in

Ujibakat Program Realiti The Band Astro

Sejajar perkembangan industri penyiaran tempatan dan antarabangsa, Astro tidak mahu ketinggalan untuk bersaing secara sihat dalam menawarkan program-program terbaik untuk ditayangkan kepada para penonton.

Sehubungan dengan itu, Mustika HD yang selama ini begitu sinonim dengan penayangan drama bersiri kini buat julung kalinya membawakan pula sebuah program pencarian bakat nyanyian terbaru untuk membentuk kumpulan pop terkenal berjudul The Band, yang bakal memulakan sesi ujibakat tidak lama lagi.

The Band

[pullquote align=”right”]Hasrat Program Realiti The Band Bentuk Kumpulan Pop Terhebat! Peluang bakat tempatan menyinar sebagai penyanyi kumpulan bertaraf antarabangsa![/pullquote]

[dropcap]T[/dropcap]he Band merupakan sebuah program televisyen pencarian bakat yang pertama seumpanya dalam mencari penyanyi baru untuk digabungkan membentuk sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita yang bertaraf antarabangsa. Bakat-bakat baru ini akan dibimbing oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa. Seramai enam penyanyi lelaki dan enam penyanyi wanita akan dipilih di peringkat akhir bagi membentuk dua kumpulan ‘The Band’ terbaik negara.

Bersesuaian dengan konsep program ini, penekanan akan diberikan kepada keseluruhan aspek yang penting untuk melahirkan kumpulan pop bertaraf antarabangsa seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Pengurus Saluran Mustika HD, Cik Natasha Hashim berkata, “Kami di Mustika HD sentiasa peka terhadap kemahuan dan permintaan para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan usia yang sentiasa mendambakan variasi program terbaik untuk ditonton oleh seisi keluarga. Setelah sekian lama kita hanya menonton kehebatan penyanyi berkumpulan dari Korea seperti Super Junior dan One Direction dari United Kingdom, kini sudah tiba masanya kita menonjolkan bakat anak-anak tempatan dengan kehadiran program Realiti The Band.

Sebagai sebuah saluran berdefinasi tinggi yang menawarkan hanya program-program menarik, Mustika HD amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang lama dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Kami amat menggalakkan penyertaan daripada seluruh rakyat Malaysia untuk tampil menonjolkan diri mereka dalam program ini. Kami turut menjangkakan program ini bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan dan penyiaran tempatan dan bakal menyaksikan penyertaan menyeluruh rakyat Malaysia.

Pada sesi lawatan media ini juga turut diumumkan kehadiran Damien Mikhail Seet yang akan hadir selaku juri untuk sesi ujibakat kali ini. Bekas ahli kumpulan VE ini akan menilai peserta yang akan hadir dengan bakat nyanyian dan personaliti masing-masing.

Pihak produksi akan mengunjungi empat buah negeri bagi mengenal pasti peserta-peserta yang dilihat layak untuk menyertai program ini di lokasi-lokasi berikut:

The Band

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki atau perempuan, hadir secara solo atau berkumpulan dan mestilah seorang warganegara Malaysia, Singapura atau Brunei dan berumur 18 hingga 30 tahun. Para peserta hendaklah membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan CD minus one lagu pilihan masing-masing.

“Pemenang bakal memenangi kontrak rakaman di bawah label antarabangsa beserta pelbagai hadiah menarik yang lain. Para peminat juga boleh melayari laman web rasmi di www.theband.com.my untuk segala perkembangan terkini dan maklumat lanjut berkenaan The Band,” tambah Natasha lagi.

The Band ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Mustika HD (saluran 134) pada bulan Februari 2014 dan penerbitannya merupakan usahasama Astro dengan kumpulan Sedania. Butir-butir lanjut mengenai sesi uji bakat dan program ini akan diumumkan kelak.

the band

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syamsul Yusof Mahu Berhenti Jadi Pengarah Filem

Sebab Mengapa Rozita Che Wan Pilih Longevite