in , ,

Ulang Tayang Terbaik di TV9 Sepanjang Bulan Ramadan

TV3 telah melancarkan tawaran menariknya sepanjang bulan Ramadan, TV9 juga tidak akan ketinggalan dalam memastikan orang awam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menyediakan kandungan ulangan terbaik sebagai pengisi masa lapang peminat TV9.

Drama bersiri ulangan di TV9 bermula dengan Dia Menantu Rahsia, pada 28 April 2020 yang lalu selama dua minggu. Dalam masa yang sama,  Drama Syurga Nur akan menemani penonton sehingga tibanya Aidilfitri bermula 5 Mei nanti.

Bagi slot Skrin di 9 yang disiarkan setiap Isnin malam pula, TV9 menyajikan Ramadan Terindah Nurani pada 27 Mei, diikuti dengan Aku Nazmi, Neraka Kasih Maisarah, Batik Zakiah, dan Selirat. Kesemua telemovie Ramadan ini akan bertemu penonton pada setiap hari Isnin, pada pukul 8.30 malam.

Jangan lupa untuk saksikan kandungan kegemaran anda di TV9 sepanjang bulan Ramadan ini. Gunakan juga tanda pagar #SetulusIkhlas untuk menghangatkan perbualan di alam maya. Di samping itu, ikuti laman media sosial TV9 Malaysia dia Twitter, Facebook, dan Instagram untuk lebih banyak informasi lanjut.

Batik Zakiah (2)

INFORMASI PROGRAM RAMADAN TV9

DRAMA BERSIRI TERBAIK RAMADAN TV9

DIA MENANTU RAHSIA

TARIKH SIARAN : Selasa – Jumaat bermula 28 April 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 9.30 malam

SINOPSIS

Setelah tunangnya, Zamer berkahwin dengan Dr. SUraya, Melissa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehiduapan baharu. Di KL, Melissa bertemu Syakir yang ingin melindungi Melissa dari terus diganggu oleh Zamer. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka dirahsiakan daripada ibu Syakir, Puan Sarah. Dalam waktu yang sama Puan Sarah sedang menjodohkan Syakir dengan Engku Kamelia.

After her fiance, Zamer got married to Dr. Suraya, the brokenhearted Melissa went to Kuala Lumpur to start anew. There, she met Syakir who proposed to her to protect her from getting harassed by Zamer. However, they kept their marriage a secret from Syakir’s mom, Puan Sarah. At the same time, Puan Sarah is trying to matchmake Syakir with Engku Kamelia.

PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan & Mona Allen

SYURGA NUR

TARIKH SIARAN : Selasa – Jumaat bermula 5 Mei 2020

WAKTU SIARAN : 9.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Nur merupakan seorang yatim piatu yang tinggal di jalanan setelah melarikan diri daripada makciknya dan diambil sebagai anak angkat oleh Dr. Serina dan Professor Hashim. Dr. Serina dan Professor Hashim juga mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib. Mereka semua hidup bahagia sebagai satu keluarga sehingga Kamil mula menaruh hati terhadap Nur.

Nur, an orphan who lived on the street after running away from her abusive aunt got adopted by Dr. Serina and Professor Hashim. Dr. Serina and Professor Hashim also has two boys of their own, Kamil and Adib. They became a happy family and are very close to one another. All till Kamil starts to have feelings for Nur.

PELAKON: Janna Nick, Amar Asyraf, Azrel Ismail & Sheila Rusly

Batik Zakiah (3)

TELEFILEM TERBAIK RAMADAN TV9 (SKRIN DI 9)

RAMADAN TERINDAH NURANI

TARIKH SIARAN : Isnin, 27 April 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Mengisahkan Nurani yang dibesarkan oleh makciknya setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Namun, makciknya merasakan Nurani sebagai satu beban dan ingin mengahwinkannya dengan Rafiq. Walau bagaimanapun, Rafiq hanya ingin Nurani menjaga kedua ibu bapanya yang nyanyuk. Dalam masa yang sama, Rafiq sering menyeksa Nurani dan bercadang untuk mengahwini kekasihnya.

Tells the story of Nurani who was raised by her aunt after her parents passed away. Her aunt finds her to be a burden and was more than happy to marry her off to Rafiq, who seemed like the perfect guy.

Apparently, Rafiq only wants Nurani to take care of his old and senile parents. He tortures he mentally and emotionally, and plans to marry his long time girlfriend.

PELAKON: Izara Aishah, Amar Asyraf, Chacha Maembong

AKU NAZMI

TARIKH SIARAN : Isnin, 4 Mei 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Sebagai seorang kurang upaya, Nazmi berniaga secara atas talian bersama sepupunya, Rafi. Satu hari, dia menghantar barangan ke Ilya, yang merupakan seorang pekak dan bisu. Mereka berdua saling menyukai tetapi ibu Ilya, Juha menentang hubungan mereka..

Nazmi is a handicapped young man who runs an online business with his cousin, Rafi. One day, he delivered an order to Ilya, who is deaf-mute and instantly fell for her. Ilya feels the same for Nazmi but her mother, Juha is strongly against their relationship.

PELAKON: Jay Iswazir, Ayda Jebat, Dayana Roza, Sheila Rusly

NERAKA CINTA MAISARAH

TARIKH SIARAN : Isnin, 11 Mei 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Maisarah merupakan anak kepada seorang bidan terkenal, Mak Midah yang sentiasa bangga akan Maisarah kerana mempunyai pekerjaan yang bagus dan pandai menjaga diri di Kuala Lumpur.

Namun, kehidupan Maisarah berubah apabila dia mula mengandung setelah dirogol oleh kekasihnya, Zakuan. Zakuan enggan bertanggung jawab, memaksa Maisarah untuk pulang ke kampung ke pangkuan ibunya. Terkejut dengan keadaan Maisarah, ibunya mengurung Maisarah di sebuah rumah pondok di belakang rumahnya sehingga Maisarah beranak. 

Maisarah is the daughter of a well-known midwife, Mak Midah. Mak Midah is always so proud of Maisarah who owns a good job and knows how to take good care of herself even though she lives all alone in Kuala Lumpur.

However, Maisarah’s life changes when she was date raped by her boyfriend, Zakuan. When she got pregnant, Zakuan refused to take responsibility, leaving Maisarah with no choice but to come home to her mother for shelter and support. Shocked, Mak Midah decided to lock up Maisarah in a small hut behind their house until she gives birth.

PELAKON: Mimi Lana, Laila Nasir, Raja Afiq

BATIK ZAKIAH

TARIKH SIARAN : Isnin, 18 Mei 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Kehidupan Zakiah sentiasa dilanda musibah. Apabila dia ingin melanjutkan pelajarannya, ayah tirinya mengahwinkannya dengan seorang lelaki berumur sebagai isteri kedua. Kerna itu, dia sering dilayan buruk oleh madunya. Setelah melahirkan anak pertamanya, Anum, Zakiah diceraikan dan Anum diambil. Peristiwa itu menjadikan Zakiah kemurungan bersama batik peninggalan Anum sebagai kenangan.

Zakiah’s life has always been full of sorrow due to constant challenges. When she wanted to pursue her studies, her stepfather married her off to an older man as a second wife. Due to this, she was treated badly by her co-wife. After delivering her first child named Anum, she was divorced and Anum was taken away from her. The incident took a toll on her and left her depressed. She only has Anum’s batik as a memory.

PELAKON: Eyka Farhana, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Laila Nasir,  Azar Azmi

SELIRAT

TARIKH SIARAN : Isnin, 25 Mei 2020

WAKTU SIARAN : 8.30 malam – 10.30 malam

SINOPSIS

Dharma merancang sebuah pertelingkahan antara Azrul dan Madi untuk membalas dendam terhadap Azrul. Disaat Azrul dan Madi mula sedar, mereka berganding bahu untuk memburu Dharma.

Dharma planned a fight between Azrul and Madi just to get revenge on Azrul. When they realized they were just part of Dharma’s evil scheme, they worked together to hunt him down.

PELAKON: Shukri Yahaya, Izzue Islam, Aman Graseka, Tiz Zaqyah,  Mimi Lana

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Baru Selesai Urusan di Balai Polis, Abu Syafiq Umum Bersara dari Dunia Dakwah

Boleh Solat Jumaat Terawih & Aidilfitri di Masjid Tapi Ini Kata Datuk Dr. Noor Hisham