in

Ujibakat Deko Idaman Selebriti TV3

PELUANG PENYERTAAN KINI DIBUKA. JOM SERTAI UJIBAKAT DEKO IDAMAN TV3

Program Ubah Suai Kediaman, Deko Idaman kembali ke TV3 dengan konsep baru pada tahun ini. Bakal dikenali sebagai Deko Idaman Selebriti, program tersebut yang menampilkan Azhar Sulaiman dan Syaiful Baharim sebagai pengacara merangkap pereka dalaman turut mengundang selebriti-selebriti tanah air popular dalam mengubah suai kediaman peserta terpilih.

Memasuki musim baru, Deko Idaman Selebriti membawa konsep baru dengan memperkenalkan selebriti jemputan pada setiap episod yang juga akan turut serta dalam proses ubah suai ruang rumah yang terpilih. Mahukah melihat kediaman anda diubah suai dengan sentuhan kreatif dari pereka hiasan dalaman professional? Jangan berlengah lagi, sertai uji bakat Deko Idaman Selebriti yang akan diadakan pada 2 & 3 April 2011 (Sabtu & Ahad) bertempat di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya dari jam 10.00pagi hingga 4.00petang.

Deko Ielebritis Logo

Ruang yang akan diubah suai ialah bilik tidur, ruang tamu, dapur atau pun ruang makan. Peserta perlu membawa 3 keping gambar ukuran 4R di mana ruang rumah yang mahu diubah suai melalui sudut yang berbeza serta memuat turun borang lengkap daripada laman web www.tv3.com.my/dekoidaman. Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi ujibakat ini, jangan khuatir kerana peluang masih terbuka. Peserta boleh menghantar permohonan menerusi www.tv3.com.my/dekoidaman sebelum 10 April 2011. Panduan lengkap boleh didapati di dalam laman web ini.

Hanya 13 peserta yang akan terpilih, adakah anda salah seorang dari peserta Deko Idaman Selebriti? Sertai uji bakat ini untuk memberi pengubahsuaian ruang kediaman yang lebih selesa dan indah! Rebutlah peluang keemasan ini..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Palsu Jackie Chan Mati Tersebar di Twitter

Life Regen Launches FuGen New Personal Care Products