in ,

Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3

UJI BAKAT PROGRAM UBAH SUAI KEDIAMAN DI TV3 – DEKO IDAMAN!

Mahukah melihat kediaman anda diubah suai dengan sentuhan kreatif dari pereka hiasan dalaman professional? Jangan berlengah lagi, sertai uji bakat progam terbaru di TV3 berjudul Deko Idaman!
Jika anda berminat sila hadir ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 9 Mei (Sabtu)
Tempat : Pintu Utama, Sayap Baru, Pusat Membeli Belah One Utama
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang

Ruang yang akan diubah suai ialah:-

  1. Bilik Tidur
  2. Ruang Tamu
  3. Dapur
  4. Ruang Makan

Peserta perlu membawa butiran berikut ketika menghadiri sesi uji bakat:-

  1. 3 keping gambar yang mahu diubah suai melalui sudut yang berbeza (Ukuran 4R)
  2. Borang lengkap yang boleh dimuat turun melalui laman web www.tv3.com.my

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi ujibakat ini, jangan khuatir kerana peluang masih terbuka untuk anda. Peserta boleh menghantar permohonan menerusi www.tv3.com.my, panduan lengkap turut didapati di dalam laman web ini. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 16 Mei 2009.

Hanya 12 peserta yang akan terpilih, adakah anda salah seorang dari peserta Deko Idaman? Sertai uji bakat ini untuk memberi pengubahsuaian ruang kediaman yang lebih selesa dan indah! Rebutlah peluang keemasan ini!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. askum,saya sangat meminati rancangan ini.telah mcuba menyertai dpd rumah belum siap hingga skg sudah 4tahun berpindah.tapi masa itu rancangan casa impianm,saya ingin mencadangkan luar kuala lumpur.macam tempat saya iaitu ipulai perdana.jb.saya sangat berharap mendapat ruang tamu/ruang makan yang baru pada hari raya ini.terima kasih

  2. assalammualaikum.

    Saya seorang pekerja juga seorang student. Memandangkan saya baru sahaja memiliki internet di rumah, barulah saya dapat mengumpul maklumat ttg peraduan Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3 & juga peraduan2 yang lain. Malangnya, saya terlewat dalam menyertai uji bakat ini. Seperti kata Pn. Zainab Yahya, saya bersetuju agar rancangan2 sebegini dibuka kepada masyarakat luar KL kerana saya amat berharap dapat menghadiahkan ruang tamu & ruang makan yang indah lagi selesa buat kedua-dua orang tua saya sementara mereka masih ada. Sekurang-kurangnya itu hadiah Hari Ibu & Hari Bapa paling istimewa buat mereka. Terima kasih.

  3. Salam

    saya berminat untuk mengambil bahagian dalam deko Idaman TV3. Kalau boleh pemenang dipilih melalui internet (email) secara rawak dan tidak kira di mana mereka berada. Ia lebih adil. Daripada pemilihan tersebut barulah dibuat ujibakat untuk shortlisted. Harap dipertimbangkan.

    saya akan tetap menyokong TV3. Terima kasih.

  4. Salam..

    Seperti yang lain,saya begitu teruja untuk mengambil bahagian dalam deko idaman. Tetapi memandangkan rancangan ini dibuka untuk masyarakat di KL sahaja, saya hanya mengikuti rancangannya n cuba melakukannya sendiri untuk kediaman saya. Cadangan saya, agar deko dpt mengadakan pemilihan secara terbuka untuk rakyat seluruh malaysia dan dibuka untuk musim baru. Semoga deko idaman dapat merealisasikan impian saya suatu hari nanti.

  5. askum,saya sangat meminati rancangan ini.telah mcuba menyertai dpd rumah belum siap hingga skg sudah 4tahun berpindah.tapi masa itu rancangan casa impianm,saya ingin mencadangkan luar kuala lumpur.macam tempat saya iaitu di taman univrsiti.jb.saya sangat berharap mendapat ruang tamu/ruang makan yang baru pada hari raya ini.terima kasih

  6. Salam Sejahtera kepada rancangan “Deko Idaman” Saya amat berminat dengan rancangan ini dan bercadangan untuk mengikuti peraduan yang membolehkan saya memenangi hadiah berbentuk “Ubah Suai Kediaman”. Soalan saya adakah, rancangan ini terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja? sedangkan saya berada di Kota Kinabalu, Sabah.

  7. Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

    Saya sangat meminati rancangan deko iaitu menghias kediaman.

    Saya akan berpindah kerumah baru pada bulan sept. – Oct ini. Saya suka rancangan deko yang disiarkan untuk mendapat ilham kediaman yang bakal diduduki.

    Saya amat berharap terpilih untuk rancangan ini kerana saya tidak pandai untuk menghiasnya sendiri.

    Bagaimana cara untuk saya menyertai rancangan ini ?

  8. Assalamualaikum….saya suka sangat2 program tv3 expecially program ubahsuai rumah idaman…saya gemar part2 mgemas rumah tapi the problem is ubah2 tak ada prubahan n menarik d hati saya…just simple tp kemas.
    sejak umur saya 12tahun la impian saya tidak pernah jadi kenyataan…
    saya peminat rancangan tv3 tapi saya kecewa setiap kali program tv3 semua peserta area semenanjung di utamakan.
    saya berasal dari kampung Tamparuli,kota kinabalu sabah ingin impianku selama ne di jadikan kenyataan.
    kesihan mak saya..faizal

  9. sy juga ingin menyertai rancangan ini tetapi tidak kesampaian, sy tinggal diluar kl memang susah mendapat perhatian dari pihak penerbit, beri peluang untuk mereka diluar kawasan pulak! sy ingin utk mengubah dapur saya yang belum siap hampir 2thn sy duduki rumah saya ini. sy berharap dpt diberi peluang dalam rancangan ini.

  10. saya berangan-angan mempunyai ruang dapur dan ruang tamu yg sesuai dgn kediaman rumah teres setingkat sewaktu berpindah dikediaman sendiri tapi selepas beberapa bulan berpindah suami saya sering sakit dan selepas itu tidak mampu bekerja lagi sehingga sekarang (sakit barah otak)
    Bila menyaksikan rancangan deko idaman, hati saya berkata-kata alangkah bertuahnya saya andai ruang dapur atau ruang tamu rumah saya secantik itu tapi itu hanya fantasi….mungkin sampai bila-bila tak dpt lah angan-angan jadi kenyataan…

  11. Salam,
    saya amat beminat untuk dekorasi rumah. Saya suka menonton rancangan deko idaman ini. Tetapi MENGAPA RANCANGAN INI TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA ORANG DARI LUAR KULA LUMPUR?? Peluang lebih kepada rumah moden.. Saya rasa pihak Deko perlu beri peluang or selang seli sikit dengan rumah luar kota juga seperti di kampung. Deko banyak memberi inpirasi kepada saya tetapi belum ada yang menarik hati saya kerana belum pernah saya melihat Deko untuk rumah kampung.

    Terima kasih

  12. saya seorang yang amat berminat didalam menghias rumah.malangnya saya tinggal di rumah kerajaan cuma hujung tahun ini saya akan mendapat kunci rumah pertama saya.walau kecil saya rasa amat bermakna kerana ia bakal menjadi syurga buat kami sekeluarga.andai dapat dihias oleh mereka yang lebih arif tentu ia lebih bermakna buat kami.

  13. saya begitu berminat dgn deko idaman ini.tak pernah melepaskan peluang melihat rancangan ini tapi kebanyakan lokasi di kawasan KL saja.bahkan kebanyakannnya rumah taman yang boleh dikatakan mampu untuk menanggung ubahsuaian rumah sendiri.audition lak setakat di KL je mana ade orang nak g jauh-jauh.kat internet pun lom tentu dapat.cuba buat seluruh malaysia untuk audition tu dan jangan lah pilih kasih untuk rumah kat bandar je.cuba buat rumah kampung lak.tengok camne lak dekorasinye dibandingkan rumah taman.mesti dapat banyak sambutan dari penonton.saya haraplah pihak tv3 dapat menjayakan cadangan saya ni. cayalah..

  14. Assalamualaikum, Saya sangat meminati semau rancangan pengubahsuaian rumah terutama sekali deko idaman. Kenapa saya berminat? Kerana saya dapati rancangan ini dapat mengubah sama sekali ruang tamu yang telah diubahsuai menjadi ruang tamu yang amat berlainan sama sekali. Gaya yang bersahaja amat menarik hati saya. Saya amat berharap saya diterima sebagai salah seorang peserta di rancangan deko idaman di episod yang akan datang. Mengapa saya patut dipilih? Saya baru sahaja membeli sebuah rumah di Shah Alam. Rumah ini yang paling besar dan mempunyai banyak ruang untuk saya hiasi. Saya amat berharap ruang tamu rumah ini dapat dihiasi di dalam rancangan deko idaman. Salah satu sebab saya membeli rumah ini kerana dalam jangka masa panjang kedua ibu bapa saya akan duduk bersama-sama saya. Ibu saya menghidapi masalah kesihatan kronik. masalah buah pinggang, penyakit hati dan kencing manis. Saya amat berharap rumah ini akan selesa buat ibu saya. Setelah apa yang dilakukan oleh ibu saya sampai saya di tahap ini dan semoga ini akan menjadi hadiah yang amat bermakna buat ibu saya. Saya amat berharap saya dapat menjadi pemenang deko idaman musim ini, insyaallah.

  15. saya amat meminati rancangan deko idaman di mana banyak idea-idea yang segar dan terkini, ini membuat kan saya dan suami begitu teruja setiap kali rancangan deko idaman di siarkan, dari cat sehinggalah langsir amat menghairahkan. saya hanya lah surirumah sepenuh masa, namun begitu saya menyukai konsep yg di persembahkan, mampu mengembangkan minda dan daya kretiviti untuk sentiasa mencantikkan lagi kediaman. semoga deko idaman dapat dapat pergi lebih jauh dan dapat memuaskan hati rakyat malaysia serta tidak menumpukan hanya di sekitar KL sahaja.

  16. asalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga kerja deko idaman, saya sangat meminati rancangan deko idaman yg disiarkan setiap minggu di TV3, pada mula nya saya sangat hairan mengapa isteri saya sanggup berebut untuk melihat deko idaman yg sedang disiarkan, apabila saya lihat dari awal sehingga selesai rupanya rumah yg tidak bermaya menjadi berseri dan ceria, pogram seperti ini bukan sahaja menarik minat kaum hawa, malahan saya sendiri menjadi peminat setia untuk rancangan deko idaman. teruskan berusaha dan dan mempelbagaikan kretiviti.

  17. saya baru berusia 22 tahun,tapi terlalu berminat untuk menyertai deko ini.
    agar menambah minat untuk menghias ruang tamu di rumah baru saya ini…kerana kelihatan kecil dan sempit.

  18. Salam Sejahtera….terutama sekali syabas!!kepada rancangan deko idaman seperti ini di bawah tv3..saya juga seperti yang lain amat teruja dengan siaran ini kerana ianya memberitahu bagaimana susunan hiasan dalaman rumah dan pemilihan warna cat yang sudah tentu menyentuh sentuhan kalbu …tapi saya terlalu sangat ingin menyertai program seperti ini dan berharap pihak tuan dapat membuka ruang kepada kami yang tinggal di kawasan utara semenanjung. Mohon pihak tuan memberi guide line bagaimana untuk saya menyertai rancangan seperti ini yang mana diharap rumah saya menjadi pilihan walaupun kediaman saya tidaklah semewah manapun……

  19. salam….saya sangat berminat untuk menyertai deco idaman…tujuan saya hendak menyertai program ini untuk membuat kejutan kepada kedua ibubapa saya sempena harijadi mereka pada bulan 10 ini… selain itu, saya juga hendak menukar persepsi saudara mara saya yang selalu mengatakan rumah saya tidak berseri dan cantik..bukan tidak cantik, tapi ibu bapa saya tidak sihat untuk ceriakan rumah saya, dan mungkin sebab lain, kerana kami ini bukan dari golongan yang pandai menghias…saya berharap DECO IDAMAN dapat merealisasikan impian saya untuk membuat kejutan kepada kedua ibubapa saya…

  20. salam…saya terlalu meminati rancang seumpama ini…saya ingin memasuki rancangan ini..saya ingin mengubah keadaan rumah nenek saya..saya tinggal dengan nenek saya..rumah nenek saya rumah jenis kampung..rumah nenek saya ni hanya beberape kali sahaja menbuat pengubah suaian…sebab tiada peruntukan kewangan…di harapkan DECO IDAMAN, dapat memberi keceriaan di hati nenek saya ni dan sebagai ucapan terima kasih saya terhadap nenek saya ni kerana sudi menjaga saya..
    sblum itu, saya ada satu pertanyaan…adakah segala kos pengubah suaian di tanggung oleh pemilik?

    sekiranya DECO IDAMAN memilih rumah nenek saya ini sebagai rumah pilihan biarlah ia menjadi kenangan abadi dalam hidup nenek saya…sentuhan dan kreativiti DECO IDAMAN menjadi pilihan hati satu malaysia..”1 DECO IDAMAN 1 IMPIAN”…

  21. tahniah kpd tv3 kerana memberi peluang kpd semua panonton tv3 utk menyertai program terbaik sprt ini….saya sendiri ingin meyertainya tetapi mcm mana jika saya tinggal di sabah, adakah saya boleh menyertainya juga?…saya sangat meminati program makeover rumah ini….sekian terima kasih………..jue sabah

  22. Assalamualaikum..

    Saya sangat berminat untuk menyertai program DEKO IDAMAN ini kerana kebetulan saya baru sahaja membeli sebuah rumah apartment di BUKIT JELUTONG dan belum membuat sebarang renovation terhadap rumah tersebut.

    Saya ingin menyertai program ini juga kerana ingin memberi kejutan istimewa kepada isteri tersayang yang menyambut hari lahirnya ke-23 pada bulan april ini.

    Jadi saya sangat berharap tv3 dapat merialisasikan keinginan saya untuk memberikan kejutan istimewa ini sebagai hadiah harijadi kepada isteri sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada dia yang banyak berkorban untuk saya dan putera-puteri kami.

  23. Assalamualaikum…………,

    Terlebih dahulu saya ucapkan terimakasih TV3 krn memberi peluang kpd seluruh penduduk malaysia utk myertai program DEKO IDAMAN. Saya telah lama meminati program ini, tapi di sebabkan saya tinggal di miri, sarawak. Mungkinkah ianya hanya mimpi utk saya menyertainya? Namun, Insya’Allah rezeki & kenyataannya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya.

    Hasrat hati saya ingin memberi kejutan pada puteri2 saya terutamanya pada puteri sulung saya. Untuk makluman, puteri saya tinggal di asrama dari tingkatan satu lagi & tahun ini tahun terakhir utk nya. Dia selalu menyatakan hasrat hatinya utk mengubah kamar tidurnya.

    Dengan merialisasikan keinginan puteri saya ini, untuk memberi semangat kepadanya utk mendapat keputusan yang cermerlang dlm SPM & sebagai tanda keperhatian & kasihsayang kami pada nya.

    Saya amat berbesar hati dan terdahulu mengucapkan terimakasih seandainya saya dapat menyertai program ini.

  24. salam,saya seorang student…saya amat meminati rancangan ini…saya ingin menyeertainya sebagai hadiah hari ibu dan hari jadi mak saya pada bulan lepas…..sayan ingin mengubahsuai rumah kerana ingin melihat mak senyum lebar….memandangkan mak saya ibu tunggal…jadi kerana kos ubahsuai yg tinggi membebabkan mak terpaksa memendamkan hasrat ingin rumahnya kelihatan cantik……

  25. Salam Sejahtera…… Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang kepada semua penonton TV3 khususnya buat peminat rancangan Deko Idaman.Saya sangat meminati rancangan ini dan saya berharap agar saya diterima untuk menjadi salah seorang peserta dalam rancagan Deko Idaman di episod yang baru ini.Ini adalah impian saya selama ini untuk memiliki rumah/ruang yang indah dan selesa..tetapi tidak berkesempatan kerana tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membuat rumah saya menjadi indah..saya harap Deko Idaman dapat membantu mengubah rumah saya menjadi indah dan selesa..Disamping itu saya juga ingin membuat kejutan buat suami saya untuk mengubah rumah yang dibelinya ini menjadi cantik dan selesa.Rumah flat yang dibeli suami saya ini ruangnya tidak terlalu besar jadi agak sukar untuk saya membuat deko atau ubahsuai yang cantik..tambahan pula dengan bajet yang kurang dan alar kadar sahaja..saya harap rancangan deko idaman dapat membantu.Saya berharap sangat agar Deko Idaman dapat menjadikan impian saya untuk memiliki rumah/ruang yang indah dan hasrat ingin membuat kejutan buat suami menjadi kenyataan…sekian terima kasih…..-Diyana BALAKONG-

  26. assalamualaikum dan selamat sejahtera salam satu Malaysia
    Terima kasih kepada TV3 kerana memberi peluang dan ruang kepada semua penonton TV3 di seluruh Malaysia terutama peminat rancangan Deko Idaman…saya sangat berminat dengan rancangan ini…saya nak mengubahsuai rumah tetapi tidak ada idea dan tidak cukup bajet. Saya harap rancangan Deko Idaman dapat mengubah suai rumah saya. Saya dan suami membeli rumah Semi D. Saya tiada masa nak mengubahsuai rumah oleh kerana saya bekerja di samping menjaga suami yang sakit…mungkin dengan pengubahsuaian susun atur Deko Idaman dapat membantu meringan kan dan menenangkan fikiran suami secara tidak langsung menjadi terapi minda buat suami saya….in sha Allah

  27. Saya amat mengidamkan deko idaman ini,walau banyak kali sya cuba tapi tidak terpilih..dan saya harap dan bedoa agar saya bernasib baik terpilih utk deko idaman..saya nak deko idaman ini dibahagian dapur…sebab dapur saya sekarang amat tidak selesa.mana dgn kserangan lipas nya,mana dgn singki yg bocor nya..

  28. Merealisasikan impian seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. tetapi jika ia dapat diadaptasikan mungkin itu adalah keajaiban luar biasa.Syukur. Pangsapuri Kos Rendah sangat senonim pada saya dan suami. Jika ia dapat diadaptasikan seperti yang diimpikan ia bagaikan syurga dunia bagi saya dan suami. Terima kasih

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Juara Pesona Nona Musim Ke-3

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Drama BONG