in

Uji Bakat Terbuka Asia’s Got Talent di Taylor’s University, Kuala Lumpur

Malaysia, ini adalah masa bagi anda tampilkan aksi terbaik!

AXN telah mengumumkan bahawa sesi uji bakat terbuka Malaysia bagi musim baru siri ‘gempak’ Asia’s Got Talent akan diadakan di Taylor’s University, Kuala Lumpur pada Ahad, 8 Julai mulai 10 pagi.

Acara sehari ini adalah sebahagian daripada sesi uji bakat jelajah serantau Asia’s Got Talent yang juga meliputi perhentian di kota Bangkok, Singapura, Manila, Ho Chi Minh City dan Jakarta.

Andrew Lee (MY)

Pintu ruang uji bakat akan dibuka mulai 10 pagi di Taylor’s University dengan ratusan bakat penghibur dijangka hadir bagi mencuba nasib mereka dalam mengecapi populariti antarabangsa serta meraih hadiah utama yang akan mengubah hidup mereka, bernilai AS$100,000

“Bakat yang layak ke peringkat separuh akhir musim lalu, Andrew Lee, berpeluang membuat persembahan untuk Simon Cowell dalam musim terkini Britain’s Got Talent, lantas menjadikannya sensasi sejagat,” kata Derek Wong, Naib Presiden, Penerbitan, Sony Pictures Television Networks Asia. “Kami berharap perjalanan Andrew akan mencetus inspirasi bagi lebih ramai warga Malaysia mengejar impian mereka dalam musim terbaru Asia’s Got Talent ini.”

Kerana sambutan luar biasa yang dijangka serta banyak permintaan untuk mendapatkan tempat ke sesi uji bakat ini, bakat yang berminat digalakkan untuk memohon terlebih dahulu dalam talian (www.AXN-Asia.com/AsiasGotTalent) bagi melancarkan proses pendaftaran pada hari itu.

Jika bakat tertentu itu berjaya sewaktu sesi uji bakat terbuka, mereka mungkin berpeluang membuat persembahan di sesi uji bakat bersama pengadil dalam masa beberapa bulan mendatang. Sesi uji bakat bersama pengadil melibatkan lima episod pertama siri ini dan diadakan mendahului peringkat separuh akhir dan episod akhir di mana juara Asia’s Got Talent akan diumumkan dengan kemenangan AS$100,000.

Sesi uji bakat akan diadakan di Taylor’s University Kampus Lakeside, No.1, Jalan Taylor’s, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Kuala Lumpur, Malaysia.

Keterangan lanjut termasuk mengenai tarikh uji bakat terbuka Asia’s Got Talent, soalan yang kerap ditanya (FAQs) dan undang-undang serta ketetapan penyertaan boleh diperolehi menerusi laman www.AXN-Asia.com/AsiasGotTalent.

@AsiasGotTalent / #AXNAsia / #AsiasGotTalent / #AsiasGotTalentAudition

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong Artis 360 Universal Music Malaysia

Di Sebalik Tabir Kerjaya Merbahaya Dan Berisiko Tinggi Dalam Program 3D