in

Ulasan Album Raya Sakan

Saatnya kini telah tiba, menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak yang penuh keimanan; yang akan disusuli dengan keriangan Syawal. Kemeriahan perayaan Aidil Fitri lebih bermakna jika diraikan bersama sanak saudara dan handai taulan, tidak kira di mana mereka berada.

Maaf bermaafan dan menjamu selera merupakan satu kemestian di hari yang mulia ini. Jangan dilupa, perayaan lebih bermakna dengan berkumandangnya lagu-lagu Hari Raya yang segar malar dan pelbagai variasi. Untuk itu, Warner Music Malaysia mempersembahkan Raya Sakan, sebuah album kompilasi lagu-lagu bertemakan Aidil Fitri yang paling lengkap dan komprehensif.

Menampilkan 40 buah lagu-lagu bertemakan Hari Raya yang popular sejak zaman 1960an sehingga kini, dan dibarisi oleh penyanyi-penyanyi hebat yang tiada tandingan yang semestinya dari arkib khanah EMI dan WEA. Ini juga merupakan album Raya pertama yang menggabungkan lagu-lagu Raya terbaik dari EMI dan Warner Music.

Paling menarik apabila ianya turut menampilkan lagu-lagu pelbagai genre dan nuansa, yang pasti dapat memenuhi selera pendengar pelbagai selera. Raya sakan dimeriahkan oleh Saloma, P. Ramlee, Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Jamal Abdillah, Noor Kumalasari, Sudirman, Rafeah Buang, Sanisah Huri, M. Nasir, Azlina Aziz dan ramai lagi.

Turut menyerikan lagi Raya Sakan ialah lagu-lagu Raya terkini dari Ziana Zain, Kristal, Nassier Wahab dan lagu yang paling kontroversi dendangan Aishah.

Raya Sakan, marilah berhari raya bersama kami di Warner Music Malaysia . Harga istimewa RM 26.90 ditawarkan pada musim perayaan ini, Turut ditampilkan ialah VCD Karaoke nyanyian lagu-lagu Raya.

Lagu-lagu yang terdapat di dalam CD berkembar Raya Sakan:

DISC 1

  1. Selamat Hari Raya – Saloma   
  2. Seloka Hari Raya – Uji Rashid & Hail Amir      
  3. Indahnya Beraya Di Desa – Azlina Aziz
  4. Satu Hari Di Hari Raya – M.Nasir
  5. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini 
  6. Dari Jauh Kupohon Maaf – Sudirman
  7. Tangan Kuhulur Maaf Kupohon – Al Mizan
  8. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah   
  9. Kepulangan Yang Kunanti – Aman Shah
  10. Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina
  11. Aidilfitri – Sanisah Huri
  12. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang      
  13. Pulang Di Hari Raya – Noorkumalasari  
  14. Senandung Hari Raya  – Dayangku Intan
  15. Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim  
  16. Menjelang Hari Raya – D J Dave      
  17. Inang Di Aidilfitri – Sudirman & Zaleha Hamid      
  18. Nostalgia Aidilfitri – Sharifah Aini      
  19. Lambai Desa Lebaran – Nassier Wahab
  20. Hari Mulia – Sheila Majid

DISC 2

  1. Dendang Perantau – P Ramlee 
  2. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned
  3. Senandung Lebaran – Aishah  
  4. Hari Mulia Ini – Ziana Zain
  5. Lambaian Aidilfitri – Jamal  & Saleem     
  6. Doa Di Hari Mulia – Uji Rashid
  7. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais      
  8. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone       
  9. Bisikan Hati Di Pagi Raya – Sharifah Aini & Hail Amir
  10. Suasana Riang Di Hari Raya – Junainah M Amin
  11. Balik Kampung – Sudirman      
  12. Bondaku Yang Jauh Di Mata – Kristal
  13. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri       
  14. Gurindam Di Pagi Syawal – Jay Jay 
  15. Kepulangan Yang Dinanti – Fauziah Latiff     
  16. Di Pagi Aidilfitri – Rosemaria
  17. Kembara Di Tanah Gersang – Al Jawahir 
  18. Gembira Bersama Di Hari Raya – Othman Hamzah
  19. Salam Dunia – M Nasir            
  20. Selamat Berhari Raya – Al Mizan

Lagu-lagu yang terdapat di dalam VCD Karaoke Raya Sakan:

VCD TRACK LIST

  1. Selamat Hari Raya – Saloma
  2. Seloka Hari Raya – Uji & Hail
  3. Satu Hari Raya – M Nasir
  4. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini
  5. Dari Jauh Kupohon Maaf – Sudirman
  6. Tangan Kuhulur Maaf Kupohon – Almizan
  7. Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah
  8. Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina
  9. Aidilfitri – Sanisah Huri
  10. Sekanat Berhar Raya – Rahimah Rahim
  11. Menjelang Hari Raya – D J Dave
  12. Dendang Perantau – P Ramlee
  13. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned
  14. Doa Di Hari Mulia – Uji Rashid
  15. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais
  16. Cahaya Aidilfitri – Bdb
  17. Suasana Riang Di Hari Raya – Junainah
  18. Balik Kampung – Sudriman
  19. Bersabarlah Sayang
  20. Hari Yang Mulia – Sharifah Aini
  21. Selamat Berhari Raya – Al Mizan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kecoh Petang Raya… Lagi Lakonan Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor

Jom Hantar E-Kad Raya Selebriti dan Penyampai Era dan Menang Hadiah