in

Sebab Mengapa Rozita Che Wan Pilih Longevite

Keajaiban Longevite, Makanan Tambahan Anti Penuaan Dan Pencerahan Wajah Berasaskan Ekstrak Kelapa Sawit Kini Terhangat!

Ramai yang tertanya-tanya kepada Budiey di laman sosial tentang produk Longevite yang menampilkan Rozita Che Wan sebagai duta jenama produk makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan itu. Apa itu Longevite? Apa Kegunaannya? Apa faedahnya? Untuk apa kita kena makan Longevite? Mmmm….

Longevite

[dropcap]J[/dropcap]awapan Budiey senang, silalah ke laman sesawang produk ini iaitu di www.richbeauty.com.my. Haa, kan mudah tak payah nak jawab secara detail. Kat laman web ni semua info tentang produk ini terhidang untuk anda semua.

Kepada yang bertanya, produk Longevite telah dilancarkan pada 12 Jun lalu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Budiey dah pun cuba setelah diberi satu sample untuk dicuba. Ternyata, produk ni senang diamalkan sebab dia boleh dikunyah. Memang mudah nak hadam la kan?

Longevite

Kalau ditanya apa pendapat Budiey tentang produk ni, Longevite merupakan makanan tambahan alaf baru yang sesuai untuk gaya hidup masa kini. Ia penting untuk kesihatan kulit Budiey yang semakin kertu ni. Bukan apa, bak kata Rozita Che Wan, masa kita muda ni lah kita kena jaga kesihatan kulit agar kelihatan gebu, mulus dan cerah jelita. Pendek kata, produk ini dapat mengelakkan atau melambatkan proses penuaan sebelum waktunya dan sekaligus dapat menghindarkan diri kita dari dijangkiti penyakit kronik.

Tambahan lagi dengan kehidupan Budiey yang sangat sibuk ke sana sini, menghadiri event, bekerja keras di laman sosial dan bertemu dengan ramai selebriti. Walaupun nampak menyeronokkan dan happening, namun gaya hidup blogger sepenuh masa memerlukan stamina dan keyakinan yang bukan sedikit. Nak tak nak Budiey kena ambil vitamin dan juga supplements untuk menjamin kesihatan berkekalan dan tak mudah jatuh sakit. Kena tahan lasak barulah segala kerja dapat diselesaikan dengan mudah.

Longevite

Bagaimana Cara Untuk Mengamalkan Longevite Dengan Betul?

[dropcap]D[/dropcap]engan trend masakini yang memerlukan segala-galanya bergerak pantas, Longevite memudahkan kerana ianya tidak perlu diambil dengan air mahupun dibancuh. Hanya perlu hisap dan kunyah. Longevite yang diperkaya dengan Gold E Tocotrienol, satu kumpulan Vitamin E yang bertindak 60 kali ganda lebih baik berbanding Vitamin E biasa ataupun dikenali sebagai tocopherol.

Gabungan unggul yang turut disinergikan dengan bahan premium lain seperti Phyto Hyaluronic Acid, L-Glutathione serta Vitamin C dan ekstrak Blackcurrant bertindak sebagai agen anti penuaan dan pencerahan wajah. Kesan seawal 3 hari pengambilannya dapat dirasai berdasarkan pelbagai testimonial yang diterima.

Kulit wajah lebih tegang dan cerah, bintik-bintik hitam serta garis-garis halus berkurangan. Longevite, makanan tambahan lengkap untuk kulit dan kesihatan dalaman ini juga digemari pelanggan lelaki terutamanya mereka yang merokok, aktif bersukan serta bekerja lebih masa. Bahan-bahan aktif Longevite membantu detoks yang berkesan dan memberi ekstra tenaga.

Longevite

Pengambilan Longevite secara berterusan boleh membantu memberi perlindungan maksimum kepada badan, membantu meningkatkan sistem imunisasi, membekalkan anti-oksidan dan mengembalikan keremajaan. Ia juga memperbaiki sel-sel dalaman dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Bagi mereka yang masih tercari-cari makanan tambahan yang menepati kehendak kulit wajah dan kesihatan dalaman, Longevitelah jawapannya.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Longevite

Longevite dijual di pasaran dengan harga RM159 namun kini ada promosi istimewa iaitu RM129 sebotol (Semenanjung) dan RM139 sebotol (Sabah/Sarawak).

Setiap botol mengandungi 30 tablet untuk pengambilan sebulan. Ianya juga boleh didapati di beberapa farmasi di Lembah Klang, serta agen-agen Rich Beauty yang sah.

Untuk maklumat lanjut hubungi Rich Beauty di 03-6211 4977 atau Hotline 019-297 2337 atau emel terus ke [email protected]

Nak tahu banyak lagi khasiat Longevite, sila layari laman web rasmi www.richbeauty.com.my atau Facebook Rich Beauty – The Official Fanpage.

Longevite

Longevite

rozita che wan

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ujibakat Program Realiti The Band Astro

Nora Danish Uniqlo

Samsung Introduces a New Retail Experience in Malaysia