in , , ,

Jom Hantar E-Kad Raya Selebriti dan Penyampai Era dan Menang Hadiah

~ Beraya Bersama Selebriti dan Penyampai Era FM di Aidilfitri Ini ~

Sekejap je kan masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sekarang kita dah tiba kita semua menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Dan tak lama lagi, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Amacam persiapan korang? Harap semua okay dan doa Budiey, moga-moga kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sabar dan tenang.

Cakap pasal puasa, dah tentu kita akan terlintas tentang sambutan hari raya. Bila cakap pasal hari raya, pastinya akan ada rumah terbuka. Budiey perhatikan, rumah terbuka dah jadi amalan untuk kita sama-sama mengeratkan silaturrahim di samping dapat bermaaf-maafan sesama teman taulan.

Oh ya, sekarang ni rumah terbuka dibuat ikut musim jugala. Orang kata, raya tu sebulan. Tapi untuk orang berpuasa je la. Orang tak puasa tu, sendiri mau ingat la kan.

Cakap pasal rumah terbuka ni, tahu tak korang, Mamee Sllrrpp mengadakan satu peraduan di mana korang boleh beraya dengan selebriti ternama. Haa, dengar citer, selebriti yang akan mengendalikan rumah terbuka tu bukan calang-calang orangnya. Percaya atau tidak, korang mungkin akan sambut raya dengan mengadakan rumah terbuka bersama jemputan khas seperti Mila AF5, Hafiz AF7, Arill (naib juara AF7).

Emmm jap, kalau korang nak wallpaper dan juga nada dering pun ada kat sini.

Aril

Hafiz

Mila

Bukan diorang sahaja, kerana penyampai radio Era seperti Adi Fashla dan Nana pun turut sama join~! Dan yang paling gempaknya, korang boleh jemput tetamu seramai 100 orang untuk berkongsi keriangan di rumah terbuka anda~! Pastinya diorang akan happy dan teruja kerana dapat menyambut Aidilfitri ini bersama bintang ternama~!

Untuk memenangi hadiah lumayan ini, apa yang korang perlu lakukan hanyalah menghantar e-kad raya sebanyak yang mungkin. Korang boleh hantarnya kepada sanak saudara, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang menjadi kenalan anda. Lagi banyak, lagi bagus dan peluang anda untuk memenangi hadiah rumah terbuka ini terbentang luas~!

Langkah 1:

Daftar diri dan biodata diri anda dengan melayari laman sesawang: www.rayagayamamee.com.my

Langkah 2:

a. Cipta dan reka e-kad selebriti anda dengan gaya paling kreatif

b. Semuanya ada 4 versi. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian dan citarasa anda sendiri/ Ada tradisional, muzikal, riang ria dan animasi. Pilihla ikut suka hati~

c.Yang penting, e-kad rekaan anda tu kenalah simple dan ringkas serta straight-forward. Hanya sertakan pesanan dan nama penerima sahaja.

d. Korang boleh sertakan 3 gambar sebagai slide. Setiap satu gambar boleh dipersonalized mengikut gaya anda sendiri. Contohnya, topi bomba, kaca mata, songkok, misai, topi dan sebagainya. Korang juga perlulah memasukkan gambar Mila, Hafiz, Aril dan penyampai Era dalam e-kad tersebut.

e. Wah, korang juga boleh menjadikan e-kad lebih menarik dengan fungsi animated. Contohnya ada, Tema Balik Kampung dengan 5 animasi badan dalam bas. Korang boleh pilih kenalan bersama selebriti dan kepilkan sekali gambar kepala dan badan mereka di dalam bas itu. Yang menariknya, e-kad korang akan menjadi lebih gempak sebab dilatari dengan lagu-lagu raya.

Okaylah Budiey berminat sangat nak hantar e-kad sebagai penganti diri. Ye lah, dulu orang hantar kad ucapan hari raya dengan menggunakan pos. Tapi sekarang kan dah zaman canggih, jadi memang senang la nak hantar. Lagi pun lebih berkesan di samping cepat dan lebih menjimatkan masa kita. Tak gitu.

Jadi apa tunggu lagi, korang layari sekarang www.rayagayamamee.com.my untuk hantar e-kad sebanyak mungkin. Untung-untung, dapat beraya bersama selebriti di rumah terbuka yang ditaja khas untuk anda~!

Budiey dapat tahu, pemenang dipilih berdasarkan siapa yang hantar e-kad paling banyak. Jadi, korang kenalah hantarnya setiap hari dalam jumlah yang banyak. Lagi banyak, lagi bagus~!

Hadiah Utama:
Mamee bersama dengan Radio Era akan menaja rumah terbuka untuk anda pada 3 Oktober.

Hadiah Harian:
Dari 7 September hingga 18 September (Isnin hingga Jumaat) selama 10 hari, sebanyak 2 orang pemenang akan dipilih. Pemenang akan diumumkan di Radio Era FM dan mereka akan memenangi wang tunai sebanyak RM200! Sekiranya anda menjadi ahli berdaftar dengan Nuffnang, korang juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM300 menjadikan wang tunai yang anda menangi sebanyak RM500 kesemuanya~! Wow, hebat gak tu~! Sila klik SINI~

Okay kepada kawan-kawan blogger yang nak sertainya, ye lah, Budiey rasa korang pasti mahu join punya sebab hadiah berganda sebanyak RM300 tu kan?

Haaa, caranya ialah, korang kelah hantar dulu e-kad kepada semua kenalan.

Kemudian korang kenalah tulis kat blog korang tu dengan tajuk BERAYA GAYA MAMEE. Untuk keterangan lanjut sila layari:

http://www.nuffnang.com.my/blog/2009/08/31/raya-gaya-mamee

Hantarkan email kepada : [email protected] berserta dengan permalink yang korang tulis tu.

Okay itu aje. Senang kan? Ha, jomlah sama-sama kita hantar e-kad sekarang~! Inilah masanya untuk korang mengeratkan kemesraan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat, kita rapatkan lagi~!

Budiey ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya~ Berhati-hati bila memandu dan jangan main mercun~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Album Raya Sakan

Drama Anak Cucu Tok Wan dan Buah Nau Halwa Kabung