in

Juara Pesona Nona Musim Ke-3

Pesona Nona musim ketiga akan dinobatkan minggu ini! Pesona Nona merupakan segmen berbentuk realiti yang bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru untuk mengacarakan program, khususnya wanita masa kini. Permulaannya, 10 peserta telahpun dikenal pasti namun setelah hampir empat bulan menjalani sesi saringan dan tugasan, lima jelitawan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pesona Nona musim pertama menyaksikan Noor Azean Abdol Karim sebagai juara, musim ke-2 dimenangi oleh Syarifah Nurul Asyikin Syed Al-Qudsi manakala Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan yang kini mengacarakan program Nona menggondol tempat kedua untuk Pesona Nona Musim kedua.

Untuk mengetahui siapakah yang bakal menerima gelaran Pesona Nona Musim Ketiga, satu siaran langsung akan disiarkan pada jam 3 petang di TV3.  Pesona Nona Akhir akan diadakan di Grand Ballroom 1, Palace of the Golden Horses.

Siapa yang bakal bergelar juara?

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Masjid Negara Dan Makam Pahlawan Sebagai Tapak Warisan Kebangsaan

Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3