elyas dan Anne Ngasri seperti biasa tidak mengecewakan saya. Lakonan yang bersahaja dan tampil bijak dengan lelucon sudah tentu akan menghilangkan kebosanan penonton. Lantaran itu boleh Budiey katakan lakonan mereka penyelamat utama menjadikan filem ini antara filem yang wajib ditonton oleh penggemar siri ini di TV. Lakonan Mohd Hafiz pula kekadang macam dibuat-buat dan tidak natural. Tidak kurang elemen seram dipergunakan semaksimum mungkin sehingga saya kira ada babak tertentu tidak perlu disertakan dengan bunyi latar yang menyeramkan.

Satu perkara lagi yang menjadi tarikan filem ini ialah kehadiran begitu ramai pelakon cameo atau pelakon undangan. Sememangnya satu formula yang sangat memberi suntikan teruja bagi penonton. Anda akan saksikan pelakon cilik dari siri Rafique, ada Mamat Khalid dengan skrip sempoi yang sangat lawak, ada Dinaz & Redzuan Hashim dengan watak serius sebagai pegawai polis dan banyak lagi. Budiey suka dengan lakonan Mamat Khalid yang hanya muncul sekejap tetapi banyak memberi impak. Sangat ramai camoenya dalam filem ini… anda pasti suka!

Akhir kata, dalam memeriahkan industri filem tempatan, Dunia Baru The Movie pasti akan membuat anda ketawa dan pasti memberikan satu tanda aras yang baru kepada tahap filem bergenre komedi romantik dalam industri filem Malaysia. Kepada yang sudah menonton, apa kata anda pula? Komen la sikit.

[tags]ulasan filem dunia baru the movie, anita baharom, gambar anak, rafique the movie, anne ngasri, gambar redzuan hashim, mamat khalid, nuffnang digi duyung, metalasia, gmail, tips blog, sponsor blog domain, script java[/tags]

2241704476 8Ce33358A0 | 4

2241701210 9F17C145E1 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Anak Lakonan Erra Fazira & Ida Nerina

Edison Chen Scandal Sex